"Sebulan? Awak gila eh?" Sembur Aresya sebaik saja masuk ke dalam kereta milik Farrel. Puan Firah memaksa untuk hantar Aresya pulang. Kalau ikutkan dia, biarkan je budak hingusan ni balik naik grab.
Farrel tayang muka jengkel. Ewah kemain dia marah. Tadi depan mummy angguk geleng je. Ni tiba-tiba ada suara pula.
"Asal tak tanya kat mummy macam tu tadi?" Aresya berdecit. Ni soal dia dan Farrel. Puan Firah takde kena mengena.
"Mummy awak tak terlibat dalam hal ni eh. Awak tu dah lah tiba-tiba ajak saya kahwin. Bukan nak kata bercinta, kenal pun tak. Nama penuh awak pun saya tak tahu tau!" Marah Aresya geram. Dia hembus nafas kasar.
"Farrel Hifzyan. 28. Stay Shah Alam" dah macam budak wechat intro cenggitu.
"Ishhhh awak ni!!" Jerit Aresya geram. Merah muka menahan marah. Sakit hati lah layan dia ni. Aresya sandarkan badan dan memeluk tubuh. Wajahnya sudah masam mencuka.
Farrel mahu tergelak tapi cepat-cepat dia kekalkan riak dingin. Tak boleh gelak Farrel. Kau kena cool. Biar dia bebel lagi.
"Tunggu apa lagi? Kenapa tak gerak-gerak?" Marah Aresya lagi. Mata nya dari tadi tak henti menjeling Farrel yang duduk di tempat pemandu.
"Umur baru 20 tapi membebel macam nenek tua" perli Farrel lalu mula memandu. Mata Aresya terbeliak tak percaya. What? Dia kata aku bebel macam nenek tua?
"Kalau saya nenek tua, awak tu apa? Dah lah tak reti senyum. Muka ketat memanjang" bidas Aresya.
"Kang aku senyum kau tergoda pula tengok aku" Aresya rasa macam nak muntah. Masuk bakul angkat sendiri nampak?
"Euw takde masa" dan pergaduhan mereka pun berakhir bila tiada balasan dari Farrel. Malas nak bergaduh lagi agaknya.
Membazir air liur je.
⋆⋅☆⋅⋆
"Bagi telefon kau" arah Farrel. Tangan sudah menadah minta telefon bimbit milik Aresya. Aresya berdecit kasar. Apa lagi lah mamat ni.
"Nak buat apa?"
"Bagi jelah. Banyak tanya lah kau ni" marah Farrel. Bibir Aresya bergerak mengejek Farrel. Farrel yang perasan terus meluku lembut kepala Aresya. Hah rasain lo
"Hei! Kepala jangan main eh!" Marah Aresya. Farrel buat muka tak peduli. Tangan Aresya menghulur iphone 6s plus miliknya pada Farrel.
"Zaman bila punya iphone ni?" Ejek Farrel. Aresya mencebik. Ceh tahu lah dia tu kaya boleh beli iphone 14. Melihat kereta dan rumah keluarga Farrel, dia buat andaian yang mereka memang kaya raya. Mungkin ada syarikat sendiri.
"Zaman jepun" tadi tanya sangat kan?
Farrel mendegus sebelum serahkan semula telefon Aresya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama 'hubby🤍' tertera pada screen telefon.
Terus Aresya angkat muka. Hubby? Ya Allah tak kena langsung. Lagi satu, hubby? Siapa entah nak kahwin dengan dia!
"Euww hubby?" Geli tekak dia sebut perkataan hubby tu.
"Ya sayang." Jawab Farrel selamba.
"Ee geli lah!" Aresya menjerit kecil. Lengan digosok bagi hilangkan bulu roma yang berdiri tegak. Farrel tayang muka dingin balik.
"Geli ke tak. Kau tetap kena kahwin dengan aku. Chaw lu" mata Aresya terkebil-kebil merenung kereta Farrel yang sudah keluar dari kawasan perumahannya.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...