3

505 29 0
                                    

"Hah? Kena langgar?" Terkebil-kebil Aresya memandang Syuhada yang ralit mengupas kulit buah epal. Tripikal melawat orang sakit memang kena bawa buah eh?

"Haa, ada lelaki handsome tu langgar awak. Handsome betul akak tengok" sempat Syuhada puji rupa paras Farrel.

"Akak ni" rajuk Aresya. Sempat pula dia puji. Padahal lelaki tu langgar dia kot? Aresya peluk tubuh. Merajuk.

"Apa? Betul lah—

Perbualan mereka terhenti apabila pintu wad Aresya dibuka dari luar. Mata Aresya menangkap dua susuk tubuh tinggi lampai memasuki ruang wad.

"Haa lelaki tu la yang akak cakap. Yang pakai kot biru gelap tu" bisik Syuhada perlahan di telinga Aresya. Aresya mengangguk faham. Ohh betul lah, handsome jugak ek.

"Hi. Awak okay?" Tanya lelaki yang berada di tepi lelaki yang memakai kot biru gelap. Aresya senyum nipis seraya mengangguk.

"Saya Ammar, ni kawan saya Farrel" Ammar kenalkan diri. Farrel hanya tayang muka ketat seolah tak berminat. Aresya mengangguk. Oh nama lelaki tu Farrel? Sedap betul nama.

Eh kau, lebih-lebih pula puji!

Farrel pandang Ammar lama. Ammar yang faham dengan isyarat Farrel segera bersuara. "Err awak? Jom kita keluar. Biarkan diorang dua bincang" tubuh Aresya kaku. Matanya melirik pada Ammar yang keluar bersama Syuhada. Bincang? Nak bincang apaa?!

Tangan Aresya mula berpeluh sejuk. Fikir sahaja yang dia bakal duduk berdua dengan lelaki itu membuatkan dia seram sejuk.

Sebaik pintu wad ditutup, Farrel duduk di atas sofa yang terletak disebelah kiri katil wad milik Aresya. Butang kot dibuka untuk selesakan diri.

"Macam ni lah. Aku malas nak cakap banyak. Aku straight to the point jelah" Farrel bersuara.

"Aku nak kau jadi isteri aku"

Ternganga Aresya pandang wajah ketat Farrel. Eh eh ni apahal ni. Tiba-tiba je?

"Hah?"

"Pekak ke?" Soal Farrel dingin. Aresya gigit bibir bawah resah. Takut dengan suara dingin lelaki itu. Dah lah muka ketat semacam.

"Aku.nak.kau.jadi.isteri.aku" perkataan ditekan satu persatu. Aresya diam kaku. Otaknya masih memproses ayat yang keluar dari mulut Farrel.

"Tapi kenapa?" Tanya Aresya ingin tahu. Mesti ada sebab kan?

"Takde sebab. Saja" mudah saja Farrel menjawab. Terbuntang mata Aresya mendengar jawapan Farrel. Mamat ni gila ke?

"Tapi—

"No excuses Bunga Aresya. Persiapan semua dah siap. Ni bukan pilihan tapi arahan" potong Farrel. Sekali lagi Aresya terlopong. Persiapan dah siap? Lagi satu, Mana dia tahu nama aku?!

Belum sempat Aresya mahu membalas. Sekali lagi Farrel mencelah. "Petang ni kau dah boleh keluar. Nanti kemaskan barang kau dan nanti Haz akan ambil kau dari hospital" arah Farrel seraya bangun dari sofa. Aresya mencebik geram. Sedap dia je arah arah orang.

"Tak payah nak buat muncung itik macam tu. Buruk!" Kutuk Farrel pedas sebelum menapak keluar dari wad Aresya.

"Eeee geramnyaaa!" Jerit Aresya bila susuk tubuh Farrel hilang dari pandangan.

Farrel hanya senyum senget apabila dengar jeritan Aresya. Ammar mendekati tubuh Farrel. "Pahal tu?" Tanya Ammar ingin tahu sambil mata melirik pada pintu wad. Farrel angkat bahu tanda tak tahu.

"Aku dah bagitahu dia"

"Patutlah" Ammar angguk faham. Mereka berdua berjalan dikoridor hospital. "Kau betul-betul dengan pilihan kau?" Tanya Ammar apabila lama Farrel mendiamkan diri.

