"Abang oh abang" panggil Aresya sebaik masuk ke dalam bilik mereka. Dia baru lepas mengemas dapur selepas makan malam.
"Abang?" Telinga menangkap bunyi pancuran air dari tandas. Aresya angguk kejap. Oh mandi rupanya.
Dia duduk di birai katil sambil scroll tiktok sementara tunggu suaminya siap mandi. Tiba-tiba keluar satu video isteri buat prank untuk suaminya yang baru lepas mandi.
Macam kebetulan je. Aresya apa lagi. Dia suka kalau bab kenakan Farrel. Dia capai telekung di rak. Lampu bilik di tutup pantas dia berlari ke tepi tandas.
Tak lama kemudian, pintu tandas di buka. Berkerut dahi Farrel ketika itu. Tadi rasa sebelum masuk tandas dia buka lampu bilik. Ni kenapa gelap pula?
Perlahan-lahan dia buka suis lampu. Alangkah terkejutnya nampak makhluk putih sedang berdiri tegak merenungnya tepi tandas.
"Ya Allah!" Jerit Farrel terkejut buatkan Aresya ketawa berdekah-dekah. Tangan Farrel sudah mengepal penumbuk. Aik bang nak tumbuk hantu ke?
"Bunga Aresya!" Marah Farrel. Aresya masih ketawa tak berhenti. Kelakar tahu tak tengok muka terkejut Farrel. Nak menangis pun ada sebab takut.
"You ni suka tau kenakan abang macam ni!" Marah Farrel lagi. Tangan naik mencekak pinggang. Garang.
Aresya peluk lengan Farrel sambil mata dongak merenung anak mata si suami. Farrel tarik nafas dalam.
"Ya Allah Bunga, abang dah ada wudhu!" Terus pegangan pada lengan Farrel dilepas. Riak wajah tak serba salah ditayang.
"Ambil lah balik" Farrel geleng kepala. Suka betul isteri dia kenakan dia. Cuba kalau dia yang buat? Terus merajuk dua hari.
Dia buat orang boleh. Orang buat dia tak boleh.
"Nasib baik abang tak tumbuk muka you tadi kalau tak, haa memang pecah muka you" gumam Farrel sebelum masuk dalam tandas semula. Aresya mengajuk semula ayat Farrel tadi. Bukan dia dengar.
"Fuh" Aresya hela nafas lega sebaik saja Farrel masuk semula ke dalam tandas. Dada yang berdegup kencang diusap. Nasib baik suaminya tak mengamuk. Takut jugak dia kalau tumbukan Farrel singgah wajahnya.
⋆⋅☆⋅⋆
"Abang.."
"Hmm" Farrel menyahut sambil sibuk merenung Aresya yang baring atas riba. Memang setiap kali selepas solat, Aresya akan baring di situ.
"Abang okay ke kalau kita ada anak awal?" Soal Aresya ingin tahu. Kening Farrel bertaut. Apa yang obses sangat dengan anak ni? Minggu lepas dah tanya, pasal anak juga.
"Kenapa tanya soalan macam tu?" Soalan Aresya dibalas dengan soalan.
"Saja. Yelah kawan sebaya abang mesti dah ada anak kan? Abang sorang je belum" ada nada serba salah dalam suara Aresya. Dia bermain dengan jari sendiri. Tak bentah bila direnung oleh sang suami.
"Abang Tak rushing pun sayang. Abang nak spend time dengan you berdua. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, kita hidup berdua je dulu" rambut Aresya disebak ke belakang telinga.
"You tak perlu nak insecure sayang. Enjoy the moment. Nanti dah anak tak boleh nak tidur nyenyak, tak boleh nak dating berdua dengan abang dah" sambung Farrel. Pipi Aresya diusap dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...