Vroommm
Motor BMW1000 rr diparking di hadapan bangunan HZ Group. Semua staff memandang si penunggang tidak berkelip. Que Rayden yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam lift terkejut melihat gerangan yang menunggang motorsikal itu. Helmet fullface dibuka.
"Puan" Rayden berlari ke arah si penunggang. Adellia memandang gerangan yang memanggil nya. Siapa pula puan dia ni.
"Puan Adellia" Rayden menundukkan sedikit kepalanya apabila tiba di hadapan Adellia.
"Siapa puan awak ?" Adellia mengerutkan dahi. Sarung tangannya dibuka. Jaket berwarna hitam juga dibuka. Adellia membetulkan awning tudungnya.
"Puan lah. Puan isteri tuan Hadif kan ?" Adellia angguk kepalanya.
"Awak siapa ?" Soal Adellia sambil turun dari motornya. Motor suaminya sebenarnya.
"Saya PA tuan. Puan nak jumpa tuan ke ?" Adellia menganggukkan kepalanya.
"Kalau macam tu mari saya hantarkan puan ke office tuan" Rayden mahu memulakan langkahnya tetapi suara Adellia tidak memberhentikan langkah Rayden.
"Biar saya naik sendiri" Rayden akur. Dia berjalan ke lift dahulu. Adellia sengaja tidak mahu naik bersama Rayden.
Setelah kelibat Rayden hilang dari pandangan. Adellia melangkah ke reception. Dari jauh staff di reception itu memandang jengkel ke arah Adellia.
"Boleh saya jumpa Tuan Hadif Ziqri ?" Adellia memulakan perbualan. Ditarik senyuman menghiasi bibir.
"You siapa ?" Wana berkata sambil memandang Adellia atas bawah. Bagaikan menilai siapa Adellia bagi bosnya.
"I bestfriend dia" Adellia ingin menguji. Bukan main dia pandang Adellia atas bawah. Kalau dah kena korek mata tu baru tahu.
"I rasa u boleh angkat kaki dari sini sebab tuan I tak ada kawan macam you" Wana menjawab dengan sombong. Matanya menjeling tajam wajah Adellia.
"Kalau macam tu I tunggu dia dekat situ" Adellia menunjuk jari ke arah tempat menunggu.
"Sukahati you lah" Wana menjeling dan terus duduk. Adellia berjalan ke tempat menunggu itu. Wana menyambung mengilatkan kuku. Sesekali dia menjeling ke arah Adellia.
Adellia duduk di situ tangannya lincah bermain handphone. Malas mahu menghubungi suaminya.
Tidak lama kemudian seorang perempuan memakai baju sendat datang ke reception. Adellia hanya memandang sahaja. Handphonenya dimasukkan semula ke dalam beg. Matanya memerhati ke arah Katty.
"Cik Katty" Wana bangun sambil tersenyum manis. Kalau yang ini memang padan dengan bos.
"Boleh I nak jumpa Hadif ?" Katty bersuara. Adellia memandang sambil tersenyum sinis.
"Tadi dia layan aku nak tak nak. Tapi layan si hello Kitty tu bukan main baik lagi" Gumam Adellia di dalam hati. Tidak lekang matanya memandang ke arah dua orang di depannya.
"Mestilah boleh. Cik Katty kan girlfriend tuan" Wana bersuara. Mendidih sahaja Adellia. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menarik-narik rambut Katty. Katty tersenyum dan berjalan masuk ke lift.
Tidak sampai dua minit Katty turun semula bersama Rayden yang sedang menarik lengannya.
"lepas kan I lah I nak jumpa Hadif" Katty menjerit. Mahu tergelak Adellia memandangnya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...