Farrel pandang Ammar. "Apa?" Tanya Farrel blur. Ammar mengelengkan kepala. "Nak kahwin dengan budak tu"

"Tak yakin actually tapi kalau tu yang boleh buat mummy aku senyap. Aku buat" nekad Farrel. Malas mahu mendengar bebelan Datin Firah lagi. Farrel ingat lagi reaksi mummynya bila dia kata yang dia akan berkahwin.

Suka betul orang tua tu nak dapat menantu.

"Jangan kau dera dia pula" selar Ammar. Biasalah kalau kahwin paksa macam ni. Masing-masing tak rela.

"Takde maknanya aku nak dera dia. Dah jadi isteri aku kan? Aku kena juga belajar sayang dan cintakan dia." Kata Farrel tegas. Walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta, itu bukan tiket untuk dia buat perkara yang tak sepatutnya pada Aresya.

⋆⋅☆⋅⋆

"Cik Aresya?" Sedang Aresya mengemas pakaiannya, kepala di alihkan memandang pintu wad. Terkebil-kebil matanya berkelip.

"Dah siap?" Tanya lelaki itu. Aresya diam. Lelaki itu mendekati Aresya lantas mengangkat beg baju milik Aresya.

"Eh ehh awak nak bawa beg saya ke mana?" Tanya Aresya risau. Dah lah tak kenal, tiba-tiba rampas beg orang.

"Saya Haz. Tuan Farrel tak bagitahu cik lagi?" Soal Haz pelik. Farrel beritahu dia yang dia sudah beritahu pada Aresya.

"Ohh awak la Haz? Cakap la awal-awal hehe" Aresya tersengih malu. Haz senyum kekok sebelum Keluar tinggalkan Aresya. Cepat-cepat Aresya mengikuti langkah Haz. Takut kena tinggal!

"Masuk cik" arah Haz setelah membuka pintu penumpang belakang. Aresya hanya diam. Emmm macam tak nice je nak duduk belakang.

"Boleh tak kalau saya nak duduk depan? Awak bukan driver saya, nak kena duduk belakang" pinta Aresya. Mata nya terkebil-kebil pandang Haz.

"Tapi cik—

"Ala awak boleh la" pujuk Aresya lagi. Hujung baju Haz di goyang. Disebabkan dia anak tunggal dan agak manja dengan arwah ibu abah, memang automatik perangai begitu.

Haz mengeluh perlahan. Matilah aku kena marah dengan Tuan Farrel!

"Okay fine" Haz mengalah. Kalah dengan pandangan mata bulat Aresya.

Aip Haz, ingat, tu bakal isteri Tuan kau.

"Yay" jerit Aresya suka lalu membuka pintu sebelah pemandu. Haz hanya geleng kepala. Macam-macam lah ragam bakal isteri tuan ni!

"Kita nak ke mana?" Soal Aresya selepas puas memandang ke luar tingkap. Macam jauh je perjalanan ni dan ni bukan jalan balik ke rumah Syuhada.

"Nak balik rumah Tuan Farrel, cik" jawab Haz tanpa mengalihkan padangan. Aresya diam kaku. Balik rumah lelaki tu? Untuk apa?!

"Hah? Tapi kenapa? Rumah saya dekat—

"Ni semua arahan Tuan Farrel, saya takde hak nak ingkar arahan Tuan" potong Haz. Aresya peluk tubuh geram. Tuan dengan pekerja sama je, suka potong cakap orang!

"Dah sampai. Cik pergi masuk dulu. Nanti saya menyusul" pesan Haz lalu keluar dari perut kereta. Lambat-lambat Aresya buka seatbelt dan keluar dari kereta.

Matanya memandang orang ramai yang sibuk ke sana ke mari tanpa pedulikan kehadiran dia situ. "Ni ada apa ramai-ramai ni. Sibuk betul" gumam Aresya lalu kakinya menapak ke halaman rumah.

"Woah, cantik!" Puji Aresya suka. Pelamin yang dihiasi dengan campuran bunga putih dan pink cair membuatkan matanya bersinar. Favourite colour dia!

"Bunga Aresya?"








TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now