26

334 24 0
                                    

"Abang" panggil Aresya.

"Yow" balas Farrel yang sedang berdiri di depan cermin. Tengah bersiap untuk keluar makan. Aresya duduk di birai katil sambil bermain dengan telefon.

"Hensem nya dia ni abang" puji Aresya. Tangan Farrel yang tengah betulkan rambut terhenti bila dengar pujian Aresya.

"Dah lah hensem, baik pulak tu. Comel. Memang package la" Farrel pusingkan badan memandang Aresya yang tersengih pada telefon. Ini lain macam.

"You puji siapa?"

"Ni haa. Hensem la." Balas Aresya tanpa pandang Farrel membuatkan dia rasa nak marah. Lelaki mana dia puji tu? Hensem sangat ke?

"Mana? Nak tengok" kaki sudah melangkah hampiri sang isteri. Aresya cuba tahan ketawa bila perasan Farrel dah berdiri dekat dengannya.

Camera telefon yang dari tadi merakam wajahnya disua pada Farrel. Tergamam Farrel melihat wajahnya terpampang di screen telefon.

"Ni haa! Hensem kan?" Kata Aresya nakal.

Memang hensem pun weh. Malam ni dia pakai baju tshirt hitam kosong bersama jaket denim. Seluar pula seluar slack hitam. Nampak simple tapi hensem teruks.

Ee macam nak gigit!

Bibir Farrel tersenyum suka. Lahh ingatkan siapa yang hensem sangat tu.

Diri sendiri rupanya.

Farrel Hifzyan lah siapa lagi.

"You ni suka tau" Farrel sudah malu malu kucing. Malu bila kena puji dengan isteri sendiri.

"Resya jumpa orang buat macam ni kak tiktok. Resya cuba lah" terang Aresya. Farrel mengangguk faham. Tak kisah lah siapa pun yang start trend ni, dia nak berterima kasih. Sebab kau, bini aku puji aku hensem!

"Abang dah siap. Jom" tangan Aresya ditarik keluar dari bilik.

"Jom. Yeyey makan sukiya" Aresya bersorak riang. Suka la sebab suami kita layan craving kita. Salah tiktok sebab tiba-tiba lalu fyp pasal sukiya.

Terus dia mengadu pada Farrel yang tiktok dia fyp pasal sukiya. Dah lama teringin nak makan. Pernah viral pasal sukiya ni.

⋆⋅☆⋅⋆

"Ala beratur panjang la pulak" rungut Aresya. Farrel hanya diam melihat bibir Aresya yang sudah memuncung. Ish budak ni suka betul buat muncung itik macam tu.

"You ni. Nama pun tempat viral kan? Mesti lah beratur" ayat yang sama diulang semula. Dulu kat Pulau Perhentian. Sekarang kat depan sukiya?

"Tapi Resya dah lapar.."

"Kalau macam tu kita makan benda lain lah" kaki Farrel berura mahu melangkah keluar dari barisan tapi terasa lengan jaketnya ditarik.

"Tapi Resya nak makan sukiya" Farrel pejam mata erat. Allahu.. sabar jelah.

"Tapi you dah lapar kan?" Soal Farrel sambil merenung kepala Aresya yang menunduk ke lantai.

"Tapi nak makan sukiya juga malam ni" balas Aresya tegas. Farrel angkat kedua tangan. Surrender.

"Haa then kita beratur je. You jangan nak merungut kat abang cakap lapar. Bukan abang tak offer nak makan kat tempat lain" bebel Farrel. Aresya mencebik. Sikit-sikit bebel!

"Hi sir. Nak order sup yang mana satu?" Soal pekerja itu bila giliran mereka tiba. Farrel pandang Aresya. Kut lah isterinya dah ada pilihan sendiri.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now