51

98 3 0
                                    

Badan Aresya kaku setelah melihat susuk tubuh yang berdiri di depannya. Farrel yang perasan terus menoleh pada arah yang dipandang Aresya.

Seorang lelaki mungkin sebaya Encik Hakim lengkap berbaju melayu warna hitam sedang merenung Aresya lama.

"Sayang?" Panggil Farrel. Tangan Aresya digenggam erat bagi mengejutkan Aresya dari lamunan. Badan Aresya terhinjut bila terasa tangan nya digenggam seseorang. Dia mahu menarik tangan tapi makin digenggam oleh Farrel.

"Are you okay sayang?" Tanya Farrel lembut. Bukan dia tak perasan wajah Aresya bertukar pucat sebaik saja lihat lelaki asing yang berdiri sama dengan Puan Firah dan Encik Hakim.

"Resya okay sayang? Mummy tengok you macam tak sihat?" Tanya Puan Firah pula. Risau melihat wajah pucat menantu sulungnya.

"Err o-ookay" tergagap-gagap Aresya membalas. Kepala dialihkan dari memandang lelaki tadi dan menunduk ke bawah.

"Maaf lah Sabri. Menantu aku ni mengandung. Itu yang kerap-kerap tak sihat. Resya? Ni daddy kenalkan kawan Daddy, uncle Sabri" Jantung Aresya terasa bagai direntap.

"Oh ini ya Aresya menantu kau tu? Cantik! Pandai Farrel cari isteri" puji Encik Sabri ikhlas tapi pada Aresya tidak.

"Aresya okay ke sayang? Kenapa tunduk tu?" Tegur Puan Firah sedari Aresya tak angkat kepala dari tadi. Setelah di tegur, barulah Aresya mengangkat wajahnya.

Bibirnya mengukir senyuman kekok pada Encik Sabri yang berdiri di sebelah Encik Hakim. Mata terasa panas bila melihat senyuman manis Encik Sabri. Tak. Dia tak boleh senyum macam tu.

"A-abang.." panggil Aresya perlahan. Farrel terus mendapatkan isterinya yang mahu berdiri. Dia tak boleh tetap berada di sini. Kaki terasa lemah untuk berdiri. Farrel memimpin Aresya untuk masuk ke dalam rumah.

Sebaik Aresya lalu di depan Encik Sabri, bisikan lembut Encik Sabri membuatkan Aresya mahu pengsan.

"Hi sayang. Kau nampak seksi"

Sekelip mata pandangan Aresya bertukar gelap.

⋆⋅☆⋅⋆

Kepala Aresya sudah dibebaskan dengan belitan tudung selendang. Dahi Aresya yang berpeluh dia usap lembut. Matanya lama merenung wajah pucat sang isteri.

"A-aabang.."

"Dia datang. Resya tak nak."

"Abang tolong Resya abang!" Aresya meracau.

Farrel kaku seketika. Aresya jadi begini apabila trauma dengan kisah lalu. Farrel menghela nafas panjang sebelum mengejut Aresya dari lena.

"Bangun sayang." Kejut Farrel lembut. Setiap kali Aresya meracau begini, memang tugasnya untuk mengejutkan Aresya.

"Abang!" Jerit Aresya kuat. Mata sudah terbuka luas. Nafas naik turun seperti baru saja lepas berlari. Farrel senyum tipis sebelum tangan mengusap pipi kemerahan Aresya.

"Ya sayang. Abang ada kat sini"

"Abang..." bibir Aresya tersebik mahu menangis. Takut. Sungguh dia takut. Farrel menarik Aresya masuk dalam pelukan. Belakang Aresya diusap lembut untuk menenangkan wanita itu.

"Abang.." seru Aresya setelah lama berdiam diri. Dia mahu luahkan segalanya pada Farrel. Tak mahu menyimpan lagi.

"Emm"

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now