"Jangan!"
Farrel yang sedang tidur tersentak apabila dengar jeritan Aresya. Terpisat-pisat dia bangun buka mata. Jam di dinding dia pandang sekilas.
3 pagi.
Bebola matanya merenung dahi Aresya yang sudah basah dengan peluh. Sesekali keningnya berkerut seperti dikejar sesuatu.
"Jangan. Jangan apa-apakan Aresya. Tolong!"
"Tak nak!!" Aresya meracau. Kedua belah tangan diangkat keudara seakan menolak sesuatu dari datang ke padanya.
"Hei!" Pipi Aresya ditepuk perlahan. Sekadar untuk menyedarkan Aresya dari mimpi ngeri. Kepala Aresya tergeleng tak mahu. Masih belum sedar.
"Taknak!!! Jangan jangan!"
"Bunga Aresya!" Kejut Farrel sedikit kuat. Mata Aresya terbuka luas. Dadanya berombak kasar. Baju tshirt warna merah jambu sudah basah dengan peluh. Matanya mula berkaca.
"Bunga.." Tangan mengusap dahi Aresya yang berpeluh. Air mata Aresya jatuh ke pipi. Kepala menoleh ketepi.
"Abang.." lemah saja suara Aresya ketika itu.
"Are you okay?" Soal Farrel risau. Dahi Aresya terasa panas. Aresya geleng kepala sebelum sembam wajah pada dada Farrel. Tangisan nya pecah.
Mimpi ngeri tu.
Mimpi tu datang lagi.
"Shushh kenapa ni?" Tanya Farrel ingin tahu. Sudahlah dari semalam isterinya tak berhenti menangis, pagi ni dia menangis lagi.
"Resya mimpi buruk. Dah lama mimpi tu tak muncul tapi malam ni.. dia datang" teresak-esak Aresya meluah.
"Dah dah. Tu mimpi je. Takde apa." Pujuk Farrel. Tangan kekarnya memeluk erat tubuh kecil itu. Mulutnya mula berselawat untuk menenangkan Aresya. Belakang badan ditepuk lembut.
Tak lama kemudian, Aresya kembali dijemput lena. Farrel mengeluh perlahan sebelum bangkit dari katil. Kaki melangkah laju ke tingkat bawah.
"Farrel?"
"Mummy?"
"Mummy buat apa kat dapur?" Soal Farrel pelik. Puan Firah angkat cawan di tangan. "Haus"
"Buat apa turun kat dapur? Aresya okay?" Soal Puan Firah pula. Risau . Pucat betul muka Aresya sewaktu mereka makan malam.
"Demam my, ni Farrel turun nak ambil cool fever." Ujar Farrel. Kabinet dapur dibuka. Dalam tangan sudah ada satu sachet cool fever.
"Tak bagi makan ubat?"
Farrel geleng kepala. "Dia susah nak makan ubat. Nanti lah Farrel paksa. Dia baru je tertidur tu sebab tadi meracau. Mimpi buruk agaknya" terang Farrel panjang lebar dapat anggukan dari Puan Firah.
"Hah yelah. Biarkan dia berehat. Nanti pagi bagi dia makan ubat"
"Okay my. Farrel naik dulu"
⋆⋅☆⋅⋆
"Betul ke apa yang kau whatsapp aku tu?" Lepas dapat mesej dari Haz, terus nombor Haz ditekan. Kakinya bergerak resah ke arah beranda. Tak mahu menganggu lena Aresya.
"Betul tuan. Lepas saya angkat bangkai kucing tu, ada satu nota terselit bawah perut. Mungkin tuan dan puan tak perasan" terang Haz ditalian.
'Kali ni kucing kau. Nanti giliran kau pula'
Tu nota yang ditinggalkan oleh pembunuh yeyen. Ringkas tapi dia tahu maksud disebalik nota tu. Farrel tarik nafas dalam dan hembus. Mata dipejam erat. Siapa? Siapa yang nak bunuh Aresya?
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...