KLIA
Hadif Ziqri berjalan keluar dari air port dengan memakai kaca mata hitam.Sebelah tangan menarik bagasi sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya. Sedang dia berjalan tiba tiba badanya dilanggar denggan sesuatu.
Adellia Dahlia yang baru tiba di air port untuk menjemput rakan baiknya yang baru pulang dari London. Adellia berjalan sambil mata fokus pada handphonenya secara tidak sengaja dia melanggar seorang lelaki dan menyebabkan handphone nya terjatuh menyembah lantai.
"Maaf Encik saya tak sengaja" Kata Adellia sambil tunduk mengambil handphone Oppo yang telah terjatuh itu.
"Kau kalau berjalan tak boleh nak tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" Suara Hadif sudah naik satu oktaf. Adellia angkat kepala ke arah lelaki di depannya.
"Encik ni dah kenapa saya dah minta maaf kan" Hilang kesabaranya bila lelaki di hadapannya meningikan suara. Padahal Adellia sudah minta maaf.
"Kau dah langgar orang lepas tu nak marah marah pula ea!" Balas Hadif dengan nada suara yang lebih keras.
"Ehh encik ni dah kenapa ? Dah tak dapat beza maaf dengan marah ke ?" Adellia tidak mahu kalah.
"Minta maaf elok-eloklah, jangan nak marah-marah!"
"Habistu encik nak saya bersimpul depan Encik lepastu salam tangan Encik dan nangis-nangis sambil minta maaf ke?!" Geram sungguh Adellia dengan lelaki di hadapnnya.
"Apa yang kau merepek? Nak salam bagai, kalau aku dah suruh buat macam tu sekarang baru kau tahu!" Hadif cekak pinggang.
"Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni. Saya gerak dulu lah ye encik" Adellia menjeling dan terus bergerak dari situ meninggalkan Hadif yang masih berdiri di situ. Sempat Adellia melanggar bahu Hadif. Terletus tawa Hadif. Tidak beranjak langsung badannya
Tidak jauh dari situ Talita Insyirah melambaikan tangan kearah Adellia yang sedang menapak mendekatinya. Adellia berlari anak dan memeluk rakan baiknya. Biasalah perempuan kalau berjumpa.
"Asal kau lambat lia? Jenuh aku tunggu kau dekat sini tau tak" Kata Talita Insyirah dengan nada rajuknya.
"Aku terlanggar mamat singa tadi" Jawab Adellia sambil merangkul lengan Talita.
"Mesti singa tu mengaum kan sebab tu muka kau monyok semacam ni" Talita tersenyum dengan reaksi rakanya itu. Pipi sahabatnya dicucuk-cucuk.
"Dah lah kau ni malas aku nak layan kau. Bukannya nak backup aku. Kata member tapi tak backup aku pun!" Kata Adellia sambil menjeling rakanya itu. Kakinya dilajukan meninggalakan Talita. Talita mengejar langkah Adellia.
"Ye lah Lia salah mamat singa tu kan. Siapa suruh dia dekat situ kan" Talita ketawa. Marah sungguh Adellia. Entah apa yang berlaku tadi agaknya.
"Kau asal bang muka macam baru lepas telan orang ?" Tanya Hanif Zaqwan adik kepada Hadif Ziqri. 15 minit dia menunggu di sini. Ingat dia grab ke ?
"Tak ada apalah.. Ada perempuan gila langgar aku tadi" Jawab Hadif dengan malas. Hanif yang mendengar itu terus pamer muka menyampah sambil masuk ke dalam kereta BMW 850i.
"Perempuan gila ? Cantik tak ?" Tak sabar-sabar Hanif mahu mendengar jawapan daripada abangnya. Abangnya memang susah untuk memuji orang apalagi kalau perempuan.
"Bolehlah" Tanpa berfikir Hadif terus menjawab. Tapi betul lah perempuan tadi memang cantik, sopan dan ayu. Wajahnya juga manis.
"Haa! Dah tangkap cintun lah tu kan!" Hanif menyergah. Laju tangan Hadif menepuk lengan Hanif.
