ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B38

3.5K 105 4
                                    

Adellia nekat untuk membuat ujian kehamilan. Tidak putus doa supaya hasilnya positif. Pregnancy test diambil. Lama pregnancy dipandang sebelum membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik mandi.

Adellia tidak mahu melihat keputusan pregnancy tersebut. Tidak mahu berharap. Takut nanti diri sendiri yang terluka. Setelah beberapa minit, Adellia mengambil pregnancy tersebut, perlahan-lahan keputusan dilihat. Terbutang mata Adellia apabila melihat hasil keputusan pregnancy tersebut.

Dua garis.

Adellia menekup mulut, air mata mengalir ke pipi. Perutnya diusap.

"Sayang" Suara Hadif kedengaran. Adellia mengusap air matanya.

Adellia melangkah keluar dari bilik mandi. Tangannya meyorokkan pregnancy test di belakang badannya. Tubuh Hadif didekati. Tidak sabar mahu kongsi berita gembira ini.

"Sayang" Hadif mencium pipi dan dahi isterinya. Rindunya.

"Abang..Lia ada something nak tunjuk dekat abang" Adellia terseyum manis.

Hadif jongket sebelah keningnya. Adellia menunjuk pregnancy testnya. Hadif mengambil pregnancy tersebut. Mata Hadif memandang hasil ujian tersebut dan wajah Adellia silih berganti.

"A—are you pregnant sayang ?" Laju Adellia menganggukkan kepala.

"Ya Allah..Masyaallah..Alhamdullilah. Terima kasih Ya Allah" Hadif mendukung badan Adellia dan dipusing-pusingkan.

"Abangg" Adellia menepuk nepuk bahu suaminya. Rasa seperti naik roller coaster pula.

"Sorryy sayang..Sorry anak daddy" Hadif mengusap perut kempis isterinya.

"Sayang siap-siap. Kita pergi klinik" Hadif melangkah ke bilik mandi untuk membersihakn diri. Teruja lain macam dia hari ini. Tidak sangka! Hilang penatnya.

"Congratulation, Encik Hadif dan Puan Adellia. Isteri encik disahkan mengandung 4 minggu" Terletus senyum Hadif apabila doktor mengesahkan isterinya memang benar mengandung.

Hadif mendakap tubuh isterinya.

"Thank you sayang" Adellia mengusap belakang badan suaminya. Dia turut gembira dengan berita yang baru disampaikan.

Tangan isterinya digengam dan berlalu dari klinik tersebut. Tidak lekang senyuman pada bibir Hadif.

"Sayang ada nak makan apa-apa tak ?" Adellia geleng kepala.

Kereta BMW milik Hadif terus meluncur mrnuju ke mansion Dato Hakim.

"Mama" Adellia memeluk tubuh ibu mertuanya.

Puan Zarina mencium pipi Adellia. Hadif bersalam dengan Puan Zarina. Tidak tahu lah sama ada dia atau Adellia anak Puan Zarina.

"Jom masuk" Adellia merangkul lengan ibu mertuanya. Hadif hanya mengikut langkah mereka.

"Tal"

"Lia"

Kedua-dua menjerit. Balik sahaja honeymoon Adellia tidak sempat berjumpa dengan Talita disebabkan Talita mengikut suaminya outstation.
Adellia memeluk Talita, Talita turut membalas pelukkan sahabatnya. Badannya digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

"Sudah-sudah lah tu, kamu berdua ni bukannya duduk jauh sangat. Hari-hari jumpa" Puan Zarina bahagia melihat kebahagiaan anak menantunya. Terletus tawa Talita dan Adellia.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now