Farrel dan Aresya menapak masuk ke dalam cafe milik Syuhada. Lepas saja sihat dari demam, terua dia mengajak Farrel untuk ke sini. Rindu dengan Kak Syu!
"Akak" jerit Aresya mengundang pandangan beberapa pelanggan masih ada di cafe. Laju tangan Farrel menekup bibir Aresya tapi cepat Aresya tarik tangan Farrel.
Ya allah isteri dia ni, masa arwah ibu mengandung, ada tertelan speaker ke?
"Ya Allah Aresya!" Jerit Syuhada pula. Farrel tepuk dahi kuat. Dua kali lima je dua orang ni. Malas nak tegur, Farrel ambil tempat pada salah satu meja yang kosong.
Biarkan mereka berdua lepaskan rindu. Banyak
Kali juga Aresya mengajaknya datang ke cafe milik Syuhada tapi asyik tertangguh kerana sibuk dengan kerja."Eh Farrel pun ada" ujar Syuhada terkejut. Farrel hanya lempar senyuman nipis.
"Haruslah ada kak. Siapa nak bawa Resya datang sini?" Cebik Aresya. Nak drive sendiri masih tak berani. Risau suaminya mengamuk. Tawa Syuhada meletus. Tangannya naik mengusap kepala Aresya dengan penuh rasa sayang. "Iyelah sayang. Ni ada nak makan apa-apa tak? Akak boleh masakkan"
"Hihi macam tahu-tahu je. Resya teringin nak makan kek coklat lava. Boleh?"
"Boleh sayang. Duduk sini diam-diam. Jangan merayap" pesan Syuhada tegas. Bukan boleh percaya budak ni. Kejap lagi tau tau dah sampai ke dapur. Aresya tabik pada Syuhada. "Baik puan!"
"Duduk sayang. Abang tengok pun penat tau" Aresya cebik kejap lantas labuhkan duduk. Ceh bukan dia yang bergerak pun.
"Esok Resya ada check up baby. Abang ikut kan?" Perut yang sudah 4 bulan diusap perlahan. Farrel pandang Aresya yang merenungnya penuh berharap.
"Ya sayang. Kan abang dah janji yang abang akan ikut you pergi semua check up baby" tangan Aresya dia genggam erat bagai tak mahu lepas. Sesekali dicium lembut tangan Aresya.
"Kek coklat untuk Bunga Aresya is done" sapa Syuhada datang dengan dulang kecil. Bersinar mata bulat ibu mengandung itu.
"Wahh" itu saja yang keluar dari mulut. Syuhada senyum sinis kejap sebelum angkat piring kecil berisi kek coklat dari dulang.
Tanpa sempat letak atas meja, tangan Syuhada di langgar oleh seorang remaja perempuan buatkan dia menjerit marah.
"Woi! Buta ke?!" Jerkah Syuhadah kuat cukup membuatkan bahu Aresya terhinjut terkejut. Tak pernah dia dengar suara Syuhada menjerkah orang. Farrel juga turut terkejut sama.
"Kau tak nampak ke aku pegang piring ni? Punya banyak ruang, tangan aku juga kau nak langgar" jerkah Syuhada buatkan remaja itu menundukkan wajah ke lantai. Tak berani mengangkat wajah.
"Takpe lah akak. Takpa" pujuk Aresya lembut. Memerah wajah Syuhada ketika itu. Bengang mungkin.
"Adik. Saya minta maaf ya bagi pihak akak ni" Aresya toleh pandang budak perempuan tadi dngan pandangan simpati.
"Saya minta maaf. Saya tak sengaja" ujar dia penuh rasa serba salah. Mata masih tertacap pada kek coklat yang tumpah di lantai. Aresya geleng kepala sambil senyum. "Tak mengapa. Awak boleh pergi"
"Resya!" Marah Syuhada geram. Aresya senyum nipis. Lengan Syuhada dipegang erat. Mata mereka bertentangan.
"Tak apa akak. Lain kali ya akak buatkan untuk Resya. Bukan rezeki Resya dapat makan kek coklat akak" Aresya usap lengan Syuhada kejap. Mahu meredakan marah Syuhada.
"Kejap. Akak buatkan yang baru" belum sempat Syuhada mahu melangkah, Aresya halang.
"Tak apa kak. Taknak susahkan. Lain kali saja ya."
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...