4

453 29 0
                                    

"Bunga Aresya?"

Aresya memalingkan tubuhnya menghadap belakang. "Ya saya?" Jawab Aresya perlahan. Kornea mata memandang wajah wanita dalam lingkungan awal 50-an yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Lama dah sampai?" Soal wanita itu. Lambat-lambat Aresya menggeleng. Ni apa ni tiba-tiba je sebut nama dia. Tangan dihulur pada Aresya.

"Panggil Mummy je sayang." Seakan-akan faham dengan pandangan Aresya yang blur blur ubi itu, terus Puan Firah perkenalkan diri.

"Oh puan Mummy Farrel ke?" Lancar suara Aresya bertanya. Pertanyaan Aresya mengundang tawa Puan Firah. Rambut panjang Aresya yang terurai itu diusap lembut.

Dia sudah mula jatuh sayang pada gadis polos ini. Pipi tembam Aresya dielus lembut. Aresya pejam mata apabila mula terbuai dengan usapan lembut itu.

Matanya mula berkaca. Perasaan rindu pada ibu bapanya mula hadir. Puan Firah kaku melihat mata Aresya yang berkaca.

"Kenapa menangis sayang? Emm?" Soal Puan Firah lembut. Tubuh kecil Aresya peluk erat. Teresak-esak Aresya memeluk tubuh Puan Firah.

"Rindu ibu" lirih Aresya sebak. Terasa belakang tubuhnya diusap lembut oleh bakal Ibu mertuanya.

"Shushh jangan nangis. Mummy kan ada?" Pujuk Puan Firah lalu menyeka air mata Aresya. Bibir Aresya menguntum senyuman manis. Perbuatan mesra Puan Firah membuatkan dia selesa walaupun tak sampai 30 minit kenal.

"Amboi buat jejak kasih pulak kat tengah-tengah jalan ni" sampuk seseorang. Serentak Aresya dan Puan Firah palingkan muka ke arah suara itu.

"Haihh awal you balik Farrel? Selalu kalau tak jam tu tepat jam 12 malam, batang hidung you mummy langsung tak nampak" perli Puan Firah mengundang tawa kecil Aresya. Puas hati dengar Farrel kena perli.

"Kau suka apa budak?" Tawa Aresya mati. Wajah dingin Farrel di pandang kejap. Eleh nak senyum sikit pun tak oleh.

"Apa cakap macam tu dengan Aresya? Mummy cubit you nanti" marah Puan Firah. Aresya buat muka mengejek pada Farrel. Yay ada geng!

"Mummy masuk dulu. Kamu berdua jangan borak lama sangat. Darah manis" pesan Puan Firah sebelum pergi meninggalkan Farrel dan Aresya.

⋆⋅☆⋅⋆

"Darah manis?" Soal Aresya pelik. Lengannya dibelek. Berkerut dahinya. Farrel menggeleng kepala. Aduh budak ni.

"Buat apa kat sini?" Soal Farrel dingin. Macam biasa. Aresya mencebikkan bibir. Wajah Farrel di pandang. "Mana saya tahu, Haz yang bawa saya datang sini. Tanyalah dia" balas Aresya geram.

Farrel berdecit. "Pergi masuk. Kau halang orang nak buat kerja tahu tak?" Arah Farrel seraya menolak bahu Aresya untuk masuk ke dalam rumah. Aresya jeling Farrel tajam. Eish tak payah la tolak-tolak!

"Tak tahu dan tak nak tahu!" Jawab Aresya berani. Membuntang mata Farrel mendengar jawapan Aresya. Eh budak ni kecik beso kecik beso je aku tengok.

"Hah menjawab!" Marah Farrel. Tak sangka perangai budak ni macam ni. Tengok kat hospital macam sopan je budaknya.

Aresya mencebik. Matanya menjeling tajam Farrel yang berdiri di sebelahnya. "Ni apa semua ni ramai-ramai?" Tanya Aresya ingin tahu. Dari tadi dia nak tahu, apa yang berlaku sebernanya.

"Apa yang kau nampak?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Pelamin?" Jawab Aresya.

"Pelamin untuk?" Tanya Farrel pula. Kening dijongket ke atas.

"Kahwin?" Teka Aresya lambat-lambat. Bukan apa, takut jawapan dia salah.

"Ha tahu pun" jawab Farrel. Ada la sikit muka bangga diwajahnya. Terkebil-kebil Aresya pandang Farrel. "Siapa nak kahwin?"

