13

465 24 0
                                    

Sampai saja rumah, terus Aresya masuk dapur untuk menyiapkan makan malam mereka berdua. Kanapa makan malam? Sebab tadi dah singgah makan tengah hari dekat luar dan jalan pula jem. Jadi mereka sampai rumah lepas maghrib.

"Aduh kat mana pula semua pinggan mangkuk?" Hampir semua rak kabinet dia buka. Kepala yang terasa gatal dia garu. Rasa give up nak masak sebab tak jumpa.

"Cari apa?" Sergah Farrel dari belakang. Aresya menjerit terkejut. Tubuh Farrel dipeluk terkejut.

"Ah!" Farrel peluk pinggang Aresya spontan. Masing-masing kaku. Terasa hembusan nafas Aresya pada leher buatkan Farrel telan air liur. Halkum bergerak menahan rasa.

"Opss sorry!" Pelukan terlepas. Aresya alihkan mata pandang jari kaki manakala Farrel tenung cicak di dinding.

Farrel berdehem kekok sebelum tuju ke kabinet atas sebelah Aresya. Bebola mata hanya merenung pergerakan sang suami.

"Kenapa abang letak pinggan kat atas tu! Mana Resya sampai." Rungut Aresya tak puas hati. Mentang-mentang tinggi dia 155cm je.

"Kan dulu rumah ni takda orang, jadi abang letak atas sikit. Nanti abang pindahkan ke kabinet bawah supaya you senang nak ambil"

"You nak apa lagi?" Tanya Farrel bila tengok Aresya masih tercegat kat tepi peti. Bibir Aresya sengih kejap sambil tunjuk mangkuk.

"Mangkuk" Farrel angguk lalu ambil dua mangkuk putih.

"Okie thank you abang" kata Aresya teruja. Lincah tangan menyambung kerja yang tergendala tadi. Farrel hanya selesa memerhatikan tangan Aresya gaul beberapa ketul ayam dengan kunyit dan garam.

"Ada apa-apa yang abang boleh tolong?"

Aresya pandang sekeliling dapur sebelum mata tertacap pada periuk nasi. "Haa abang masa nasi. Masak satu cawan cukup. Bukan ramai pun orang dalam rumah ni"

Tangan Farrel laju basuh beras dan masak nasi. Aresya Terkesima melihat Farrel yang seolah-olah sudah biasa masuk dapur. Tak kekok langsung.

"Abang memang dah biasa ke masuk dapur?" Aresya tanya soalan ingin tahu. Tangan bergerak memotong bawang putih, bawang merah, cili padi dan tomato.

"Dulu masa sekolah abang selalu je masuk dapur tolong mummy masak. Sekarang jarang sebab sibuk kerja"

"Wuu jadinya abang pandai masak lah?" Teka Aresya. Teruja sebab kenal dengan lelaki yang pandai masak. Orang kata lelaki kalau masak lagi sedap dari perempuan.

Buktinya kalau dekat kedai tomyam atau mana-mana restoran, chefnya lelaki.

Done palatao.

"Pandai lah sikit-sikit. Ni ayam dah boleh goreng?" Aresya angguk kejap. Farrel panaskan minyak dalam kuali sebelum masukkan ayam yang Aresya gaulkan tadi.

Tak semena-mena minyak ayam terpercik kena pada lengan Aresya. Terjerit kecil gadis itu kerana terkejut buatkan Farrel rasa cemas.

"Meh sini" Aresya ditarik pada singki. Farrel lalukan Lengan Aresya bawah air. Terkedu sesaat dia bila lihat wajah risau Farrel. Alis kening terbentuk cantik warna coklat pekat berkerut.

"Resya okay lah. Sikit je ni"

"Sikit apa nya! Nanti jadi parut kalau tak buat macam ni" kata Farrel tegas. Aresya rasa terharu dengan sikap Farrel.

Selama ni kalau dia goreng ayam atau ikan, tiada siapa yang peduli kalau dia terkena minyak panas. Diri sendiri pun tak peduli.

"Sakit lagi?" Soal Farrel lembut. Laju Aresya menggeleng. Masa terkena je sakit. Sekarang dah tak sakit.

"Tak. Dah okay la abang. Tengok ayam tu, nanti hangit" ragu-ragu Farrel lepaskan lengan Aresya.