"Tak sabar nak tengok kau kahwin dengan dia" Kata Hanif sambil ketawa. Hadif yang mendengar itu terus menjeling adiknya. Malas nak melayan perangai adiknya itu. Semakin dilayan semakin menjadi
"Lia nanti kita berhenti makan dekat kedai selalu tu ea" Kata Talita sambil memandang Adellia yang sedang memandu kereta Myvi.
"Kau nak belanja ke Tal ?" Soalan dilontarkan kepada Talita di sebelah.
"Boleh je Lia.. Kau je tu yang tak suka belanja kau. Sebab kau kata tak nak menyusahkan aku kan" Balas Talita dengan bersahaja. Sudah 10 tahun mereka berkawan, Adellia tidak pernah mengguna gunakan dia walaupun Adellia tahu Talita anak orang kaya.
"Bukan macam tu Tal.. Aku tak suka dianggap berkawan hanya disebabkan kau kaya. Kau tahu kan dulu macam mana aku kena sindir sebab dorang kata aku ni hanya menumpang senang kau je" Adellia bersuara. Bila teringat peristiwa dulu hatinya bagai dicarik carik disebabkan hinaan yang dilontarkan. Talita yang mendengar suara Adellia yang sudah mengendur itu terus diam. Adellia selalu dihina disebabkan mereka berkawan baik. Adellia hanya tersenyum sahaja mendengar hinaan yang dilontarkan.
HZ' CAFE
"Cik nak order apa?". Tanya seorang pelayan perempuan yang manis bertudung.
"Caremal Macchiato dua and Spaghetti bolognese dua"..Jawab Talita. Dia memesen makanan dan minuman yang sama kerana dia tahu Adellia akan memesan benda yang sama.
"Kau nak tahu tak Tal. Si Kamal tu sibuk mesej aku. Dia nak masuk minang aku sebab dia kata dia dah lama suka aku". Kata Adellia kepada Talita dengan bibir yang mencebik
"Habistu Lia kau terima ke pinangan dia". Tanya Talita ingin tahu. Pada masa yang sama makanan dan minuman yang dipesan juga tiba di meja mereka.
"Memang tak lah. Aku ni kalau boleh malas nak kahwin dengan orang satu kampumg. Lagi lagi si kamal tu anak ketua kampung. Diaorang ingat keluarga aku nak sangat makan duit si Kamal tu" Kata Adellia sambil menyedut airnya.
"Lagipun kau lupa ke ? Dulu dia pernah kutuk aku dia kata siapa yang kahwin dengan aku ialah orang yang malang. Tup tup sekarang ni dia pula sibuk nak minang aku" Sambung Adellia lagi.
"Kadang aku pelik dengan diaorang ni. Dorang ingat kau ni tak ada duit sangat agaknya. Padahal ibu ayah kau tu ada 3 buah homestay" Tangan Talita menghentak meja.
"Lagipun si Kamal tu bukannya handsome sangat. Dia kalau duduk sebelah kambing, kambing tu lagi better lagi dia tau tak" Sakan Talita mengutuk Kamal seperti tiada hari esok. Tersenyum Adellia mendengarnya.
"Tak baik tau Tal" Talita menjeling wajah Adellia.
"Bukan apa, mamat tongong tu pernah jaja satu asrama dia kata aku ni terhegeh-hegeh dekat dia. Dia ingat dia siapa ? Song jong ki? Chen Feiyu ? Kalau aku dapat muka dia memang aku lanyak sampai leper!" Geram Talita apabila mengigati kembali apa yang berlaku. Sudahnya, satu asrama mengejek dia tergila-gilakan si Kamal. Dasar, Kamal kepala petak!
"HAHAH Rilek lah Tal. Benda pun dah lepas. Kau macam tak kenal Kamal tu. Dia kan memang perasan yang dia handsome" Ujar Adellia. Melekek Talita ketawa. Terletus tawa Adellia melihat reaksi Talita. Spaghetti di gulung digarfu dan terus disumbat ke dalam mulut.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...