BMW 1000 rr diparking di depan HZ Cafe . Mata-mata wanita yang tertumpu padanya tidak dihiraukan. Helmet fullface dibuka dan diletakkan di atas tank superbikenya. Kaki dihyunkan ke dalam HZ cafe.
"Bro" Zafiq melambai-lambai tangannya. Hadif melangkah ke arah Zafiq. Kerusi di hadapan Zafiq ditarik lalu punggung dilabuhkan di kerusi itu.
"Kau kalau perangai elok sikit tak boleh ea ?" Ujar Hadif kepada Zafiq. Segan dia apabila Zafiq melambai-lambainya begitu.
"Tak. Sebab tanpa aku hidup kau tak ceria tau. Aku kan penyeri hidup kauorang" Zafiq berkata.
"By the way, Long time no see. Rindu betul aku dekat kau" Hadif menjeling.
"Habistu yang datang majlis aku haritu siapa ? Saka kau ke ?" Zafiq ketawa mendengar kata-kata Hadif.
"Mana kau tahu tu saka aku ?" Zafiq berkata serius. Wajah Hadif dipandang.
"Kau ada saka Fiq ?" Hadif melontarkan soalan semula dengan riak yang tidak percaya.
"Arwah moyang aku dulu ada saka, mana tahu saka tu bertengek dekat aku kan. Tapi masa yang kau nampak tu bagi kau yang mana handsome ? Aku yang ada depan kau atau saka aku yang datang majlis kau haritu ?" Soalan Zafiq membuatkan Hadif bengang. Kalau diikutkan hati mahu sahaja hadiahkan sekali dua penumbuk.
"Otak kau, sedap betul kau goreng aku kan" Hadif mencerlung tajam ke arah Zafiq.
"Bila masa aku goreng kau ? Aku cerita salah silah keluarga aku je" Zafiq membela dirinya.
"Mana Ryan ?" Zafiq mencari kelibat sepupu sahabatnya itu. Hadif hanya menaikkan bahu. Iphone 14 ProMax nya dikeluarkan. Licah tangganya bermain di atas skrin telefonnya.
Kerusi di sebelah Hadif ditarik dan diduduk. Hadif memandang gerangan yang menarik kerusi disebelahnya. Handphone disimpan kembali.
"Aku ingat kau dah sesat. Setahun duduk Italy ingatkan dah lupa jalan balik Malaysia. Kalau kau lupa aku boleh share location" Aryan menjeling Zafiq. Sibuk sahaja si Zafiq ni.
"Sukahati aku lah nak duduk Malaysia ke Italy ke mana ke. Sibuk je kau ni" Aryan menjeling Zafiq.
"Aku tahu kau balik sini sebab rindu aku kan ? Jangan malu Ryan. Mengaku je lah. Semua orang dah tahu yang hidup kauorang tak bermakna tanpa aku disisi" Zafiq menjongketkan keningnya berkali-kali.
"Bende kau ni. Merepek" Aryan menjeling. Terletus ketawa Zafiq dibuatnya.
"So Ryan ?" Hadif angkat sebelah keningnya. Aryan faham apa yang dimaksudkan oleh sepupunya.
"Emmm" Zafiq sudah tekun ingin mendengar apa yang akan disampaikan oleh Aryan.
"Apa yang emmm..Bagitahu cepat siapa awek haritu ? Lembab lah kau ni. Cepat lah Ryan!" Gesa Zafiq. Sudah tidak dapat menahan sabar.
"Future Wife" Tersedak air liur Zafiq mendengarnya. Meja ditumbuk. Hadif masih tenang.
"Serius lah taste kau janda ?" Hadif menampar mulut Zafiq. Kalau berbunyi tu tak boleh nak kuat lagi agaknya. Lebih baik pakai mickrofon masjid bagi semua orang dengar.
"Zafiq Aidan kau ni dah kenapa ? Cakap slow-slow sikit tak boleh ke ? Kau nak semua orang dengar ke ?" Zafiq mengaru kepala yang tidak gatal. Garang betul si Hadif ni. Santai-santai sudahlah.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...