Farrel angkat beberapa kotak yang mengandungi barang hantaran dan barang mereka berdua. Aresya pula tolong Farrel angkat barang yang ringan. Sudah ditegah oleh Farrel tak perlu tapi tu la seketul Aresya memang degil.
"Abang yang ni nak letak dekat mana?" Satu bagasi hitam milik Farrel di tarik masuk. Alhamdulillah lidah dia dah tak rasa berbelit nak panggil Farrel, abang. Omputeh kata 'Practice Makes Perfect' githeww.
"Letak dekat tepi tangga. Nanti abang bawa naik atas" arah Farrel. Aresya angguk faham. Dahi sedikit basah dengan penuh dia lap guna hujung lengan baju.
Mata naik merenung Farrel yang berpeluh hebat. Tanpa Aresya sedar, kaki sudah melangkah dekati Farrel. Tangan naik mengelap peluh di dahi Farrel cukup buatkan dia tergamam. Terkebil-kebil Farrel merenung mata bulat sang isteri.
Bagaikan tersedar, terus dia tarik tangan. Tekak berdehem kekok. Farrel buat-buat tak peduli dan sambung mengangkat barang.
"Apa lagi yang Resya boleh tolong?" Bosan sebernanya. Farrel hanya benarkan dia angkat bagasi itu sahaja. Yang lain, tak boleh.
"Tolong ambilkan air. Haus" mencicit Aresya berlari masuk ke dapur. Air botol mineral yang berada dalam peti sejuk dia capai.
"Nah"
"Thanks" ujar Farrel lalu senyum manis. Aresya terkaku sebaik melihat senyuman Farrel. Cantiknya senyuman dia weh..
"Kenapa? Ada apa yang tak kena dengan muka abang ke?" Soal Farrel sambil lap muka guna baju. Aresya kedip mata laju. Kepala digeleng. Nyah kau. Setan keluar!
"You okay tak ni? Risau pulak abang tengok"
"Okay je. Lama lagi ke?" Segera Aresya tukar topik. Jantung sudah bertukar tempo. Sabar Aresya sabar. Kenapa sejak kahwin ni iman kau ni senang roboh?
Semua salah Farrel. Sebelum kahwin, kemain dingin. Ni tiber jadi soft pulak. Kita tak biasa!
"Lapar ke?" Tanya Farrel. Mata menjeling sekilas jam dinding. Pukul 2 petang. Aresya sengih kekok. Pandai suaminya teka. Macam tahu-tahu je. Kitonyo malu!
"You nak makan apa?" Kotak terakhir diletakkan tepi bilik stor.
"Resya nak masak boleh?" Pinta Aresya. Tiba-tiba rasa teringin nak makan ayam sambal berlado dengan sayur campur taugeh. Dapnya!
Farrel angguk tanda setuju. Air diteguk rakus. "You pergi bersiap. Kejap lagi kita keluar beli barang dapur"
"Ai ai captain!"
⋆⋅☆⋅⋆
Farrel dan Aresya tiba di satu supermarket yang berdekatan dengan rumah. Farrel ambil satu troli dan Aresya ambil satu bakul. Dahi Farrel berkerut.
"Kenapa you ambil bakul?"
Aresya sengih. "Resya nak beli makanan yang Resya nak. Jangan risau Resya guna duit sendiri" terang Aresya buatkan Farrel menghela nafas panjang.
"Sayangku Aresya.." langkah Aresya terhenti. Jap jap, dia panggil aku apa tadi?!
"Sekarang you dah jadi isteri abang kan. Tanggungjawab abang untuk tunaikan semua kehendak you."
"Sekarang you letak balik bakul tu sebelum abang peluk you kat sini juga" ugut Farrel serius. Aresya telan air liur kelat. Mak ai pasal bakul pun sampai nak ugut peluk eh?
"Ish yelah!" Kaki menghentak kuat tanda protes.
Kaki Aresya melangkah laju tinggalkan Farrel di belakang. Farrel cuba tahan bibir dari senyum. Tangan menolak troli jalan ke depan Satu paket biskut diambil.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...