ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B37

3.6K 107 1
                                    

The Ritz Carlton Langkawi menjadi pilihan mereka untuk menetap sepanjang di Langkawi. Adellia hanya mengikut sahaja pilihan suaminya.

Bagai mahu terkeluar biji mata Adellia melihat keindahan tempat penginapan mereka.Bilik menghadap laut. Indahnya ciptaan Allah. Siap ada private pool lagi. Adellia sudah membayangkan segala aktiviti yang boleh dilakukan.

Hadif memeluk pinggang Adellia dari belakang, kepala diletakkan pada bahu isterinya. Adellia tersenyum diperlakukan begitu oleh Hadif. Tangan Hadif dipinggangnya diusap.

"Sayang suka ?"

"Suka" Laju Adellia anggukkan kepala.

"Thank you abang" Adellia mencium pipi Hadif. Senyum sehingga ke telinga Hadif dicium oleh Adellia.

"Kita rest dulu. Sekejap lagi kita pergi dinner" Adellia angguk. Lagipun badannya juga terasa letih. Tidak tahu mengapa Adellia rasa dia mudah letih sekarang.

Memandangkan mereka tiba di Langkawi pada jam 3, jadi hari ini mereka hanya akan berehat di bilik sahaja, Esok baru mula berjalan.

Adellia membaringkan diri di atas katil. Dia tidak sedap badan sebenarnya tapi dia tidak mahu merosakkan mood honeymoon mereka. Jadi Adellia memilih untuk berehat sahaja.

"Abang sini lah, Lia nak hug abang" Adellia merengek. Semenjak dua menjak ni bau Hadif menjadi terapi baginya.

Hadif baring di sebelah Adellia. Badan Adellia ditarik dan dipeluk. Dia juga perasan, pipi Adellia sekarang ni makin tembam. Adellia juga selalu ingin menempel dengannya dan ada yang lagi ketara, nafsu makan isterinya semakin bertambah. Ada sahaja yang ingin dimakannya.

Hadif memakai kemeja putih. Lengan disinsing sehingga bawah siku menyerlahkan urat lengannya. Adellia memakai dress putih dipadankan dengan shawl putih. Perfume disembur ke badan. Apabila sudah siap, kaki melangkah ke arah Hadif yang menunggunya di sofa.

"Abang okay tak ni ? Over sangat tak ?" Mata Adellia memandang Hadif, meminta jawapan. Terpana Hadif melihat kecantikkan isterinya.

"Kita cancle dinner boleh tak ?" Hadif melangkah mendekati Adellia.

"Ehh kenapa pula ? Abang dah janji kan nak pergi dinner" Adellia mengerutkan dahi. Tadi kata lain sekarang kata lain.

"Abang nak dinner sayang je" Laju tangan Adellia memukul lengan suaminya.

"Cepat lah bang..Lia dah penat tau siap-siap. Kalau abang tak nak pergi cakap lah dari awal tak ada lah Lia siap-siap" Bebel Adellia.

Terbutang mata Hadif. Keanehan yang lain ialah isterinya ini cepat berubah mood. Baru tadi happy sekarang sudah marah-marah.

"Okay okay" Hadif mengengam tangan isterinya.

Sepanjang perjalanan ke tempat dinner tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulut isterinya. Tak kan tak habis marah lagi.

Kerusi ditarik, isyarat diberikan untuk Adellia duduk di situ. Adellia duduk.

"Thank you abang" Adellia memegang sekilas tangan suaminya.

"My pleasure" Hadif bongkokkan sedikit badannya.

Kerusi di hadapan Adellia diduduk.  Tangannya menghulurkan kotak kepada Adellia. Adellia menyambut huluran suaminya. Kotak dibuka. Adellia yang tadinya marah sekarang sudah bertukar kepada mood happy.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now