32

293 17 0
                                    

Kaki Aresya menapak ke bilik kerja Farrel yang terletak bersebelahan bilik tidur mereka. Farrel minta diri untuk buat kerja. Aresya pula sambung tengok netflix tapi rasa bosan sebab Farrel tak teman.

Kepala Aresya terjenggul ke dalam. Mata merenung wajah Farrel yang fokus merenung fail di tangan. Nampak busy tapi dia tengah bosan...

"Emm abang.." panggil Aresya. Rasa macam nak kacau Farrel walaupun dia tahu Farrel tengah busy sekarang ni. Farrel angkat wajah.

"Ya sayang. Kenapa?" Aresya masuk ke dalam bilik. Mata ralit merenung segenap bilik Farrel yang berwarna hitam. Dia labuhkan duduk depan kerusi meja Farrel.

"Kenapa hitam?" Soalan terpancul keluar dari mulut Aresya.

"Sebab abang suka warna hitam" balas Farrel sambil mata merenung wajah cantik Aresya.

"Kenapa you datang bilik kerja abang ni?" Aresya mengeluh perlahan. Farrel tongkat dagu. Mata masih merenung wajah sang isteri.

"Kenapa sayang? You bosan ke?" Teka Farrel. Terus Aresya mengangguk laju. Bosan tapi tak tahu nak buat apa.

"Lepastu you nak buat apa sekarang ni?" Tanya Farrel. Jatuh kasihan tengok muka bosan Aresya. Selalunya dia paling suka kalau hari cuti, harini rasa bosan pula.

"Tak tahu.." gumamnya perlahan.

"Hah Resya tau. Jom pergi taman makan ice cream?"

"Makan ice cream? Sayang, ice cream dalam peti tu banyak lagi. You tak usik pun" dahi Farrel berkerut. Pergi taman semata nak makan ice cream? Kat rumah pun ada ice cream.

"Resya nak makan ice cream kat pakcik motor tu. Bila petang Resya selalu dengar dia bunyikan loceng. Budak-budak kat taman depan tu selalu jerit suka bila dengan loceng" pujuk Aresya. Tak kira nak juga!

"You ni pelik lah sayang" Farrel garu hujung kening yang tak gatal. Pelik-pelik jelah budak baru nak matang ni.

Bibir Aresya memucung. "Kalau abang tak sudi tak apalah, Resya pergi sorang je" rajuk Aresya. Baru dia mahu bangun dari kerusi, Farrel tarik tangannya halang dari pergi.

"Siapa cakap abang tak sudi. Abang sudi sayang. Cuma pelik lah. Pergi taman semata-mata makan ice cream" dahi Farrel berkerut. Still takleh brain.

"Ish pelik ke tak pelik ke. Cepat la abang. Nanti budak-budak kat taman tu habiskan semua ice cream macam mana?" Dia tolak pegangan Farrel lalu keluar untuk bersiap ala kadar. Nak ke taman je pun.

"Yelah sayang. Hold a sec. Abang kemas dulu"

⋆⋅☆⋅⋆

Aresya tarik tangan Farrel kuat. Disebabkan kedudukan rumah mereka dan taman tak jauh, jadi mereka putuskan untuk jalan kaki saja. Boleh exercise jugak. Mata Aresya bersinar terang tatkala nampak pakcik ice cream sedang melayani kanak-kanak yang membeli.

"Abang tu abang!" Ucap Aresya teruja. Ramai mata yang memandang ke arah mereka berdua lihat perangai kanak-kanak Aresya. Farrel senyum kekok pada ibu bapa kanak-kanak yang ada di situ.

"Ya sayang, tak lari pun lah pakcik tu." Kata Farrel perlahan. Aresya menunggu gilirannya untuk memesan. "Abang nak ice cream apa?" Soalnya. Badan dipusing hadap Farrel yang berdiri dibelakang.

"Emmm vanila?"

"Pakcik! Saya nak dua ice cream vanila lepas tu keropok ni satu!" Pesan Aresya dengan suara sedikit kuat. Satu bungkus Keropok diangkat ke atas. Farrel tepuk dahi kesal. Semua budak yang beratur untuk beli aiskrim, hanya terkebil-kebil melihat Aresya.

"Ya Allah sayang, slow sikit suara tu. Pakcik tu bukan pekak lagi tak dengar suara you" bisik Farrel pada telinga Aresya. Naik merah mukanya dengan perangai kanak-kanak Aresya. Ibu bapa tadi hanya senyum nipis pada Farrel.

"Meh duit, Resya nak bayar ni" Aresya abaikan bisikan Farrel. Tangan menadah duit. Cepat-cepat Farrel keluarkan card holder miliknya. Sekeping kad diberi pada Aresya.

"Nak cash, abang. Pakcik ni mana ada mesin terminal yang abang nak pakai card!" Bebel Aresya. Farrel garu kepala. Macam mana dia nak cakap kat Aresya yang dia takde cash?

"Emm qr pay boleh pakcik?" Farrel tersengih kekok pada pakcik ice cream tadi. Tangan dah bawa keluar telefon dari poket. Terkebil-kebil pakcik tu pandang Farrel.

"Maaf lah nak. Pakcik tak pandai guna benda alah tu."

"Ish abang ni. Card je banyak tapi cash takde" bebel Aresya seraya keluarkan beg duit warna merah jambu miliknya. Satu keping Rm 10 diberi pada pakcik tadi.

Selepas ucapkan terima kasih, mereka ambil tempat di bangku yang kosong. Sesekali telinga Farrel dengar Aresya menyanyi kecil. Suka betul
Dapat makan aiskrim kat taman.

"Suka dapat makan ice cream?" Soal Farrel. Mata tenung bibir Aresya sudah comot dengan ice cream. Pantas dia lap guna ibu jari. Macam mana nak jadi mak budak kalau perangai pun macam budak lagi?

Mak budak? Hehe

"Suka suka suka" jawab Aresya teruja. Aresya dongak ke atas pandang Farrel yang ralit makan ice cream.

"Abang oh abang"

"Ya sayang" sahut Farrel. Tangan menarik rambut Aresya yang tak ikat ke belakang telinga. Kang elok-elok makan ice cream jadi makan rambut.

"Kalau suatu hari nanti kita ada anak kan, abang nak anak lelaki ke perempuan?" Farrel tergamam kejap. Random betul soalan. Sejujurnya dia belum lagi terfikir ke tahap tu. Kalau boleh dia nak luangkan masa lagi berdua dengan Aresya. Masih belum puas.

"Emm lelaki? Sebenanrnya abang tak kisah pun. Tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan dia sihat dan sempurna." Jawab Farrel dengan penuh serius. Aresya angguk kepala faham.

"Kenapa tanya?"

"Saja" jawab Aresya pendek. Bebola matanya ralit merenung satu kanak-kanak perempuan yang hanya berdiri tak jauh dari gelongsor. Aresya perasan mata kanak-kanak itu pandang pada sebuah keluarga yang bergelak ketawa.

"Abang. Tengok budak tu. Kesian dia" Aresya tunjuk pada Farrel. Farrel menoleh pandang tempat yang Aresya tunjuk.

"Mesti dia teringin nak main macam tu dengan keluarga dia" Farrel angguk tanda setuju dengan ayat Aresya.

Mata Farrel meliar pandang langit yang semakin bertukar gelap. Ramai juga kanak-kanak telah pulang ke rumah. Tinggal mereka berdua saja.

"Dah sayang. Jom balik. Dah nak maghrib ni" tangan Aresya dipimpin berjalan pulang ke rumah.

Ecece manja kali dia.










TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now