"Ayah ibu kami balik dulu ye"Adellia memeluk tubuh ibunya. Tangan ibunya turut disalam. Hadif mengikut tindak tanduk isterinya. Keluarga Hadif sudah pulang terlebih dahulu.
"Akif jaga ibu" Tangan Adellia dicium oleh Akif.
"Akif amiklah kereta kakak ni" Kunci kereta myvinya diberikan kepada Akif.
"Tak apalah kak" Akif segan. Dia mahu usaha sendiri.
"Tak apa..Akif amiklah. Senang nak bawa ibu ayah pergi mana-mana nanti" Adellia melemparkan senyuman ke arah adiknya. Memang niatnya ingin memberikan keretanya kepada Akif.
"Nanti akak tak ada kenderaan" Serbesalah Akif dibuatnya. Terlepas tawa Adellia mendengar jawapan adiknya.
"Don't worry. Kereta abang Adif banyak. Lagipun akak tak guna kereta sangat" Akif angguk kepala. Kunci kereta myvi itu diambil.
"Terima kasih kak, terima kasih bang" Ucap Akif. Hadif mengusap kepala adiknya.
"Kalau ada apa-apa masalah bagitahu abang" Akif angguk.
"Akif jaga ibu ayah tau. Ingat pesan akak, apa-apa jadi bagitahu akak, abang or abang Ray okay ?" Akif angguk.
"Ray balik dulu bu, ayah" Kata Rayden dan menarik tubuh kedua ibu bapanya ke dalam pelukkan.
"Ya lah, jaga diri ya ?" Pesan ayah. Rayden angguk.
"Ibu ayah dan Akif pun jaga diri tau. Ray janji Ray akan selalu balik sini" Ibu dan ayah melakarkam senyuman dan angguk serentak.
"Akif kalau ada apa-apa bagitahu abang. Tak cukup duit ke apa ke bagi je tahu abang. Faham ?" Akif angguk. Tangan abangnya disalam. Rayden menarik tubuh adiknya ke dalam pelukkan.
"Abang balik dulu" Akif angguk.
Adellia dan Hadif masuk ke dalam BMW M5. Tangannya dilambaikan ke arah keluarganya sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta. Rayden turut masuk ke dalam Audi miliknya. Sedih pula mahu meninggalkan keluarganya di sini .
Hadif memulakan perjalanan menuju ke mansion Dato Hakim.
Setelah beberapa jam akhirnya mereka selamat tiba di Kuala Lumpur.
"Abangg" Adellia menghampiri Hadif yang sedang duduk di meja kerjanya. Terhenti tangan Hadif daripada menaip.
"Sayang nak apa ? Let me know" Tangan Adellia ditarik dan didudukkan di atas ribanya.
"Lia kan teringin nak.." Hadif mengangkat sebelah keningnya. Menunggu apa keinginan isterinya.
"Teringin nak bawa superbike" Tersedak Hadif mendengar keinginan isterinya.
"No sayang..Tak boleh" Adellia mencebikkan bibirnya. Air matanya mengalir.
"Bukan Lia yang nak..Baby yang nak..kenapa tak boleh pula..Abang kata semuanya boleh tapi sekarang abang kata tak boleh pula!Abang memang tak sayang Lia. Abang kata kalau nak apa-apa bagitahu tapi bila Lia bagitahu abang tak bagi pula" Tercegang Hadif mendengar luahan hati isterinya. Tidak henti-henti mulut isterinya itu bercakap.
"Dah lah..Lia tak nak kawan abang ! Lia merajuk dengan abang" Adellia bangun dari riba Hadif. Laju tangan Hadif menarik lengan isterinya. Tubuh isterinya dipeluk.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...