Farrel dan Aresya berjalan di persisiran pantai sambil berpegangan tangan. Aresya yang minta untuk berjalan di sini. Untuk tenangkan diri.
"Abang"
"Hm?"
"Boleh Resya tanya sesuatu?" Farrel toleh kepala pandang Aresya. Jantung terasa berdebar. Entah kenapa dia takut dengan soalan yang akan keluar dari mulut Aresya.
"Abang jujur ya?" Tanya Aresya lagi buatkan Farrel telan air liur kelat. Aresya menguntum senyuman tawar pada Farrel.
"Siapa Juwita?" Farrel hembus nafas lega.
"Juwita kan sepupu abang? Anak mak ngah?"
"Tolong jangan tipu Resya lagi. Resya dah tahu. Resya cuma nak kejujuran dari mulut abang" Farrel tersentak. Bola mata merenung birai mata Aresya yang sudah basah dengan air mata.
"Kenapa abang tipu Resya? Abang cakap abang takda siapa-siapa, tapi Juwita tu siapa? Dia cakap abang dengan dia hampir berkahwin dan abang dah terlanjur tapi abang batalkan semua sebab nak kahwin dengan Resya"
Aresya tarik nafas dalam sebelum sambung kata.
"Abang buat Resya macam perampas. Rampas hak orang dan Resya jijik sebab abang dah bersama dengan orang lain sebelum Resya!" segera Farrel memeluk tubuh Aresya. Tangisan Aresya pecah.
"Ke-kenapa abang!" Dada Farrel ditumbuk kuat. Rasa sakit hati tengah hari tadi kembali. Dia tak pernah terfikir mahu merampas hak orang, walaupun itu orang yang dia sayang. Aresya akan undur diri.
"Sayang.. jangan menangis pleasee"
Aresya lepaskan pelukan. Mata jeling tajam Farrel.
"Ceraikan Resya dan Kahwin dengan Juwita!"
"Bunga Aresya!" Jerkah Farrel kuat. Aresya terkedu. Itu kali pertama dalam perkahwinan mereka, Farrel menjerkahnya.
"You sedar tak apa yang you cakap ni?! You sedar tak?!" Air mata kembali bertakung.
"Sedar abang. Kalau tak sedar Resya takkan cakap" tutur Aresya tenang dan bibir mengukir senyuman tawar.
"Sayang....ada sebab kenapa abang tak terima Juwita" suara Farrel kembali tenang. Kaki menapak ke depan untuk memeluk tubuh Aresya tapi Aresya mengundur ke belakang.
"Tak payah dekat. Berdiri situ!"
"Okay fine abang tak peluk you tapi jangan menangis. Hati abang sakit tengok you menangis sayang" rintih Farrel. Tak bentah dia lihat Aresya menangis kerana perbuatan nya.
"Juwita. Sepupu abang merangkap anak mak ngah. Memang betul sepatutnya abang kena berkahwin dengan Juwita tapi Tok dan Mak ngah yang rancang semua ni. Mummy pun tak tahu sayang"
Sakit. Sakit sangat.
"Abang tak pernah setuju untuk kahwin dengan Juwita. Dia sepupu abang, orang yang abang kenal dari kecil. Dah anggap macam adik sendiri."
"Lepas saja abang tahu yang tok dan mak ngah nak satukan kami, Hari-hari Juwita cari abang kat office. Abang serabut sayang. Dia hari-hari desak abang untuk kahwin dengan dia"
"Abang sengaja minta Haz siasat tentang Juwita and you know what? Masa tu dia mengandung 3 minggu. Bukan anak abang sayang. Itu anak dia dan orang lain. Abang tak pernah terlajur dengan sesiapa sayang. Demi Allah! Sebab tu dia beria nak abang kahwin dengan dia dan percepatkan tarikh perkahwinan kami"
Mulut Aresya terlopong terkejut.
"Dia nak abang jadi kambing hitam sayang. Lelaki mana yang nak? Cuba bagitahu abang?" Desak Farrel. Aresya tergamam selepas dengar cerita Farrel. Tak percaya. Dia nampak perut Juwita masih kempis tak seperti orang mengandung pun?
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...