"Assalamualaikum" Dato Hakim memberi salam setelah tiba di depan rumah Pakcik Yusof. Tidak sabar mahu melihat bakal besanya itu.
"Waalaikumsalam" Terkejut Pakcik yusof melihat beberapa buah kereta mewah di hadapan rumah nya.
"Ada apa ya ?" Pakcik Yusof menyambung lagi. Senyuman diberikan.
"Kami datang membawa hajat" Dato Hakim berkata sambil bersalaman dengan Pakcik Yusof.
"Silakan masuk" Pakcik Yusof membuka luas pintu rumahnya. Dato Hakim bersalam keluarganya melangkah masuk.
"Nora buatkan air, ada tetamu datang ni" Puan Nora yang mendengar itu terus membuat air. Selesai membuat air Puan Nora menghidangkan air itu.
"Ada apa ya Puan dan Tuan datang ke mari ?"Puan Nora memulakan perbicaraan. Melihat cara pemakain tetamunya ini pun sudah tahu dia bukan dari calang-calang orang. Hanya Hanif dan Talita sahaja yang Puan Nora dan Pakcik Yusof kenal.
"Kami datang mahu meminang Adellia Dahlia" Puan Zarina berkata sambil memberikan kotak cincin kepada Puan Nora.
"Saya panggil Lia dulu ye" Puan Nora bangun dan terus memanggil Adellia. Patutlah minggu ni Adellia pulang ke kampung bersebab rupanya. Puan Nora melangkah kedepan semula dengan Adellia disisi.
"Adellia masih ingat auntie ?" Soal Puan Zarina.
"Ingat" Puan Zarina melemparkan senyuman.
"Tujun auntie datang hari ni nak sampaikan hajat anak lelaki auntie, Hadif Ziqri" Puan Zarina berkata sambil memandang wajah Adellia.
Manis sahaja wajah Adellia. Tenang hatinya melihat bakal menantunya itu.
"Lia setuju ke dengan pinangan ini ?" Puan Nora bertanya kepada anak perempuannya. Adellia menganggukkan kepalanya sekali bersama senyuman.
"Alhamdullilah" Semua tersenyum. Puan Zarina bangun untuk menyarungkan cincin ke jari manis Adellia.
"Yang ini cincin merisik" Cincin belah rotan disarung ke jari Adellia.
"Yang ini pula cincin bertunang" Sebentuk cincin lagi disarung.
"Saya minta maaf sebab tak bawa hantaran sebab Adif kata Adellia minta untuk buat simple sahaja untuk tunang dan merisik" Ujar Puan Zarina. Awalnya dia tidak bersetuju namun kalau itu yang bakal menantunya mahukan diikuti sahajalah.
"Ya Allah, tak apa lah puan. Lagipun saya tak tahu pula puan nak datang sini. Anak saya ni cuma bagitahu ada tetamu sahaja"
Akif yang baru pulang dari kelas tambahan bingung. Banyak kereta dihadapan rumahnya. Tak kan ibu dengan ayah dah jadi kaya. Dia terus masuk kedalam rumah. Melihat kakaknya yang sedang disarung cincin terus dia faham situasi sekarang.
"Akif masuklah kamu tercegat apa dekat situ" Pakcik Yusof bersuara. Akif masuk dan bersalam dengan tetamu. Apabila bersalam dengan Hanif baru dia ingat Hanif ialah adik kepada abang Hadif. Wah kakanya akan berkahwin dengan orang kaya.
"Kenalkan ini anak kedua saya, adik Adellia, Akif namanya" Pakcik Yusof memperkenalkan anak lelakinya.
"Kita adakan majlis hujung minggu depan boleh ?" Permintaan Puan Zarina membuatkan Pakcik Yusof dan Puan Nora terkejut.
"Tak cepat sangat ke Puan ?" Soal Puan Nora.
"Tidak..jangan risau saya akan uruskan segalanya. Lagi satu jangan panggil kami Tuan dan Puan panggil kami Zarina dan Hakim sahaja" Puan Zarina berkata dengan lembut.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...