Mereka berdua tiba di klinik milik Doktor Mai. Sejurus masuk ke dalam bilik doktor, Aresya disuruh baring atas katil.
"Okay puan, boleh tarik baju ke atas. Saya nak letak gel ni dan kita cek kandungan puan ya?" Arah Dr Mai lembut.
Aresya kaku sekejap. Selak baju? Mata melirik pada Farrel sudah sengih nakal.
"Ala doktor. Malu laa" tolak Aresya segan. Naik merah mukanya. Alah kau. Malu malu taik kucing pulak.
"You nak malu apa sayang? Bukan abang tak pernah tengok perut you" balas Farrel nakal buatkan Aresya menjerit malu. Kejadian Farrel letakkan heat patch kembali terlayar.
"Eish abang!" Membulat matanya. Eish suami dia ni memang takde rasa malu ke? Tahu lah sepupu sendiri tapi ergh.
"Farrel" tegur Dr Mai. Kalau bergaduh, makin lama mereka berada dalam bilik. Pesakit kat luar masih ada yang belum masuk.
"Okay sorry" Farrel angkat dua tangan ke atas. Menyerah kalah. Tangan Dr Mai bergerak di atas perut Aresya.
Tindakan Farrel yang merakam buatkan Aresya menutup muka dengan tapak tangan. Farrel ketawa kecil bila perasan Aresya tutup muka.
"Abang jangan lah record!"
"Biarlah. Nanti abang nak tunjuk kat Haiyan" balas Farrel selamba. Tangan masih merakam moment indah itu.
"Alhamdulillah, baby sihat." Ucap Doktor Mai ringkas. Bibirnya mengukir senyuman manis. Aresya toleh kepala pandang skrin ultrasound. Tubir mata bergenang sebak. Tak sangka dia dah nak jadi ibu.
"Kawal permakanan awak. Kalau boleh kurangkan makan manis takut kena kencing manis. Farrel tolong pantau sekali. Boleh makan cuma jangan berlebihan" pesan Doktor Mai panjang. Kedua pasangan itu angguk faham.
Doktor Mai serahkan sekeping gambar ultrasound pada Aresya. Terketar-ketar dia menyambut. Masih tak sangka yang ada satu nyawa dalam rahimnya.
"Thank you Mai." Ucap Farrel seraya menutup pintu bilik. Bahu Aresya dipeluk erat. Bebola mata Aresya masih merenung gambar ultrasound.
"Haiyan anak ibu" gambar itu dipeluk ke dada.
⋆⋅☆⋅⋆
Mereka berdua jalan sambil berpegangan tangan. Lepas dari check up baby, Farrel buat keputusan untuk bawa Aresya keluar makan. Lagipun dia memang ambil cuti untuk temankan Aresya.
Mata Aresya meliar ke satu kedai yang agak berhantu bagi kaum wanita. Bibir nya diukir senyuman jahat. Nak buli Farrel!
"Abang" panggil Aresya. Lengan Farrel di goncang perlahan. Farrel toleh menunduk pandang Aresya. Bebola mata memerhati segenap wajah cantik Aresya. Cantik betul lah bakal Ibu ni.
"Boleh kita masuk watson sekejap?" Pinta Aresya. Mata terkedip-kedip minta izin. Farrel pandang kejap watson yang tak jauh dari situ.
"Boleh sayang. You nak beli apa?" Kaki sudah melangkah ke arah watson. Aresya menjerit suka dalam hati. Yeah boleh pau suami!
"Emm nak beli pencuci muka" jawab Aresya. Tangan laju ambil bakul dan bergerak ke kawasan yang menempatkan barang makeup. Dahi Farrel berkerut seribu. Aik? Tadi kata nak beli pencuci muka ja? Ni dah jauh ni.
Membulat mata bakal ibu tu melihat tempat lipstick maybelline yang masih penuh dengan pelbagai shade colour. Jarang-jarang wo ada sale tapi barang penuh.
"Wahh abang. Ni lah lipmatte yang Resya nak. Dah lama cari" ujarnya teruja sambil tunjuk MAYBELLINE Super Stay Vinyl. Bakul watson dia bagi pada Farrel.
