4 buah superbike membelahi highway. Ngauman daripada keempat-empat superbike memecahi kesunyian malam. Sampai sahaja tempat yang dituju, mereka memarkirkan superbike ke tempat yang disediakan.
Adellia memandang sebelahnya, senyuman ditarik apabila helmet telah dibuka.
"Aku rasa ini lah dunia aku Lia" Talita berkata sambil tangan membuka sarung tangannya.
"Betul tu, Ryn tak pernah rasa seronok macam ni" Eryna pula berkata.
"Walaupun superbike suaminya yang punya" Ujar Hanis. Terlepas ketawa mereka berempat.
Mereka melangkah masuk ke dalam HZ CAFE dan mengambil tempat yang agak tersorok daripada orang ramai. Banyak mata memandang apabila melihat keempat-empat sahabat itu. Dengan jaket hitam tersarung pada badan mereka. Mesti orang ingat mereka masih anak dara.
"Pu-puan" Ujar Yaya selaku pelayan di situ.
"Macam biasa, ouh lagi satu jangan bagitahu suami saya. Kalau dia tanya awak diam je tau" Yaya angguk. Kaki terus melangkah meninggalkan mereka.
"Kau takut ke Lia dengan suami kau? Tadi bukan main kau mengajak kitaorang" Ujar Talita.
"Bukan takut, nanti dia marah. Kau ingat dia bagi ke aku ride?" Terletus ketawa Eryna.
"Ryn jangan suka sangat. Aryan tahu ke Ryn ride ni?" Tanya Talita.
"Dia cuma tahu Ryn keluar je" Ujar Eryna.
"Anis bagitahu Zafiq ke?" Tanya Talita. Hanis mengeleng.
"Mestilah tak. Kalau Anis bagitahu silap-silap suami-suami akak pun tahu nanti" Kata Hanis.
"Good" Ujar Talita.
Seronok mereka bersembang. Mereka keluar ini pun disebabkan ibu mertuanya mempelawa untuk menjaga anak-anak mereka. Inilah peluang mereka untuk melepak bersama. Sambil me time orang kata.
Sedang asyik mereka bersembang, seorang budak lelaki datang menghampiri mereka.
"Akak" Mereka menoleh ke arah budak lelaki tersebut.
"Abang-abang kat situ nak nombor akak" Laju mereka menoleh ke arah sekumpulan lelaki tersebut.
"Ni kalau laki aku tahu, memang masak aku Lia" Talita bersuara. Keningnya digaru.
"Memang jadi gulai lah kita" Ujar Eryna. Eryna sudah membayankan apa yang akan berlaku jika suaminya tahu.
"Mau jadi ultraman suami Anis" Hanis pula berkata. Risau memang risau.
"Adik, cakap kat diaorang. Tak boleh. Sebab kitaorang ni ada penjaga. Takut diaorang tak bernafas esok" Kata Adellia dan dapat anggukan daripada Talita, Eryna dan Hanis.
"Kalau sampai penjaga kitaorang tahu mau cium tanah diaorang. Risau esok diaorang dah masuk alam lain" Sambung Talita.
Wajah budak lelaki itu nampak bingung. Tetapi tetap melangkah ke arah sekumpulan lelaki yang menyuruhnya tadi.
Mereka urut dada apabila budak tadi tidak kembali kepada mereka. Kalaulah mereka didesak tadi memang sekarang juga mereka bersurai.
Selepas sahaja meeting tadi, Hadif mempelawa Hanif, Aryan dan Zafiq untuk lepak di cafenya sebelum balik. Sampai sahaja mereka di situ, terlopong mereka berempat apabila melihat 4 buah superbike yang dikenali terparking elok di hadapan Cafe. Laju langkah mereka menuju ke arah tersebut.
"Ya Allah siapa rembat motor aku ni?!" Zafiq sudah bersuara. Superbike miliknya dibelek
"Aku tak rasa motor kita kena rembat" Hanif berkata. Tangan disilang ke dada.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...