14

444 24 0
                                    

Tepat jam 2 petang, Haz tiba di depan bus stop. Pintu kereta di buka oleh Haz. Aresya mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Sorry puan, jalan jem" ujar Haz kesal. Kelasnya sudah tamat satu jam setengah yang lepas, lama juga la dia bertapa kat bus stop.

"Kenapa tak tunggu kat dalam? Kan tuan Farrel dah pesan?" Tanya Haz ingin tahu. Setahunya Farrel sudah memesan pada Aresya. Itu apa yang lelaki itu beritahu.

"Emmm malu lah sebab saya sorang je kat situ. Sekurang-kurangnya kat bus stop ada ramai orang" jawab Aresya. Haz hanya diam apabila mendengar jawapan isteri tuannya.

"Haz" panggil Aresya lepas Haz mula memandu.

"Ya saya"

"Umur awak berapa?" Bila fikir balik, dia tak pernah tanya umur pembantu peribadi suaminya dan merangkap bodyguard separuh masa dia. Macam mana nak tanya kalau pernah jumpa sekali je masa pulang dari hospital dulu.

"24 tahun" Haz muda empat tahun dari Farrel.

"Awak okay ke saya panggil nama je? Ke awak nak saya panggil awak abang?" Soal Aresya. Polos saja mukanya.

Haz senyum kekok. Berani lah dia suruh isteri Farrel panggil dirinya Abang. Mau kena penggal kepala dengan Farrel.

"Takpe. Panggil Haz pun dah cukup" jawab Haz dengan nada kekok. Aresya angguk. Telefon bimbit miliknya dikeluarkan dari poket seluar.

'Husband🦭'

Lepas sah jadi isteri Farrel, terus dia tukar nama contact. Dari hubby to husband. Okaylah tu. Maksud dia sama kan.

"Hello?" Suara Farrel menyapa.

"Belum sampai rumah mummy lagi ke? Ke dah sampai tapi lupa nak inform abang?" Soal Farrel garang.

Berkali-kali dia pesan pada Aresya supaya maklumkan padanya setelah sampai ke rumah keluarganya.

Aresya geleng kepala kesal kejap sebelum berhenti. Macam lah Farrel boleh nampak.

"Haz baru sampai la pickup Resya. Abang ni tak penyabar betul lah" bebel Aresya geram. Farrel menghela nafas panjang.

"Bukan apa. Risau you kena culik ke apa masa tunggu kat depan uni tu" Aresya kemam bibir. Culik? Siapa lah nak culik dia.

"Haish merepek aje kerja. Dah nak sampai rumah mummy ni. Hari ni abang balik pukul berapa?" Sebagai mana dia hari pertama masuk ke universiti, Farrel juga kembali masuk kerja selepas seminggu cuti kahwin.

"Mungkin balik lambat. Abang ada meeting ni. Nanti dah sampai rumah mummy, text abang. Okay bye" Farrel tutup panggilan.

⋆⋅☆⋅⋆

"Kakak ipar" tegur Fakhri dari tepi kolam renang. Aresya tutup mata bila ternampak abs di tubuh Fakhri. Dasar budak dahla pakai seluar pendek je.

"Hei! Pakai baju lah!" Jerit Aresya terkejut. Tawa Fakhri meletus. Suka betul dapat kenakan kakak ipar dia sorang ni. Pada mulanya dia tak suka dengan Aresya bila tengok perangai blur ubi Aresya ni dia tersuka pula.

Suka sebagai kakak ipar!

"Fakhri Hidayat! You tak nampak ke kakak ipar you ada? Aurat tu! Naik, pakai baju" marah Puan Firah entah datang dari mana. Kaki mendekati si menantu sulung.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now