Salah satu tester di capai sebelum calit sedikit pada belakang tapak tangan milik Farrel. Terpinga-pinga dia berdiri disitu.
"You nak buat apa ni sayang?"
"Shushhh. Dulu Resya selalu berangan nak buat macam ni kat suami. Sekarang Resya dah boleh buat" katanya teruja. Bibir Farrel senyum tipis. Macam ni pun dah boleh perempuan bahagia eh.
"Kita try colour ni pulak!" Farrel hanya memerhati telatah Aresya yang sibuk calit beberapa warna di belakang tangannya. Pasrah jelah Farrel.
Dahi Farrel berkerut bila Aresya pergi tinggalkan kawasan makeup. Namun kaki tetap membuntuti langkah Aresya.
"You tak nak beli ke lipstick tadi?" Tanya Farrel pelik. Tadi kemain teruja sebab lipmatte ada stok tapi tak letak dalam bakul pula.
"Tak nak lah. Bukan Resya pakai pun" dia selalu pakai lipbalm dekat rumah. Kalau lipmatte tu jarang sangat, membazir kalau beli. Aresya hampiri rak yang menempatkan pelbagai jenis dan jenama pencuci muka.
Farrel berfikir kejap. "Antara banyak-banyak shade ni, mana yang you suka colour dia?" Tanya Farrel. Aresya letak tangan kat dagu sambil berfikir.
"Emmmm yang ni" satu colour dia tunjuk. Farrel angguk buatkan Aresya memandangnya terkebil-kebil.
"Kenapa tanya?"
"Takde apa? You dah siap pilih pencuci muka? Jom bayar" ajak Farrel.
⋆⋅☆⋅⋆
"Eh abang" langkah mereka terhenti. Aresya sudah gelabah manakala Farrel hanya diam. Satu lipmatte yang Aresya pilih tadi berada dalam plastik watson.
"Abang, Resya lupa nak letak balik lipmatte ni" ujarnya gelabah. Badan sudah memusing ke belakang untuk ke watson semula tapi Farrel menghalang.
"Tu abang yang beli" terang Farrel. Dahi Aresya berkerut seribu. Beli? Beli untuk siapa? Kan dah cakap dia jarang pakai?
"Abang beli untuk siapa? Abang ada orang lain ke?" Tembak Aresya. Farrel mengucap panjang dalam hati. Ya Allah isterinya ni, suka sangat fikir yang bukan-bukan.
"Ya Allah sayang. Abang belikan untuk you lah. Takkan untuk Riana pulak?" Farrel buat loyar buruk. Aresya mencebik mahu menangis. Rasa terharu.
"Mana abang tahu colour ni yang Resya nak?" Masalahnya lipmatte ni mahal tahu tak? Kalau ada sale baru mampu nak beli.
"Lahh tadi kan abang tanya you." Farrel garu kepala yang tak gatal kejap.
"Takk, maksud Resya. Mana abang tahu tu colour dia?" Lelaki bukan ke tak tahu beza colour lipmatte? Katanya sama je. Kalau pink, pink. Kalau merah, merah. Lain lah kalau perempuan.
"Abang minta tolong pekerja watson tu tadi. Nasib baiklah dia tahu" Farrel menarik tangan Aresya supaya sambung jalan. Berhenti kat tengah-tengah alam ni mengundang marah orang ramai.
"Bila masa pula abang pergi ambil?" Aresya mula rasa curiga. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya. Farrel ketawa perlahan.
"Kan masa tu you tengah beratur. Abang pergi senyap-senyap. You pun satu tak perasan abang takde kat sebelah. Kalau abang hilang pun mesti you tak heran" sempat dia perli.
"Ceh" Aresya berdecit tak percaya. Hello kita ralit tengok barang purchase with purchase kat kaunter. Kot kot ada lagi yang nak beli. Kan kan?
"Thank you abang." Ucap Aresya terharu. Akhirnya dapat juga dia pinang lipmatte tu. Farrel kucup dahi Aresya kejap lepas pastikan tiada orang yang pandang.
"Sama-sama sayang. Nanti Kat rumah you pakai la. Tak semestinya kena keluar jalan baru pakai." Pesan Farrel lembut. Aresya angguk mengiyakan kenyataan Farrel.
TO BE CONTINUE..
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...