"Abang oh abang" laung Aresya dari dalam rumah. Kaki menapak ke kolam renang. Dia sudah hafal jadual Farrel, bila hari cuti suaminya akan berenang di kolam.
"Kat sini sayang" balas Farrel agak kuat. Risau Aresya tak dengar. Perlahan-lahan Aresya labuhkan duduk pada kerusi tepi kolam renang. Farrel bersangkut ke tepi kolam sambil merenung wajah comel Aresya.
Tubuh Aresya masih bersarung pajama tidur corak kucing. Belum mandi. Bangun tidur je terus cari Farrel bila sedar suaminya tiada di sebelah.
"Good morning" perli Farrel sengaja. Bibir Aresya memuncung tak puas hati. Saja lah tu nak perli kita. Tahu lah sekarang dah tengah hari.
"Tak nak kawan abang" rajuknya. Suka sangat perli dia. Tak tahu ke hormon ibu mengandung ni suka tidur?
"Okay okay." Cepat-cepat Farrel mengalah. Makin besar perut Aresya makin kuat merajuk. Sarapan milik Farrel yang terletak di meja kecil diambil oleh Aresya. Tiga keping pancake dan satu cawan teh lemon panas.
Farrel hanya biarkan Aresya makan. Memang selalunya begitu. Dia tak makan sarapan takpa, janji bukan ibu mengandung tu yang kelaparan.
Farrel sambung aktiviti yang tergendala tadi. Bebola mata Aresya ralit merenung belakang tubuh Farrel sambil makan pancake. Hot betul!
Lepas 5 pusingan, Farrel naik dari kolam. Tuala yang tergantung tepi kolam dia capai dan mengelap tubuh.
Tuala kecil pula mengelap rambut. Pipi tembam Aresya dicium geram. Eish comel sangat!
"Eish abang. Basah la pipi Resya" rungutnya sambil lap sisa air dipipi. Tawa Farrel meletus lihat wajah cemberut Aresya.
"Siapa suruh comel sangat?" Soal Farrel. Dia labuhkan duduk tepi Aresya. Jarinya lap Whipped cream ditepi bibir Aresya dan masuk ke dalam mulut sendiri.
"Abang!" Ujar Aresya tak percaya. Pelik-pelik ajelah suaminya ni. Farrel buat tak peduli. Perut buncit Aresya jadi destinasi tangan Farrel. Dia melutut depan Aresya. Sesekali dicium lembut perut itu.
"Hello anak babah. Haiyan okay harini?" Farrel berbual dengan anak dalam perut seolah Haiyan berada di depan mata. Bibir Aresya menguntum senyuman manis melihat telatah Farrel.
"Haiyan sihat. Babah, Haiyan rasa harini Haiyan nak makan steak. Boleh tak babah?" Tanya Aresya bagi pihak Haiyan. Farrel angkat muka pandang wajah Aresya yang tak bersalah.
"Apa? Resya tolong sampaikan je hajat Haiyan" ujar Aresya tak bersalah. Farrel senyum senget sebelum bangun dan duduk semula tepi Aresya.
"You nak makan steak?" Soal Farrel sengaja. Bukan dia tak tahu, Aresya yang nak. Selama ni kalau dia mengidam apa-apa, selalu guna nama Haiyan.
Membulat mata Aresya. Apa pula dia? Haiyan yang nak lah! Tak cakap pun nak makan.
"Haiyan yang nak. Bukan Resya" tegas Aresya. Masih tak nak mengaku.
"Jangan nak fitnah anak eh" mata mencerlung tajam pada Aresya. Aresya mendengus kasar.
"Yelah yelah Resya yang nak. Puas hati abang? Sama juga kan? Resya makan, Haiyan pun dapat juga" bebel Aresya geram. Sepotong pancake disumbat dalam mulut.
"Abang naik mandi sekejap. Lepas tu kita keluar." Putus Farrel lalu bangun dari duduk. Aresya pun ikut sama bila nampak Farrel dah berdiri.
"Nak ikut!"
⋆⋅☆⋅⋆
Akibat perangai nakal Aresya, makan tengah hari mereka agak lewat sedikit. Bibir Aresya muncung kedepan manakala Farrel hanya sengih macam kerang busuk.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...