29

282 21 0
                                    

"Good morning bidadari abang" peh upgrade jadi biadadari terus. Kerlas kau Resya!

"Ehee good morning abang" sahut Aresya lemah dengan suara serak basah. Mata masih terpejam rapat. Ngantuk dooh. Bibir Farrel menguntum senyuman manis. Rambut yang menutup wajah Aresya di selak ke belakang.

Kepala ditongkat badan menghadap si isteri. "Thank you sayang" bisik Farrel ditepi telinga membuatkan tubuh Aresya kaku. Pipi Aresya diusap lembut. Woo wo alamak. Terima kasih sebab apa tu ya?

"S-samaa! Abang jangan la ungkit. Resya malu" comforter di tarik lalu menutup wajah yang sudah bertukar merah. Farrel ketawa berdekah-dekah. Suka sangat usik aku!

Malam tadi, Bunga Aresya jadi milik Farrel Hifzyan sepenuhnya. Akhirnya, Aresya menjalankan tanggungjawab isteri yang satu itu.

"Thank you for everything sayang. Thank you untuk semua yang you buat dari awal kita kahwin sampai lah sekarang. Jaga makan pakai minum abang. Memang tak silap keputusan abang paksa you kahwin dengan abang"

"Eee jangan ungkit pasal tu boleh tak? Sakit hati bila fikir balik. Abang dah la tayang muka beku 24 jam, lepastu cakap kasar. Suka paksa orang. Resya ingat lepas kahwin pun sama. Eh eh jadi kucing. Manja semacam" tambah Aresya buatkan Farrel ketawa kuat.

"You tahu tak sayang? Masa tu abang sengaja layan you kasar macam tu sebab nak nak tolak kenyataan yang abang memang dah jatuh cinta dengan you masa dekat hospital dulu"

"Omg seriously? Resya ingat abang tak suka dengan Resya sebab tu layan kasar" luah Aresya. Sebab tulah dia bersungguh tak mahu kahwin dengan Farrel.

"Tapi tu dulu sayang. Sekarang abang cintakan you sepenuh hati jiwa dan raga abang. Abang akan jaga you sampai maut yang pisahkan kita" ucap Farrel syahdu. Dahi Aresya dicium.

"Abang takkan jemu cakap benda ni kat you"

"Apa dia?" Soal Aresya.

"I love you sayang to the moon and back" kali ni bibir Aresya pula dikucup lama. Terima kasih Allah untuk semua ni.

⋆⋅☆⋅⋆

"You nak breakfast apa harini sayang? Soal Farrel sebaik Aresya masuk dalam perut kereta. Bukan main lama lagi tunggu Aresya bersiap. Disebabkan masing-masing malas, jadi mereka putuskan nak sarapan kat luar je.

"Emmm tak kisah" jawab Aresya tanpa pandang Farrel. Sesekali dia tersengih ketika berbalas mesej dengan Riana.

"You mesej siapa? Tersengih-sengih" kepala Farrel menjengah screen telefon. Nama Riana tertera membuatkan hati nya lega. Bukan lelaki.

"Riana. Ni haa dia mengadu yang dia gaduh dengan Fakhri" cerita Aresya. Farrel hanya angguk kejap. Tak berminat tapi layankan jela.

"Eh you nak makan apa ni?" Soalan tadi di ulang semula. Aresya angkat wajah pandang suaminya ditepi.

"Tak kisah" ringkas saja jawapannya.

Farrel garu kepala yang tak gatal. Tak kisah? Ada ke nama makanan tak kisah?

"Kita makan nasi lemak?"

"Ala asyik nasi lemak je bosan lah"

"Emmm roti canai?"

"Bosan jugak"

"You nak makan apa sekarang ni?" Kesabaran Farrel mula menipis. Tak kisah tapi bila tanya tak nak. Tak faham betul lah dengan perempuan ni.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now