40

260 22 2
                                    

Aresya toleh pandang Farrel yang tidur lena ditepi. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan tanpa sebarang bunyi. Ada satu misi yang dia nak buat.

Satu hoodie hitam milik Farrel disarungkan pada tubuh. Card holder dan kunci kereta Farrel dia ambil. Kakinya terjengket-jengket keluar dari bilik. Sesekali Aresya menoleh ke belakang untuk pastikan Farrel tak sedar.

Enjin kereta dihidupkan. Belum sempat mahu menukar gear, pintu kereta sebelah pemandu dibuka. Jantung Aresya berdegup kencang. Siapa?! Hantu ke?

"Arghhhh" jerit Aresya kuat. Kedua tangan menepis tak mahu dipegang. "Pergi-pergi. Aku minta maaf sebab keluar tak minta izin suami aku. Yaa nanti aku minta izin dia. Pergi!!"

"Hei hei" rontaan Aresya terhenti. Perlahan-lahan dia buka mata. Bebola mata tertacap Farrel yang sudah lengkap memakai hoodie dan mata merenung tajam Aresya. Aresya telan air liur kelat. Habis lah.

"Nak keluar huh?" Soal Farrel sambil peluk tubuh. Dingin sungguh wajahnya.

"Ab-abang.."

"You nak pergi mana?"

"Be-beli oden." Balasnya takut-takut. Satu sebab kantoi keluar tak minta izin, kedua sebab nak drive kereta. Padahal sebelum ni mati-mati Farrel tak bagi dia bawa kereta.

"Nak pergi beli oden kat kejut abang? Sejak bila you pandai keluar rumah tak minta izin suami Bunga Aresya?" Marah Farrel. Matanya mula berkaca.

Mahu tercabut jantung bila perasan Aresya tak ada atas katil. Persoalannya terjawab bila perasan card holder dan kunci kereta hilang. Terus dia sarungkan hoodie dan turun ke bawah.

Tangisan yang ditahan sejak dari tadi akhirnya pecah. Huaaa kena marah dengan suami. Farrel mengeluh sebelum tangan nya menarik Aresya masuk ke dalam pelukan.

"Resya nak beli oden je. Teringin nak makan tapi abang tidur. Resya tak sampai hati nak kejut. Jadi Resya pergi lah sorang." Teresak-esak dia terangkan.

"Sampai hati abang marah Resya.."

"Shushhh abang tak sengaja sayang" bibir cium dahi dan ubun-ubun Aresya. Pipi Aresya yang sudah basah dengan air mata dikesat.

"Dah dah. Tak nak lah menangis. Kata nak oden? Kena cepat sayang sebab family mart dah nak tutup" mata Farrel jeling sekilas jam tangan nya. Cepay Aresya lepaskan pelukan.

"Okay jom jom. Nanti oden habis" kata Aresya teruja. Farrel pula dah tercengang. Aik cepat betul berubah mood. Tadi beria menangis.

"Tukar tempat. Biar abang drive" baru Farrel nak buka pintu kereta tapi dihalang oleh Aresya. Aresya tersengih sinis.

"Tak apa abang. Biar Resya je yang drive" Farrel telan air liur. Risau tak sampai family mart je ni. Aresya dah siap pakai tali pinggang.

"Cepat la abang pakai seatbelt tu!" Arahnya.

"Ok-okay jap" perlahan-lahan tangan Farrel menarik tali pinggang. Masih takut nak benarkan Aresya memandu.

"Are you ready abang?"

"Err yes.."

"Jom!" Pedal minyak ditekan.

"Bunga Aresya!"

⋆⋅☆⋅⋆

Tangan Farrel masih terketar-ketar semasa hulurkan kad untuk buat bayaran. Aresya songgol siku Farrel. Perbuatan selamba Aresya mengundang pandangan akak cashier.

"Abang. Elok elok lah" marah Aresya. Lambat betul, nanti kembang pula maggi dia.

"Terima kasih ya encik" ujar akak cashier itu lembut. Farrel angguk kejap sebelum mereka berdua menapak keluar dari Family mart.

