Mata Farrel terkelip-kelip melihat senyuman tipis Aresya. Aresya depakan tangan tanda mahu memeluk suaminya. Mata sudah berkaca, tinggal masa saja untuk gugur.
"Sayang.."
"Abang.." Farrel menarik Aresya masuk ke dalam pelukan. Tangisan Aresya pecah. Dia memeluk erat leher Farrel tal mahu lepas. Takut selepas apa yang jadi.
"Resya takut..."
"Shushhh sayang. Takde apa. Abang ada" Farrel menepuk belakang badan isterinya lembut untuk menenangkan Aresya.
"Resya ingat Resya akan tinggalkan abang dan Haiyan.." ujar Aresya teresak-esak. Bagai mahu putus nafasnya bila teringat detik-detik dia kemalangan.
"Tak sayang. You tak tinggal siapa-siapa. Haura pun tak tinggal ibu babah dia" serta-merta pelukan dilepas. Tajam mata Aresya merenung Farrel. Farrel pula tayang senyuman manis. Tahu dah apa yang ada dalam kepala otak isterinya.
"Siapa Haura?! Abang curang dengan Resya ke?!" Marah Aresya. Kecik besar kecik besar dia pandang senyuman dibibir Farrel. Kenapa Farrel senyum?!
"You ni sayang. Suka lah bersangka buruk dengan abang" kata Farrel perlahan. Sengaja nak merajuk dengan ibu Haura.
"Abang tu sebut nama perempuan mana. Lepastu nak cakap Aresya sangka buruk pada abang" bebel Aresya geram. Dia yang sebut nama perempuan lain, kita pula kena?
"Haura lah sayang. Anak kita." Dahi Aresya berkerut. Haura? Sejak bila? Bukan Haiyan ke?
"Bukan Haiyan ke abang? Ke Resya ada hilang ingatan?" Dengar saja ayat yang keluar dari mulut Aresya, terus dia letak jari telunjuk pada bibir Aresya.
"Haipp apa kata macam tu? Mana ada lah sayang. You tak hilang ingatan. Haura lah sayang. Nama anak perempuan yang kita pilih. Kan kita ada sediakan dua nama, just in case jantina anak kita lain"
Mulut Aresya terlopong besar. Jap..
"Maknanya anak kita perempuan ke?!" Jerit Aresya tak percaya. Farrel pejam mata sekejap bila dengar jeritan kuat Aresya. Nampak gaya macam tak sakit je, bertenaga semacam.
"Ya sayang.." balas Farrel meleret. Aresya tekup mulutnya dengan telapak tangan. Tak sangka anak dia perempuan! Seakan tersedar, cepat-cepat dia belek perutnya yang sudah kempis.
Punya lah tak perasan yang perut dia dah kempis balik.
"Alhamdulillah anak kita selamat" ubun-ubun Aresya dicium lembut. Aresya ketawa bahagia. Kau ader? Kau takde!
"Emm abang? Apa jadi dengan paksu?" Tiba-tiba teringat pada orang tua tu. Jahat ke dia kalau berharap orang tua tu mati? Dahi Farrel berkerut pelik. Sejak bila paksu Aresya ada dalam perbualan mereka ni.
"Kenapa dengan dia sayang?"
"Dia masuk dalam kereta masa abang pergi beli oden. Dia bawa Resya lari, tu yang kami kemalangan. Lori langgar" terang Aresya. Farrel raup muka. Patutlah isteri dia kemalangan. Punca dari Encik Sabri rupanya!
"Tak tahu la sayang. Abang tak dapat berita apa-apa pun dari tadi." Ujar Farrel jujur. Memang tak ada khabar berita dari mana-mana doktor.
Tiba-tiba pintu wad Aresya dibuka dari luar. Susuk tubuh Fakhri dan seorang doktor menyapa pandangan. Lantas Farrel menutup kepala Aresya dengan selimut.
"Er dah ke?" Soal Fakhri risau bila tengok dua manusia tu kelam kabut. Setelah memastikan tiada satu rambut yang terkeluar, Aresya angguk.
"Er abang. Ni doktor nak cakap dengan you. Mungkin pasal Uncle Sabri" Badan Aresya mengeras. Tolong lah. Tolong lah berita baik.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...