"Jiran rumah sebelah. Kau lupa ke apa yang aku cakap pagi tadi?" Sindir Farrel pedas. Kuat makan semut ke apa?

"Saya ingat awak main-main!!" Kata Aresya terkejut. Matanya pandang ke arah halaman rumah yang menempatkan pelamin.

"Takde masa aku nak main-main." Kata Farrel mendatar. Tanda serius dan tak main-main. Kepala Aresya menunduk ke arah lantai. Dahi Farrel berkerut. Ni dah kenapa pula?

"Saya muda lagi. Takkan nak kahwin dah.." ujar Aresya perlahan. Dia baru masuk umur 20 tahun, dah kena jadi isteri orang? Omg tak pernah terlintas dalam kepala otak dia.

"Pastu kau nak kahwin umur berapa?" Layankan jela Farrel budak mentah ni. Wajah Aresya ditenung lama. Memerah pipi Aresya bila ditenung begitu.

"Emmm 26?"

"Tapi tu lah dah jodoh kau sampai umur 20 tahun. Nak buat macam mana kan? Terima sajalah" jawab Farrel selamba. Aresya menghentakkan kaki tanda protes.

"Hah hentak hentak. Aku ikat kaki tu tahu lah" ugut Farrel. Bibir dicebikkan. Farrel geleng kepala. Sikit sikit cebik macam mulut itik.

⋆⋅☆⋅⋆

Puan Firah genggam erat tangan Aresya bagai tak mahu lepas. Mata menatap lama wajah Aresya.

Alis kening terbentuk cantik. Bulu mata lentik bagai memakai maskara. Hidung tak mancung tapi sedap mata memandang. Bibir munggil nya berwarna merah delima. Cantik!

"Mana kamu jumpa Aresya ni Farrel. Cantik betul!" Puji Puan Firah. Dari tadi bibir yang sedikit berkedut itu mengukir senyuman manis. Ohh suka dia bulih dapat menantu.

"Kat tepi longkang" balas Farrel selamba. Mata Aresya membutang tak percaya. Longkang? Wah wah main kasar nampak?

"Eish you ni. Mummy tanya elok-elok kan?" Marah Puan Firah. Aresya tahan senyum. Padan muka lo.

"Jumpa kat mana tu tak kisah lah. Yang penting mummy nak Farrel bawa balik bakal menantu mummy kan? Ni hah Farrel dah bawa balik" jawab Farrel malas. Kaki disilang sambil bermain dengan telefon. Aresya hanya diam, malas mahu menyampuk.

"You ni abang, takde perempuan lain ke you nak buat isteri. Bakal kakak ipar i ni sama umur dengan i tau?" Sampuk lelaki yang dari tadi duduk sebelah Farrel. Fakhri Hidayat, adik bongsu Farrel. Umur sama tapi kena panggil kakak? Euw no.

"Kacau hidup kau ke Fakhri? Takde kan? So diam" balas Farrel dingin. Fakhri julingkan mata ke atas bila dengar jawapan abangnya.

"Sudah sudah. Hish kamu berdua ni. Bergaduh tak habis" bebel Encik Hakim pula.

"Abang ni daddy!" Adu Fakhri. Farrel jeling Fakhri sekilas. Ergh dasar budak manja.

"Jadi bila majlisnya?" Soal Puan Firah dengan nada teruja. Mata masih merenung tepat anak mata Aresya buatkan Aresya tundukkan wajah merenung ibu jari kaki.

Eh kejap? Bila majlis? Bukan Farrel kata pelamin kat luar tu majlis diorang ke?

Terus dia angkat wajah pandang Farrel yang dari tadi sudah merenungnya. Senyuman mengejek terukir di bibir. Sah dia kencing aku!

"Mummy nak bila? Farrel ikut mummy" balas Farrel acuh tak acuh. Seolah-olah tak berminat. Dalam hati, Aresya menyumpah seranah lelaki didepannya.

Dia yang beria-ria paksa aku pastu buat macam tak berminat pula. Aresya capai gelas air lemon tea yang terhidang di atas meja.

Dengan rakus dia menelan. Haus betul. Puan Firah tayang muka teruja. Suka bila anak serahkan urusan majlis padanya.

"Sebulan lagi okay ke?"

PUFF!

"Hah?!"









TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now