11

524 29 1
                                    

Aresya rebahkan badan ke atas katil. Fuh penat. Matanya terpejam rapat. Kalau ikutkan dia mahu saja dia tidur dulu tapi mengenangkan Farrel tengah mandi, terus dia batalkan niat.

KLAK

Haa panjang umur. Baru seru dah datang. Mata Aresya tertacap pada Farrel yang keluar dari tandas hanya bertuala paras pinggang.

Nampak segala roti yang ada. Segera Aresya menutup mukanya dengan telapak tangan.

"Ahh!" Jerit Aresya terkejut. Muka terasa berbahang. Pertama kali tengok lelaki separuh bogel.

"Hey you kenapa?" Soal Farrel risau. Perlahan-lahan Aresya turunkan tangan dari muka.

Dia tarik nafas lega bila nampak Farrel sudah lengkap berpakaian. Jantung yang berdegup laju diusap lembut. Kau jangan buat hal lah jantung!

"Ta-takde apa lah" dalih Aresya tenang. Rileks Aresya, jangan tunjuk sangat yang kau berdebar tengok keadaan dia tadi.

Farrel menyidai tuala kecil pada penyangkut lalu baring di atas katil. Badan Aresya kaku seketika. Rasa kekok bila berdua-duaan atas katil dengan lelaki yang baru bergelar suaminya yang sah.

"Kenapa keras kejung je tepi katil tu?" Tegur Farrel bila perasaan tubuh Aresya kaku tak bergerak. Farrel tahan ketawa. Macam lah dia tak tahu yang Aresya takut dengan dia.

"Saya nak tidur" kata Aresya perlahan. Farrel padang katil saiz king miliknya. Dahi berkerut kejap.

"Jadi apa masalahnya? Katil abang ni dah cukup besar untuk kita berdua" ujar Farrel. Dia pusingkan badan merenung Aresya duduk kaku dibirai katil.

"Tidur atas katil ni? Berdua dengan awak?" Tanya Aresya inginkan kepastian. Biar betul? Bukan selalu kalau kahwin tanpa rela kena tidur asing ke..

"Apa masalahnya Bunga Aresya? You nak cakap yang you nak tidur atas sofa sana dan bukan baring atas katil ni dengan abang?" Suara Farrel bertukar tegas. Aresya telan air liur perit.

"Kita dah halal Aresya. Tiada masalah untuk kita tidur berdua atas katil ni. Tak haram pun. Tak payah nak terpengaruh dengan drama akasia tv3, bila kahwin tanpa cinta je kena asingkan tempat tidur."

"Kalau asing tempat tidur, akan jarang berkomunikasi. Bila masa perasaan cinta itu akan hadir kalau berterusan macam tu? Takde effort untuk belajar mencintai dan kenal pasangan"

Aresya tersentak. Baru nampak sisi matang Farrel. Selama dia kenal dengan seketul Farrel Hifzyan, sangat tidak matang.

"Tidur sini. Sebelah abang. Tempat you di sisi abang. Abang tak izinkan you tidur kat atas sofa" arah Farrel tegas.

Lambat-lambat Aresya baringkan badan ke atas katil. Terpejam seketika bila rasa selesa. Lembut betul katil. Tanpa amaran, Farrel menarik lembut pinggang Aresya. Wajahnya tersembam pada dada Farrel. Bauan minyak wangi Farrel menusuk dalam hidung.

Aresya terjerit kecil kerana terkejut.

"Tidur" Aresya ketap bibir rapat. Rasa sangat tak selesa ya. Mata masih terbuka segar. Kalau tadi ada rasa mengantuk, sekarang langsung takde.

Terasa usapan lembut pada pinggang. Bulu roma Aresya berdiri tegak. Pada mulanya dia rasa tak selesa, tapi lama kelamaan, rasa terbuai dan mata makin memberat. Akhirnya, Aresya dijemput lena.

⋆⋅☆⋅⋆

"Bunga Aresya. Bangun sekarang." Suara garau Farrel menyapa telinga Aresya. Aresya merengek lalu memeluk 'bantal' di sebelahnya.

"Aaa kejap la akak.. 5 minit 5 minit" kata Aresya mamai. Farrel geleng kepala melihat gelagat Aresya. Macam budak kecik.

Lena betul tidur ya Aresya? Dapat peluk suami.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now