"Memang abang takkan bagi you drive dah lepas ni. Tengok apa you buat kat kereta abang!" Bahagian depan yang kemek dipandang sayu oleh Farrel. Orang sayang kereta okay?!

Aresya buat tak tahu. Selamba dia buka bungkusan onigiri dan makan.

"Bawa kereta macam orang gila. Nasib baik tak accident je tadi" mata Aresya membulat. Jap, Farrel kata dia orang gila? Tajam mata Aresya menikam mata Farrel.

"Apa?! Abang kata Resya orang gila?" Jerit Aresya tak percaya. Rasa nak marah. Hilang selera dia nak makan onigiri tadi. Farrel peluk tubuh, kening dijungkit sebelah.

"Haah! You bawa kereta macam orang gila. You tahu tak you hampir nak langgar orang tadi?" Balas Farrel berani. Tak boleh takut, beras kita beli!

"Orang gila ni lah isteri abang tau! Maknanya pun abang pun gila juga!"

"Lepas ni you tak dibenarkan bawa kereta lagi. Jalan yang lurus pun bawa tak betul. Beli lesen ke apa you ni" tuduh Farrel buatkan Aresya memukul Bahu Farrel geram.

Sampai hati dia cakap macam tu! Dia masih ingat perasaan masa ambil ujian jpj. Tubir mata terasa memanas. Terasa hati dengan Farrel.

"Resya benci abang!" Jerit Aresya kuat seraya keluar dari kereta. Tak lupa juga plastik family mart tadi. Nak merajuk!

Aresya duduk ditepi jalan sambil buka bekas oden tadi. Nasib baik dapat sudu dengan garfu. Aresya suap oden ke dalam mulut sambil meleleh air mata. Sedih.

Kaki Akak cashier tadi terhenti bila nampak Aresya makan oden tepi jalan. Keningnya berkerut pelik.

Farrel tarik dan hembus nafas dalam. Dia masih ingat lagi ketika Aresya bawa kereta. Bawa kereta macam tak nak hidup lepas ni.

"Haih merajuk pula" gumam Farrel perlahan lalu keluar dari kereta. Dia ambil tempat tepi Aresya. Aresya yang perasan buat-buat tak tahu. Tadi nak marah-marah sangat kan?

"Kenapa you makan kat sini? Kita dah tak ada rumah ke sampai you nak makan kat tepi jalan ni?" Dingin saja nada suaranya.

"Resya kan orang gila? Tempat orang gila kat tepi jalan. Bukan kat rumah"

"Tak payah nak buat perangai kat sini. Jom balik" Farrel bangun dan tarik lembut lengan Aresya. Aresys berdecit marah tak suka.

"Resya kan suka buat perangai. Abang tinggal je Resya kat sini!" Lawan Aresya. Sakit hati bila Farrel tuduh dia beli lesen sedangkan dia bertungkus lumus untuk dapatkan lesen tu.

"Bunga Aresya!"

"Apa!" Mata jeling tajam Farrel yang sudah berasap. Keras kepala betul lah budak-budak ni. Farrel hembus nafas kasar lalu bangun.

"Ikut suka you lah. Abang malas nak layan" Aresya tersentak melihat Farrel tinggalkan nya dan masuk ke dalam kereta. Sampai hati dia. Air mata yang sudah kering kembali berjujuran turun ke pipi.

Akak cashier yang dari tadi memerhatikan adegan suami isteri itu terus menjerit pada Farrel. "Encik! Isteri encik ni!"

"Biarkan dia. Biar momok ambil dia." Balas Farrel lantang buatkan mata Aresya membulat tak percaya. Dia biarkan momok ambil aku?

Cepat-cepat dia tutup bekas oden tadi dan bangun dari duduk.

"Eee abangggg!" Jerit Aresya seraya bangun dari duduk. Tak nak duduk dengan momok! Akak cashier tadi garu kening melihat telatah suami isteri itu.

"Apa lah nasib aku. Dahla kena ot hari ni lepastu hadap benda macam. Kesian aku yang single ni"
















TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now