"Siotla idea kau ni Riana. Eish tak nak lah aku" tolak Aresya tak mahu. Sekarang ni dia dalam bilik air tengah video call dengan Riana.
"Ala Resya. Kata nak pujuk abang Farrel. Macam tu la. Confirm dia tak merajuk dah" kata Riana bersungguh. Nak tolong kawan dapat pahala!
Haa mana nak cari kawan macam Riana ni?
Aresya menelek tubuhnya yang sudah tersarung dress satin nipis warna pink lembut. Peha putihnya dan leher jinjang terdedah. Tak pernah dia pakai baju macam ni.
Lepas mereka keluar makan tengah hari tadi, Riana terus tarik tangan dia masuk kedai jual baju tidur yang Aresya sendiri malu nak cakap. Nasiblah ketika itu Fakhri pergi tandas.
"Tapi aku malu lah" keluh Aresya. Sekali lagi dia menilik tubuh pada cermin. Nipis dan pendek. Aduhai tak pernah di buat Aresya lah. Macam menjual diri pun ada.
"Dapat pahala apa? Korang kan dah halal" usik Riana nakal. Aresya berdecit kasar. Riana kalau bab-bab ni memang dia pandai.
"Yang kuban-kuban ni semua kau ajar" bidas Aresya geram membuatkan Riana ketawa terbahak-bahak. Kalau perangai tak senonoh, semua ikut Riana. Nasib ler dapat kawan camgini.
"Pergi lah Aresya. Nak jugak aku merasa dapat anak buah" Riana anak tunggal. Memang hidup dalam kesunyian. Kalau dapat main dengan budak, ohh indahnya!
"Ish kau ni. Dah lah aku nak tutup call" jari berura-ura mahu menekan butang end.
"Jangan lupa tau Aresya. Aku nak anak buah" jerit Riana teruja sebelum panggilan ditutup. Aresya mengeluh resah.
"Alah Aresya. Buat jelah. Takkan nak tunggu seminggu laki kau merajuk baru nak pujuk?" Kata Aresya sendirian. Dengan semangat yang sudah membara dalam diri, dia keluar dari tandas.
Kaki terjengket-jengket berjalan ke tangga menuju tingkat bawah. Bebola mata memandang Farrel yang sedang tonton movie dibawah.
Dengan lafaz bismillah, dia turun ke bawah. Hujung mata menangkap mata Farrel yang sedang merenungnya.
Aresya ambil tempat disebelah Farrel. Cukup selamba.
"Abang tengok cerita apa tuu" tanya Aresya dengan suara yang sengaja dilunak. Kepala disandar pada dada Farrel. Mata menoleh pandang tv.
"Movie" dingin suara Farrel menjawab buatkan Aresya mencebik. Terus kepala diangkat pandang Farrel yang masih kusyuk menonton.
Ish kenapa macam tak berkesan je ni?
"Abang merajuk lagi ke?" Aresya cucuk dada Farrel guna jari telunjuknya.
"Jangan kacau abang. Pergi sana" amboi garang.
"Resya minta maaf. Bukan salah Resya pun dia nak ngorat Resya" kepala dongak pandang Farrel. Tiada reaksi membuatkan Aresya tercebik mahu menangis.
Rasa nak geram sebab Farrel tak endahkan dia. Rasa marah dengan diri sendiri sebab tak pandai pujuk pujuk suami sendiri. Akhirnya air mata yang keluar.
"Abang dah tak sayang Resya" tutur Aresya perlahan. Jari yang dari tadi bermain pada dada Farrel ditarik semula.
"Malam tu Resya cuma makan je. Siap comot lagi tapi salah Resya juga ke dia datang meja kita minta nombor Resya?"
"Resya makan ayam je! Bukan main mata dengan dia pun!" Kata Aresya geram. Air mata meluncur laju turun ke pipi. See? Farrel mana pujuk dia!
Dasar orang tua!
"Malas nak cakap dengan abang. Macam cakap dengan tunggul. Cakap dengan tunggul lagi bagus" Bebel aresya garang sebelum bangun dari sofa.
Belum sempat dia mahu melangkah, terasa pinggang dipeluk erat. Farrel menarik pinggangnya kuat sebelum jatuh terduduk atas riba.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...