20

568 32 1
                                    

"Good morning!" Sapa Riana ceria. Aresya hanya senyum nipis pada pasangan di depannya mengambil tempat.

"Dah sihat?" Tanya Fakhri tanpa nada. Nampak je macam tak kisah tapi dalam hati risau bila teringat wajah pucat Aresya semalam.

Aresya senyum tipis lalu angguk. Terima kasih pada adik iparnya sebab belikan ubat. Dapat dia tidur lena semalam walaupun bergaduh juga nak makan ubat semalam.

"awal kau turun breakfast?" Soal Riana pelik. Scrambble egg disuap ke dalam mulut. Mata merenung Aresya.

"Lapar"

"Harini kita nak pergi mana?" Soal Riana pada Fakhri. Fakhri pandang Aresya. Aresya jungkit kening. Kenapa pandang aku?

"Kau dah okay? Boleh join aktiviti harini?" Soal Fakhri dengan nada agak risau. Aresya gelak kejap tengok muka Fakhri yang risaukan dirinya.

"Okay dah. Tak payah risau sangat" kata Aresya bersungguh. Nak yakinkan pada Fakhri yang dia boleh join aktiviti hari ni.

"Aku dah book tau aktiviti seharian kita kat sini" sampuk Riana. Wajah Fakhri dan Aresya pandang bergilir.

"Kita kena buat semua aktiviti tu kalau tak membazir je" sambung Riana mendapat anggukan kecil dari Aresya. Terasa bersemangat pula tiba-tiba. Tak sabar nak main air.

⋆⋅☆⋅⋆

Dari pagi sampai ke petang, banyak aktiviti yang dilakukan oleh mereka bertiga. Antaranya snorkeling, banana boat, dan scuba driving.

Pada mulanya Aresya takut tapi lepas diyakinkan oleh Riana yang dia takkan lemas, akhirnya dia yang paling bersemangat nak bermain.

"Fuhh penat" adu Riana kuat sambil baring di pasir pantai. Aresya gelak kejap sebelum ambil tempat sebelah Riana.

"Berbaloi kan kita bayar mahal?" Kepala alih pada Aresya. Aresya angguk setuju. Fakhri pula lebih selesa duduk memeluk lutut. Mata merenung karenah pelancong di tepi pantai.

"Haihh lapar lah pulak"

"Sama" sahut Aresya. Perut diusap lembut.

"Jom naik mandi dulu pastu turun makan" putus Fakhri. Mereka berdua bangkit dari baring sebelum berlari anak mengejar langkah Fakhri dihadapan.

Fakhri geleng kesal. Macam budak-budak!

"Pukul 8 nanti jumpa kat lobi tau. Bye bye!"

"Byee!" Balas Aresya pula. Dah macam takkan jumpa padahal lagi setengah jam nak jumpa balik. Aresya tergelak kecil bila teringat.

"Aik? Pagi tadi aku tak kunci pintu ke?" Soal Aresya sendirian bila pintu biliknya terbuka sedikit. Jantungnya mula berdebar-debar.

"Bila fikirkan balik, kunci bilik aku takde" pucat lesi muka Aresya bila fikir. Disebabkan excited nak mandi laut sampai terlupa nak jaga barang sendiri. Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca doa pelindung diri.

"Bismillah.." daun pintu dibuka perlahan. Tanpa Aresya duga, ada seseorang dibelakang pintu. Dia menekup mulut Aresya menggunakan telapak tangan.

Meronta-ronta Aresya minta dilepas. Air matanya mula mengalir laju. Perasaan takut menguasi diri. Dalam hati dia berdoa supaya tak diapa-apakan.

"Abang.." rintih Aresya. Mata dipejam bila terasa pinggangnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Mana tahu lelaki? Bauan minyak wangi lelaki menusuk hidung Aresya.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now