27

343 30 0
                                    

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam, jap!" Sahut Aresya dari dalam rumah. Macam Farrel kata Fakhri akan ambil nya dari rumah untuk ke uni.

"Hai kakak ipar" sapa Fakhri sebelum masuk ke rumah. Aresya hanya berbalas senyuman dengan adik iparnya. Fakhri mengambil tempat di meja makan.

"Duduk lah makan dulu. Aku panggil abang kau jap" mata Fakhri memerhati pelbagai jenis makanan di atas meja.

Ada roti bakar, nasi goreng, pancake.

Ni sarapan ke mencekik ?

"Hah dah sampai?" Tegur Farrel yang baru tiba di dapur. Fakhri buat muka menyampah. Yalah dah sampai. Kalau tak sampai lagi, takdenya dia tercongok kat meja ni.

"Apa punya soalan lah abang ni" sampuk Aresya dari belakang. Fakhri pandang Aresya dengan wajah 'kan'

"Ceh" Farrel berdecit sebelum duduk. Sebagai isteri mithali, dia menuangkan teh o panas ke dalam cawan.

"Abang nak makan apa?" Soal Aresya.

"Emmmmm pancake lah. Nasi goreng tu nanti you bekalkan untuk abang. Nanti abang makan kat office" Aresya angguk faham. Terus kakinya melangkah ke kabinet dapur.

"Kemain you bang, bawa bekal" usik Fakhri. Yelah boleh imagine tak? Muka ketat Farrel pegang bekal kat tangan? Hahahah

"Kau diam. kau takde bini kau diam" Fakhri terdiam. Peh dia main takde bini bhai. Ni satu penghinaan!

"Eleh" itu saja Fakhri balas. Takde modal nak balas balik. Betul lah tu, dia takde bini lagi.

"Abang nak banyak ke sikit" Aresya tiba di meja dengan satu bekas tupperware warna pink. Fakhri cuba tahan ketawa.

"Yang. Takde warna lain ke? Kenapa pink jugak?" Rungut Farrel. Habislah air muka dia kalau bawa bekas bekal warna pink. Kalau bawa bekal tu helok lagi.

"Takde takde. Pakai bekas ni je" ujar Aresya. Sengaja nak buli suami.

"Tapi—

"Sekarang ni abang nak bawa nasi goreng ni ke taknak? Kalau taknak Resya bekalkan kat Fakhri je!" Farrel dan Fakhri terdiam bila Aresya hempas senduk nasi goreng geram.

Farrel dah telan air liur kelat.

Fakhri pula cuak. Dia taknak bawa bekas tu!

"O-okay. Abang bawa. Jangan lah marah" pujuk Farrel lembut. Bebola mata merenung muka Aresya yang sudah masam. Aduh pasal nasi goreng pun nak gaduh ke?

"Entah you ni bang. Bawak jelah" sambung Fakhri. Takut jugak dia tengok Aresya marah. Selama ni lembut je.

"Ye aku bawak lah" suara Farrel ternaik sedikit. Marah dengan Fakhri. Menyesal pula suruh budak ni jemput Aresya.

"So abang tak ikhlas lah nak bawa bekal ni?" Tajam mata Aresya merenung anak mata suaminya. Entah kenapa dia rasa Farrel tak ikhlas pun nak bawa bekal nasi goreng dia masak.

"Eh tak—

Belum sempat Farrel menghabiskan kata, terus Aresya potong.

"Dah lah. Tak payah bawa nasi goreng. Tak payah hantar aku pergi uni. Aku boleh pergi sendiri!" Marah Aresya. Beg sandang atas sofa dia capai sebelum keluar dari rumah.

"Resya!"

"Bunga!" Serentak mereka berdua panggil.

Bum! Pintu rumah ditutup kasar.

⋆⋅☆⋅⋆

Terkocoh-kocoh Farrel berlari masuk ke bilik kesihatan yang menempatkan di aras dua bangunan.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now