Farrel berlari anak masuk ke bahagian kecemasan bersama Fakhri yang membawanya ke hospital. Jantungnya terasa mahu pecah setelah dapat panggilan dari hospital.
-Flashback-
"Fuh ramai betul orang. Hari ni hari makan oden sedunia ke apa? Sampai bini aku pun teringin nak makan oden" bebel Farrel selepas selesai membuat pembayaran.
Langkah Kaki terhenti apabila tak nampak kereta miliknya yang terpakir di depan Family Mart. Farrel memusingkan tubuh untuk mencari kereta Mazda berwarna putih.
"Aik? Takkan lah Aresya bawa? Tapi tak boleh percaya juga dia tu. Haih"
Telefon bimbit dibawa keluar dari poket seluar. Berkali kali dia mendial nombor Aresya tapi tak diangkat.
"You jangan buat hal sayang." Rungut Farrel sambil cuba menghubungi nombor Aresya sekali lagi. Farrel meraup wajah kasar. Rasa marah mula menguasai diri tapi apa sebabnya Aresya larikan diri dengan kereta nya?
Dia cuba lagi untuk menghubungi Aresya sehinggalah Telefonnya berdering kuat mengejutkan Farrel. Dia berharap Aresya yang menelefon tapi bukan. Satu nombor asing.
"Hello?"
"Ini suami Puan Bunga Aresya?" Soal nya di talian. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.
"Ya saya?"
"Puan Bunga kemalangan. Saya minta encik untuk segera datang ke hospital ya"
Tit
Pantas Farrel menghubungi adiknya. "Fakhri! Kau kat mana?"
"Aresya accident. Kau pickup aku. Nanti aku sent location"
-end flashback-
"Suami Puan Bunga?" Sapa seorang doktor yang baru keluar dari sebalik la langsir putih. Laju Farrel angguk. Riak cemas terpancar pada wajah. Dari dalam kereta lagi dia tak senang duduk selagi tak tahu keadaan Aresya.
"Saya perlukan persetujuan encik untuk tanda tangan borang pembedahan segera. Keadaan anak dan isteri encik akan kritikal kalau tak lakukan pembedahan secepat mungkin"
Lemah longlai lutut Farrel mendengar kata-kata dari doktor. Aresya kritikal? Apa yang terjadi sebernanya? Tolong sesiapa bagi tahu!
Tanpa buang masa, terus saja dia tanda tangan borang. Tak perlu fikir panjang. Keselamatan isteri dan anaknya penting.
"Baik encik. Terima kasih atas kerjasama."
"Er doktor?" Baru saja doktor tadi mahu pergi, Farrel memanggil. Farrel menarik nafas dalam sebelum menyambung kata.
"Andai kata perlu pilih antara isteri atau anak saya. Tolong selamatkan isteri saya ya doktor" rayu Farrel. Mata nya mula berkaca. Tak ada pilihan lain. Maafkan babah, Haiyan..
"Baik encik. Sila tunggu di sini ya"
"Isteri aku, Fakhri..." Farrel terduduk lemah di atas lantai hospital. Fakhri segera melutut menyamai Farrel.
"Sabarlah abang. InsyaAllah it's gonna be fine"
⋆⋅☆⋅⋆
3 jam berlalu. Masih tiada tanda-tanda doktor akan keluar dari bilik bedah. Jam sudah menunjukkan jam 10 malam.
Farrel menoleh pandang adiknya yang sedang nyenyak tidur di kerusi hospital. Penat sangat lah tu. "Kau balik lah dulu Fakhri. Biar aku tunggu Aresya" terpisat-pisat Fakhri bangun dari lena.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...