Lama Adellia memerhati wajah Rayden dari cermin pandang belakang. Wajah Rayden mengigatkan dia dengan seseorang. Seperti seseorang yang sangat dia kenal. Familiar sangat !
"Siapa nama penuh awak ?" Tiba-tiba Adellia menyoal Rayden yang sedang memandu.
Tidak pernah Adellia keluar berdua bersama Rayden. Ini pertama kali. Itu pun sebab Adellia mahu ke klinik. Apabila Adellia meminta izin suaminya untuk keluar, Hadif memberi keizinan dengan syarat perlu dihantar oleh Rayden. Adellia hanya mengiyakan. Tidak mahu membantah.
"Que Rayden" Rayden memandang sekilas ke arah Adellia dari cermin pandang belakang.
"Muka awak macam familiar. Nama awak pun sama dengan seseorang. Saya macam kenal dengan awak" Sambung Adellia. Dia memerhati segenap wajah Que Rayden.
"Pelanduk dua rupa kot" Que Rayden sengih. Tangannya mengaru kepala yang tidak gatal.
"Mungkin. Tapi muka awak sama dengan dia. Dimple awak yang mengigatkan saya pada dia" Ujar Adellia. Adellia membuang pandangan ke luar tingkap.
Que Rayden mengerling sekilas wajah Adellia dari cermin pandang belakang. Keluhan dilepaskan.
"Puan disahkan mengandung 4 minggu" Kata-kata doktor di klinik tadi terngiang-ngiang di kepalanya. Tak sabar dia ingin memberitahu suaminya. Rasa ingin melompat bintang apabila mendengar berita itu.
Adellia meletakkan pregnancy test kedalam kotak kecil. Awal-awal lagi dia sudah membuat test memandang periodnya sudah lewat 5 minggu. Jadi untuk memastikan Adellia betul-betul mengandung, Adellia membuat pemeriksaan di klinik. Ultrasound juga diletakkan di dalam kotak. Kotak tersebut diletakkan di atas katil.
Selepas menyiapkan hadiah untuk suaminya, Adellia terus turun ke bawah menggunakan lift. Terbuka sahaja pintu lift matanya tertancap kepada Hello Kitty yang sedang memeluk tubuh.
"Macam mana abang Adif boleh gilakan kau ?" Katty menyoal. Adellia berjalan melepasi Katty. Malas mahu bergaduh. Kerana dia yakin jika dilayan semakin besar masalah yang akan timbul.
"Aku cakap dengan kau ni perempuan" lengan Adellia direntap kuat. Katty sakit hati apabila Adellia tidak melayan apa yang ditanya olehnya.
"Mana aku tahu ! Pergi tanya abang Adif sana !" Adellia menarik kembali lengannya dan meneruskan langkah.
Katty yang berang dengan balasan Adellia itu menolak kuat tubuh Adellia sehingga kepala Adellia terhantuk pada bucu tangga.
"Arghhh..Kau buat apa ni perempuan gila !"Adellia menjerit. Darah mula mengalir dari dahinya disebabkan hentakan yang kuat. Berpinar kepalanya.
Katty melangkah ke arah Adellia tudung Adellia direntap. Adellia mencuba untuk lawan tetapi sakit yang menjalar di kepalanya membuatkan dirinya tidak berdaya.
"Abang Adif tu milik aku sorang ! Kau tak layak dapatkan abang Adif !" Katty menolak kepala Adellia dan menendang kuat perut Adellia.
"Argggg" Adellia meringkuk kesakitan. Tidak dapat ditahan kesakitannya ketika ini.
Talita yang baru sahaja tiba di tingkat bawah terkejut dengan keadaan sahabatnya. Kepala berdarah. Dan paling mengejutkan apabila seluar Adellia juga sudah basah dengan darah.
"Kau buat apa ni perempuan !" Talita merentap rambut Katty. Pipi Katty juga ditampar sekuat hati.
"Lepaskan aku ! Aku nak bunuh perempuan ni !" Katty menolak kuat tubuh Talita. Nasib menyebelahi Talita apabila dia boleh mengawal keseimbangan badanya. Talita berlari ke arah Katty tubuh Katty ditolak kuat sehingga Katty terduduk di lantai.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...