Adellia tersentak apabila pintu wardnya dirempuh kasar oleh seseorang. Laju kepalanya memandang ke arah pintu. Siapa lah yang rempuh pintu seperti mahu roboh ni ?!
"Liaa" Talita berlari dan terus memeluk Adellia.
"Kenapa tak bagitahu aku" Talita sudah teresak-esak. Adellia membalas pelukkan Talita.
"Aku okay lah Tal" Adellia cuba untuk mengukir senyuman palsu.
"Kalau aku dapat si Kamal tu memang aku buat dia mandul" Geram Talita.
Sreet. Hingus Talita yang ingin mengalir disedut kembali.
"Sampai hati kau tak beri tahu aku" Talita semakin mencebik.
"Aku tak penting ke dalam hidup kau" Ujar Talita lagi.
"Bukan macam tu Tal, aku ni pun seminggu tak pegang handphone" Seminggu Adellia menangis meratapi nasibnya.
"Macam mana kau tahu aku dekat sini ?" Soal Adellia.
"Aku cari kau dekat rumah sewa tapi kau tak ada, aku call Akif, dia cerita apa yang jadi dengan kau" Talita sambung nangis. Meleleh maskara yang dipakai Talita. Adellia menahan ketawa melihat muka Talita.
"Tal, aku ni tengah tak sihat..Tengok muka kau macam ni hilang sakit aku" mengekek Adellia ketawa.
"Kenapa dengan muka aku" Talita mengambil Handphonenya dan membuka camera.
"Argggg..kenapa tak bagitahu aku gila..Kalau boyfriend aku nampak malu lah aku" Talita terus mengesat mukannya menggunakan wet tissue yang diambil di dalam handbangnya.
"Kau datang dengan boyfriend kau ke ?" Adellia menyoal.
"Ye lah. Kalau aku yang drive memang aku dah masuk alam sebalik mata" Jawab talita.
"Kenapa pulaa ?" Bingung Adellia mendengar jawapan Talita.
"Aku rasa macam nak tekan pedal minyak tu sambil berdiri je tau tak sebab nak cepat sampai" Sempat lagi berloya buruk.
Hadif yang baru masuk tersenyum melihat Adellia sedang ketawa bersama Talita. Kadang-kala hilang seketika kesedihannya itu apabila bersama bff.
"Aku ada belikan kau makanan..Kau kata makanan hospital tak sedap kan" Hadif menghulurkan makanan yang dibeli.
"Thank You Adif" Adellia terus mengambil makanan itu. Guess what ? Chicken chop..Semakin tersenyum Adellia.
"Seronok kau ye makan makanan yang boyfriend kau belikan" Talita bergurau. Tesembur hirisan ayam yang sudah masuk dalam mulut Adellia.
"Tak senonoh lah kau ni" Talita tidak dapat menahan tawanya. Adellia menjeling Talita. Merah mukannya menahan malu. Hadif tersenyum melihat muka Adellia yang sudah memerah.
"Sayang you balik ke stay sini ?" Hanif bertanya kepada Talita.
"I stay sini..Lia pun dah boleh keluar ward" Talita membalas.
"Awak nak balik ke Hanif ? Stay rumah saya jelah..abang awak pun bermalam kat sini kan ?" Adellia menyoal.
"Kau stay sini ke bang" Hadif hanya mengangguk kepalanya.
"Assalmualikum ibu" Salam diberi apabila sudah tiba di depan pintu rumah.
"Waalaikumsalam" Puan Nora terus memeluk anaknya itu
"Ibu boleh tak diaorang bermalam dekat sini ?" Adellia terus menyoal
"Mestilah boleh..mari masuk" Hanif, Hadif dan Talita terus mengikut langakh Adellia yang sudah masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di ruang tamu.
"Siapa nama kamu" Puan Nora memulakan perbualan.
"Nama saya Hanif, saya adik Hadif" Hanif menjawab sambil tersenyum.
