25

383 25 0
                                    

Mata Aresya merenung tubuh Farrel yang baru keluar dari tandas. Rambutnya basah menitik ke bawah membuatkan Aresya tergamam seketika.

Handsome nya suamiku!

"Apa pandang-pandang? Abang handsome kan? Tahu dah" belum apa-apa, dia angkat bakul sendiri. Ceh.

Tuala kecil di tangan dia sidai. Kaki melangkah ke arah katil dah mengesot duduk di tepi si isteri. Bibir Aresya mencebik.

"Apa buat bibir macam tu? Nak kena kiss lagi ke?" Usik Farrel nakal. Dalam kepalanya mula teringat moment Farrel cium bibirnya ketika makan ubat minggu lepas. Terasa berbahang pipi bila teringat.

Ish nyah kau!

"Hah hahh fikir apa tuu" kata Farrel lagi. Aresya baling bantal ke arah Farrel yang masih senyum nakal itu.

"Abang diam" ketat wajah Aresya ketika itu. Tangannya naik memeluk tubuh. Tak suka la macam ni eishshwyhsegsfsg

"Yang, abang nak tanya la" tiba-tiba suara Farrel bertukar serius. Wajahnya pun sama. Aresya telan air liur payah. Ni kenapa pulak tiba-tiba. Neves pulak rasa.

"You dah okay?" Terpinga-pinga Aresya mendengar soalan yang keluar dari mulut Farrel. Okay? Aku okay ke? Okay je rasanya.

"Okay je abang. Why?"  Kepala menoleh pandang suaminya.

"I mean, you dah okay dengan pemergian yeyen?" Serentak badan Aresya kaku. Bibir bawah digigit resah sebelum mengangguk perlahan.

"Dah, Resya dah redha" jawab Aresya seraya memeluk dan bersandar dilengan Farrel. Tangan Farrel naik mengusap rambut Aresya.

"Mungkin bukan rezeki kita nak jaga dia" sambung nya lagi. Farrel terasa bangga dengan jawapan Aresya. Tangan kecil Aresya dia genggam erat.

"Kenapa abang tanya?" Aresya mendongak angkat kepala. Tiba-tiba saja tanya. Farrel hanya senyum tipis.

"Kalau you dah move on okaylah, sebab sampai bila kita nak duduk sini? Lagipun lusa you dah start class kan?" Aresya mencebik. Alah malas nya nak masuk class. Tak puas cuti lagi.

"Haz cuti untuk 5 bulan ni. Nanti abang hantarkan you pergi uni" terus Aresya alihkan tubuh untuk berhadapan dengan Farrel.

"Macam susahkan abang je? Bagi Resya drive boleh?" Pinta Aresya. Kedua tangan di rapat seperti memujuk. Kening Farrel terjongket sebelah. Drive?

"You ada lesen ke? Abang tak pernah tahu pun?" Duga Farrel. Mata kecilkan pada Aresya. Tak percaya.

"Ada lah, dulu lepas spm Resya ambil lesen. Arwah Ibu paksa ambil" cerita Aresya. Farrel angguk faham. Dalam kepala dah fikir sama ada nak benarkan Aresya memandu sendiri atau dia hantar.

"You sure nak drive?" Kepala Aresya mengangguk yakin. Dah lama wo tak pegang stereng. Last pegang masa test jpj dulu. Hah dah berapa tahun tu?

"Boleh la abangg" pujuk Aresya. Tangan kekar Farrel dia cium lembut. Farrel cuba tahan bibir dari senyum. Haii ni nak pujuk ke nak goda dia ni?

"Berapa lama dah tak drive?" Soal Farrel curiga. Tengok gaya macam dah lama tak bawak kereta budak ni. Aresya tersengih. 3 jari dia angkat depan muka Farrel.

"Esok kita practice sebelum abang benarkan you drive" bersinar mata Aresya mendengar jawapan Farrel. Yahoo!

"Ehee thank you abang!"

⋆⋅☆⋅⋆

"Jom yang. Kita pergi practice" kunci kereta sudah berada dalam genggamanya. Kakinya yang berura-ura mahu melangkah keluar terhenti apabila perasan tubuh Aresya tak bergerak duduk disofa.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now