17

429 22 0
                                    

"Aresya" panggil Riana lalu mengambil tempat dihadapan Aresya. Aresya angkat wajah kejap sebelum sambung tengok kdrama pada ipad yang Farrel belikan.

Kena mention yang suami belikan. Netizen perlu tahu!

"Apa?" Soal Aresya malas. Mata masih tak berganjak dari screen ipad.

"Cuti sem ni kau pergi mana dengan Abang Farrel?" Soal Riana sambil menyisip air tealive yang dibawa bersama.

"Entah tak tahu lagi. Mungkin duduk rumah je sebab laki aku sekarang busy" keluh Aresya. Sejak kahwin makin busy suaminya. Kadang-kadang nak luang masa berdua dengan Farrel pun tiada.

Kali terakhir mereka bermanja, sebulan yang lepas. Masa mula-mula kahwin.

"Jom ikut aku dengan Fakhri pergi pulau perhentian nak?" Ajak Riana. Mata Aresya bersinar bila dengar perkataan pulau. Wah ni dia suka!

"Bila?" Soal Aresya teruja.

"Minggu depan hari rabu. Kau tanya la Abang Farrel dia bagi ke tak. Nanti inform aku" kata Riana lagi sebelum beredar meninggalkan Aresya seorang di taman. Kelas dia dah start.

Aresya mengeluh perlahan. Dia bagi ke? Tapi aku nak ikut dorang

Seperti biasa, Haz akan menjemputnya sebaik saja kelas tamat. Untuk hari ini Aresya minta izin Farrel untuk datang ke office. Kaki Aresya berlari anak masuk ke office Farrel.

"Hi assalamualaikum abang!" Wajah Aresya terjenggul di muka pintu.

"Waalaikumusalam. Masuk" balas Farrel tanpa pandang wajah Aresya. Sibuk pandang Fail kat tangan.

"Abang oo abang" panggil Aresya.

"Apa Bunga? Abang busy ni. You duduk sana diam-diam." arah Farrel dengan nada sedikit tegas. Berubah wajah Aresya mendengar suara tegas Farrel.

"Nak tanya pun tak oleh" gumam Aresya sebelum duduk diatas sofa.

Tapi macam mana ni? Nak pergi Pulau tu minggu depan. Kalau tak tanya sekarang, bila lagi nak tanya? Aresya tarik nafas dalam sebelum buka mulut.

"Abang—

"Tuan, meeting lagi dua minit ya" celah Haz dimuka pintu. Farrel mengangguk sebelum bangun dari kerusi. Kot dibetulkan sebelum menapak keluar.

Aresya menyandarkan badan ke sofa lemah. Macam mana nak bagitahu ni?!

⋆⋅☆⋅⋆

"Alah kau ikut jelah kitaorang. Tak payah bagitahu Abang Farrel" hasut Riana. Fakhri yang berada di sebelah Riana terus cubit pipi Riana geram. Tak boleh ganas nanti merajuk lagi.

"Hei, abang tu suami dia tahu. Kena lah bagitahu" ujar Fakhri dingin. Tak mahu masuk campur kalau bab abang dia. Nanti dengan dia sekali kena.

"You, kita kena ajak Aresya kalau tak plan kita nak pergi Pulau ni cancel!" Ugut Riana tegas. Itu plan Fakhri sebernanya nak pergi berdua dengan Riana tapi Riana pula nak ajak Aresya. Katanya tak nak berdua-duaan.

Eh selama ni tak de pula macam tu.

"Okay fine." Fakhri angkat kedua tangan ke atas.

"Kau ikut je tak perlu bagitahu dia. Nanti apa-apa Fakhri tanggung" ewah ewah sedap nya dia cakap tak pandang kiri kanan. Muka Fakhri dah macam tertelan taik cicak dengar cadangan Riana.

"Suka hati you je nak palitkan nama i" rungut Fakhri tak puas hati. Riana usap pipi Fakhri kejap tanda memujuk. Aresya dah pandang tempat lain, sakit mata tengok mereka bersentuhan tanpa ikatan.

Tahu la nanti dia suggest kat Mummy supaya kahwinkan budak berdua ni. Mummy mesti dengar cakap dia punya, dia kan menantu sulung eheeee

"Please Aresya.." rayu Riana. Aresya mengeluh perlahan. Dia juga nak pergi tapi cadangan Riana ni boleh bunuh dia tahu tak? Riana tak kenal lagi muka Farrel bila tengah marah. Seram!

"Err nantilah aku fikirkan" ujar Aresya. Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Nama Farrel tertera di screen telefon.

"Ya abang?"

"Okay Resya turun jap"

"Laki aku dah sampai. Chaw lu" pamit Aresya. Kaki melangkah besar meninggalkan pasangan itu.

⋆⋅☆⋅⋆

"Abang minta maaf sebab lately ni abang busy tak layan you" suara Farrel memecahkan suasana dalam kereta. Aresya hanya diam memeluk tubuh sambil memandang jalan raya.

Jujurnya, dia terasa hati juga dengan perangai Farrel. Balik lambat. Bila penat kerja, mula la nak marah dia tak tentu pasal padahal tengah marah pasal kerja.

"Abang minta maaf okay? Harini abang nak tebus silap abang. Kita pergi tengok wayang yang you nak tengok tu" pujuk Farrel. Tangan kirinya memegang tangan Aresya manakala tangan kanan memegang stereng kereta.

"You nak tengok cerita ni kan? Abang dah book tiket awal-awal" kata Farrel sebaik saja tiba di panggung wayang. Aresya terkedu. Mana suami dia tahu yang dia nak sangat tengok cerita ni?

"Haz bagitahu abang. You ada cerita kat dia kan yang you teringin nak tengok" balas Farrel selamba bila dapat membaca riak wajah Aresya.

"Jom" Farrel tarik tangan Aresya lembut masuk ke dalam hall. Aresya diam membatu bila melabuhkan duduk. Terasa kekok bila keluar berdua dengan Farrel begini. Ni first time dia keluar dating dengan Farrel lepas sah jadi suami isteri.

"Say something sayang. Kenapa? Tak best ke?" Tanya Farrel risau bila Aresya hanya diam tak bercakap. Aresya alih muka ketepi halang dari Farrel menatap wajahnya.

"Bunga.."

"Bunga kenapa ni? You sakit ke?" Riak wajah Farrel berubah risau bila nampak mata Aresya berkaca. Tangan Aresya diusap lembut.

"A-abang tu.." tangisan Aresya pecah. Entah kenapa dia rasa sedih sangat. Mungkin nak datang bulan jadi emosi tak berapa stabil.

"Abang buat apa? Bagitahu abang" desak Farrel. Tak bentah dia melihat air mata Aresya jatuh kerananya. Badan Aresya dipeluk erat. Nasiblah Farrel pilih twin seat dan tiada penghalang untuk mereka berpelukan.

"Haritu Resya nak cakap dengan abang tapi abang selalu sibuk. Kalau balik rumah pun terus tidur. Kita dah jarang spend time sama-sama" luah Aresya teresak-esak. Hati Farrel terasa dicarik-carik. Kepala isterinya diusap lembut.

"Abang minta maaf. Abang janji abang tak buat dah okay? Sorry sayang" pujuk Farrel lembut. Belakang badan Aresya ditepuk perlahan. Farrel membiarkan Aresya menangis di dada bidangnya sehinggalah Farrel terdengar dengkuran halus.

"Abang minta maaf sayang."









TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now