"Dia lah boyfriend Talita bu" Adellia menjelaskan sambil mencuit lengan Puan Nora.
"Ehh Lia. Kurang asam jawa punya member" Talita menjengkilkan matanya. Adellia hanya menangkat sebelah bahunya.
"Kau ni kan Lia, geram je aku" Geram pula Talita dengan wajah tak bersalah Adellia.
"Ala tak apa..nanti Lia ada kawan lah kan bila balik rumah mertua" Puan Nora berseloroh. Merah muka Adellia mendengarkan itu.
"Haaa, betul tu makcik ! Saya setuju dengan makcik. Makcik memang paling terbaik" Talita berkata. Semangat.
"Apa ibu ni" Adellia malu-malu kucing.
Hadif menahan bibirnya dari tersenyum. wah sudah dapat green light daripada bakal mak mertua. Mereka menyambung perbualan. Rumah yang penuh kesedihan bertukar ceria dengan kehadiran mereka semua.
"Ibu lia nak keluar pusing kampung boleh" Adellia bertanya sambil memeluk ibunya daripada belakang.
"Bolehh sayang..pergilah" Adellia terus berlari mengambil kunci motor.
"Adif awak pandai bawa motor kan" Adellia menyoal. Melihat anggukan Hadif, Adellia terus memberikan kunci motor.
"Awak bawa motor Lc Akif, saya bawa motor scooter ibu" Baru ingin melangkah Hadif sudah bersuara.
"Kau pandai bawa motor ke Dahlia ?" Adellia mengangguk dengan laju.
"Tal cepat naik" Talita melompat naik ke atas motor
"Dah lama kita tak round kampung kan Lia" Sambung Talita lagi.
Throttle motor dipulas dan dilepas. Kedepan kebelakang motornya. Hadif sudah menggelengkan kepala. Macam nak merempit.
"Harini aku nak asah balik skill aku" Ujar Adellia. Terlepas tawa Talita dibuatnya.
Angin petang yang meniup muka Adellia membuatkan peristiwa hitam yang berlaku ke atas dirinya dapat dihilangkan sebentar. Mungkin disebabkan dia menyibukkan diri.
"Lia jom kita lepak warung cendok Pak Dollah" Adellia bersetuju dan terus belok ke warung tersebut.
"Kauorang okay kan kalau kita lepak sini ?" Adellia menyoal Hadif dan Hanif. Mereka berdua hanya menganggukkan kepala. Mereka berjalan ke arah meja yang berada di bawah pokok.
"Pakcik bagi kami cendol 4" Talita menjerit sedikit. Tidak lama kemudian cendol mereka sudah tiba.
"Talita dan Adellia bila balik sini ?" Pak Dollah menyoal
"Baru je pakcik" Talita menjawab. Adellia pula hanya tersenyum. Menikmati cendol.
"Kamu berdua dah kahwin ke ?" Pak Dollah menyoal lagi.
"Belum pakcik" Adellia pula menjawab.
"Kamu berdua tak nak kahwin dengan anak pakcik ke? Iman dan Ikmal masih single lagi" Pak Dollah mencuba nasib.
Sudah lama dia berkenan dengan Talita dan Adellia. Memang niatnya ingin kahwinkan mereka dengan anak-anaknya. Disebabkan Talita dan Adellia tinggal di Kuala Lumpur, dia terpaksa menyimpan hasratnya itu. Disebabkan mereka sudah pulang, Pak Dollah tidak ingin melepaskan peluang.
"Ehh pakcik kami memang belum kahwin tapi lelaki depan kami ni tunang kami" Talita terus menjawab. Tidah mahu dia berkahwin dengan anak Pakcik Dollah. Sudahlah mereka itu kaki perempuan.
"Ye Pakcik, kami berdua tunang Adellia dan Talita" Hadif mencelah. Pakcik Dollah hanya tersenyum tawar. Dia terus berlalu dari situ. Nampaknya impiannya bermenantukan mereka tidak akan tercapai.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...