28

354 25 0
                                    

Aresya berdiri depan cermin agak lama. Sekejap dia memusingkan badannya menghadap cermin. Farrel hanya selesa merenung tingkah laku Aresya.

Dari dia masuk tandas sampai lah dah siap mandi, Aresya statik berdiri di situ. Baju kemeja dibutang sampai atas sambil mata memerhatikan Aresya.

"You kenapa? Pusing sana pusing sini" tanya Farrel pelik. Aresya pusingkan badan menghadap Farrel yang betul-betul berdiri dibelakang.

"Baju ni"

Kening Farrel terjungkit. Menunggu respon dari mulut Aresya.

"Cantik sangat. Kat mana abang beli?" Tawa Farrel meletus. Ingatkan apa lah tadi. Pasal baju je pun.

"Abang beli kat bundle tepi jalan" kata Farrel membuatkan mata Aresya membuntang terkejut. Baju cantik macam ni baju bundle? Siapa yang let go baju secantik ni?

"Serious?" Farrel cuba tahan gelak bila tengok mata Aresya membulat besar. Allahu sayang... terkejut sangat tu.

"Eish you ni cepat sangat lah percaya. Siapa je jual baju cantik macam ni kat bundle. Kalau ada pun jarang " tawa Farrel meletus. Isteri dia pun..

"Dah abang cakap macam tu, Resya percaya lah" balasnya polos.

"Siap cepat. Kita dah lambat tau. Nanti jalan jem"

Perjalanan ke destinasi hanya mengambil masa dalam 30 minit. Aresya sendiri tak tahu Farrel mahu membawanya ke mana.

Katanya siap dan pakai baju yang dia dah sediakan. Aresya pula hanya menurut. Tidak pula dia membantah.

"Tutup mata pakai ni" satu sleep eye dihulur pada Aresya. Dalam blur blur ubi, aresya menyambut huluran Farrel.

"Untuk apa ni?"

"Pakai je" kata Farrel seraya tangan membantu Aresya memakai. Wajah Aresya ditenung lama.

Hari ni Aresya pakai makeup nipis ala ala natural makeup. Tak terlalu tebal. Kalau tengok dari jauh mesti ingat Aresya tak pakai makeup.

"Cepatlah sayang" desak Farrel tak sabar. Aresya berdecit. Ish tak reti sabar lah sorang ni pun. Nak cepat pergi mana?

"Ish sabar lah. Kalau nak cepat sangat, abang pergi dulu. Tinggal Resya sorang" rajuk Aresya.

"Okay okay tak. Ambil la banyak mana pun masa you nak. Abang tunggu" Farrel mengalah. Aresya ketawa kecil melihat reaksi Farrel yang mengalah dengannya.

Farrel pun tabah lah layan perangai dia.

"Okay dah. Cepat" kata Aresya sebaik saja sleep eye sudah menutup matanya. Farrel tersengih sebelum keluar dari perut kereta.

"Slow slow" pesan Farrel selepas satu kaki Aresya keluar dari kereta. Aresya genggam erat lengan Farrel yang mengiringinya.

"Kita nak pergi mana ni abang? Resya takut laa" luah Aresya. Takut tahu tak sebab dia tak nampak. Farrel pula tak nak bagitahu mereka nak pergi mana.

Takut lah kalau dia nak jual aku ke?

Astaga Aresya! Mulut! Kalau Farrel tahu mesti kecil hati dia.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now