6

455 24 0
                                    

"Hi selamat datang!" Kata Aresya kuat. Memang skop kerja sebagai pelayan cafe perlu menyapa setiap pelanggan yang masuk ke dalam cafe. Supaya pelanggan terasa dialu-alukan.

Aresya berlari anak ke arah kaunter. Pagi ni kekurangan staf sebab kak Diana pergi checkup baby kat klinik kesihatan, jadi terpaksalah dia cover dua kerja.

"Ya order?" Bibir Aresya menguntum senyuman manis buat lelaki yang menunduk pandang menu. Terkebil-kebil mata Aresya bila lelaki itu mengangkat wajah.

Farrel? Apa dia buat dekat sini?

"Awak buat apa kat sini?" Soal Aresya terkejut. Farrel tayang muka takde perasaan. Bebola mata merenung segenap wajah Aresya yang tiada makeup. Hanya bedak asas dan lipbalm.

"Nak main basikal" Aresya julingkan mata ke atas. Mula dah dia ni.

"Nak beli air lah. Soalan pun" balas Farrel kasar. Mata kembali merenung menu. Aresya biarkan Farrel buat pilihan. Sementara itu dia menyanyi kecil mengikut lagu yang dipasang dalam cafe.

"Dah lah suara tak sedap" ejek Farrel. Aresya tarik nafas dalam lalu dihembus kasar. Habis mood aku pagi ni.

"Tak suruh awak dengar pun" jawab Aresya.

"Aku ada telinga"

"Ada ke saya cakap awak takde telinga?" Perli Aresya selamba. Farrel berdecit kasar. Dia
memesan satu cawan ice latte sebelum Kaki melangkah ke satu meja kosong.

Jari jemari mengetuk meja. Mata meliar pandang kawasan cafe yang bertemakan floral. Ada pelbagai jenis bunga di tepi pintu masuk. Warna dinding pula dicat warna dusty pink dan putih.

"Ni ice latte awak" Aresya letak satu cawan ice latte. Baru kaki hendak menapak pergi, suara Farrel mematikan langkahnya.

"Petang ni kita pergi beli cincin" tubuh Aresya kaku. Dia tak salah dengar kan? Bila masa aku setuju nak kahwin dengan dia?

"Apa dia? Boleh ulang?"

"Tak tahu pula kau ni pekak"

"Saya tak pernah setuju pun nak kahwin dengan awak Farrel Hifzyan!" Ujar Aresya geram dengan suara perlahan.

"Oh ya? Sebab aku tak peduli. Kau setuju atau tak perkahwinan ni akan diteruskan walaupun tanpa persetujuan kau" dada Aresya terasa mahu pecah. Dia ingat aku ni patung ke?

"Awak ingat saya ni patung ke? Yang awak boleh arahkan sesuka hati awak? Takutlah awak tak tahu yang saya ni masih ada hati dan perasaan." Mata Aresya terasa makin kabur dengan air mata. Ah kenapa aku nak menangis pula ni?

Terus Aresya meninggalkan Farrel yang kaku di kerusi.

⋆⋅☆⋅⋆

Kalau dah nama Farrel Hifzyan, mana makan saman. Tepat jam 6 petang, kereta Mazda 3 hatchback putih miliknya berhenti tepat depan cafe.

Mata merenung Farrel keluar dari tempat pemandu dan buka pintu tempat duduk sebelah pemandu. Ni dah kena sampuk ke apa tiba-tiba buka kan pintu?

"Masuk" arah Farrel dingin. Dahi Aresya berkerut. Dia ni tak faham bahasa ke yang aku tak nak kahwin dengan dia?

"Masuk Bunga Aresya. Sebelum aku dukung kau, baik kau masuk!" Ugut Farrel. Aresya bangun sambil hentak kaki masuk ke dalam kereta.

"Lagi sekali kau hentak kaki, aku ikat kaki kau" ugutnya lagi. Riak wajah dingin menghiasi wajah tampan itu.

Marah? Bukan urusan aku.

Aresya berpeluk tubuh sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. Farrel menghela nafas berat. Badan dipusing menghadap Aresya.

"Okay look. Aku minta maaf okay sebab paksa kau."

Jeda.

"Aku minta maaf juga sebab heret kau masuk dalam masalah aku. Kau nak kata aku terdesak nak kahwin? Ya sebab mummy paksa aku." Aresya hanya diam merenung jari-jemarinya.

"Aku tahu kau anak yatim piatu . Izinkan aku untuk jaga kau. Aku tahu kau tak dapat nak sambung belajar lepas spm." Serentak itu Aresya pandang Farrel.

"Mana awak tahu?" Tanya Aresya pelik.

"Adalah" jawapan Farrel membuatkan Aresya mencebik menyampah.

"Jadi aku dah daftarkan kau universiti swasta untuk sambung pelajaran. Jangan risau aku tanggung semuanya. Tu hadiah sebab jadi isteri aku" ujar Farrel panjang lebar. Aresya tergamam.

"B-betul ke?" Soal Aresya tak percaya. Matanya mula berkaca. Dia ingat tiada peluang lagi untuknya belajar semula. Alhamdulillah, Allah hadirkan Farrel dalam hidupnya.

"Kali ni aku serius."

"Jadi, kau setuju?" Lambat-lambat Farrel lontarkan soalan. Takut Aresya tetap dengan perangai keras kepalanya.

"Bagi saya fikir masak-masak dulu"

⋆⋅☆⋅⋆

2 minggu. Masa yang diberi oleh Farrel untuk Aresya buat keputusan. Selama 2 minggu juga tiada panggilan dan whatsapp oleh Farrel. Terasa tenang hidup Aresya.

Telefon berdering kuat membuatkan tidur Aresya terganggu. Dia merungut kejap lalu telefon tepi katil dicapai.

Butang hijau ditekan. Mata masih terpejam rapat. Rasa Mengantuk kuasai diri. Lepas subuh tadi terus dia sambung tidur. Biasalah hari cuti, nak buat apa lagi selain dari tidur?

"Hello?" Sapa Aresya dengan suara serak basahnya.

"Tak bangun lagi?" Mata yang terpejam terus terbuka luas. Dari posisi baring terus terduduk. Dahi Aresya berkerut.

"Farrel?" Dahi berkerut pelik.

"Ya lah siapa lagi? Jap kau baru bangun?" Tanya Farrel dengan nada terkejut. Jam tangan dikerling sekilas. Dalam masa yang sama, Aresya melihat jam ditelefon.

12 tengah hari?!

"Ma-mana ada!" Dalih Aresya. Malu nok kalau dia tahu aku bangun tengah hari. Telinga Aresya menangkap suara Farrel ketawa kecil.

Jap?! Dia ketawa?!

Okay, tak percaya.

"Awak ketawa?" Soal Aresya terkejut. Farrel berdehem kejap.

"Bila masa aku gelak? Tu adik aku la yang gelak" balasnya dingin.

"Mummy ajak kau lunch kat rumah. Siap cepat. Kejap lagi aku datang ambil" belum sempat Aresya mahu membalas, Farrel sudah menutup panggilan.

Aresya baling telefon geram. Eish dia ni suka lah end call macam tu!

Tanpa melengahkan masa, segera Aresya menyambar tuala dan berlari anak masuk ke dalam tandas yang berada di depan biliknya.









TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now