"Betul ni?" Tanya Farrel tak puas hati.

"Ya abangg" balas Aresya meleret. Risau sangat kalau tangan dia kena minyak panas. Padahal sikit je pun.

"Kalau sakit bagitahu"

"Yaaa"

⋆⋅☆⋅⋆

Akhirnya seminggu selepas nikah mereka kembali pada kehidupan masing-masing. Disebabkan luangkan masa dan habiskan masa bersama selama seminggu, hubungan mereka makin erat.

"Thank you abang sebab hantarkan" kata Aresya sambil mengalas beg ke bahu. Tangan Farrel dicapai untuk salam sebelum membuka pintu kereta.

"Balik nanti tunggu kat sini juga. Nanti Haz ambil you okay? Belajar elok-elok. Jangan nakal-nakal" pesan Farrel lalu cium dahi Aresya kejap.

Bibir Aresya tersebik tak puas hati. Ada ke patut pesan macam tu? Ingat dia budak darjah satu ke nak nakal-nakal?

"Okay abang" Aresya keluar dari kereta. Tangan melambai pada Farrel sebelum kereta Farrel keluar dari perkarangan universiti.

"Huhh nervous nya!" Gumam Aresya. Kaki melangkah ke arah tangga. Kening digaru kejap. Mana satu pejabat ni?

"Excuse me? You buat apa kat sini?" Tegur seseorang. Bahu Aresya terhinjut. Kus semangat. Kepala dipaling ke belakang. Seorang lelaki sedang memandang dingin padanya.

"S-sorry.. tahu tak pejabat dekat mana? Saya student baru" tanya Aresya perlahan. Lelaki itu terus berjalan tinggalkan Aresya terpinga-pinga.

"Kata nak pergi pejabat? Ikut i" arah lelaki itu. Tanpa banyak soal kaki Aresya mengikuti langkah. Tak sampai 2 minit, langkah mereka terhenti.

"Umur you berapa? Nampak muda" soal lelaki itu tiba-tiba. Aresya telan air liur kelat. Emm patut ke dia bagitahu? Padahal baru kenal tak sampai 5 minit?

"Puan Aresya?" Tegur seseorang. Serentak itu mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Seorang wanita dalam lingkungan usia 40an sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Ya saya" jawab Aresya.

"Mari Masuk office saya. Kamu, boleh pergi" arah wanita itu. Lelaki yang bernama Aiden hanya mengangguk faham sebelum kakinya mengorak langkah pergi.

⋆⋅☆⋅⋆

"Kat mana cafe? Dari tadi cari tak jumpa" rungut Aresya seorang diri. Ramai orang memandangnya pelik. Mungkin sebab ada muka baru di universiti ini.

"Wait.. budak office?" Kata seseorang. Aresya buat taktahu. Bukan dia cakap dengan aku pun. Kaki meneruskan langkah cari cafe yang entah dekat mana.

"Hei" terasa lengan di tarik, Aresya menoleh ke belakang. Ohh lelaki pagi tadi. Senyuman tipis diukir untuk lelaki tersebut.

"Ya?" Tanya Aresya. Lelaki itu menyeluk tangan ke dalam poket lalu merenung anak mata Aresya yang bulat itu.

'Cantik' desis Aiden.

"You nak ke mana?" Soalnya. Aresya buat muka sebelum dia betulkan riak wajahnya. Kang orang kata dia sombong pun.

Bukan apa, awal-awal lagi suami dah pesan. Jangan berkawan dengan lelaki.

"Cafe"

"Oh.."

"Awak tahu cafe kat mana? Dari tadi saya cari tapi tak jumpa" tanya Aresya. Kalau ikutkan dia malas nak tanya lelaki ni tapi bila perut berbunyi minta di isi dia terpaksa.

"Oh cari cafe. Pagi tadi cari pejabat. Ni cari cafe pula" kata aiden lalu ketawa kecil. Dahi Aresya berkerut. Apa yang kelakar?

"Jom ikut i" ajak Aiden. Kaki Aresya mengikut langkah lelaki itu. Tak lama kemudian, mata Aresya menangkap papan tanda bertulis 'cafe lavender'

"Kakak ipar?" Langkah Aresya kaku. Jap. Macam kenal..

"Fakhri?"










TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now