"Abangggg kenapa abang habiskan aiscream Lia" Air mata Adellia jatuh ke pipi. Terkaku tangan Hadif dibuatnya.
"Laaa. Abang ingat sayang dah tak nak. Abang habiskan lah" Hadif mamandang wajah isterinya yang sudah menangis. Dia pun bukan main sedap lagi bedal aiscream itu tanpa tanya isterinya.
"Jangan nangis sayang. Kita beli lagi ya ? Abang belikan 2 untuk sayang" Hadif menyapu air mata isterinya. Adellia geleng kepala.
"Lia tak nak..Lia nak yang tu jugaaaa" Semakin laju air mata mengalir. Kalang-kabut Hadif dibuatnya.
"Sayang kan tak suka vanilla, abang tak nak membazir abang habiskan lah. Selalunya kan memang abang yang habiskan icecream vanilanya" Adellia mencebik.
"Abang beli lah sendiri. Kenapa abang tak nak beli tadi ?" Adellia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Sedih sangat. Air matanya pun laju sahaja meluncur bagai disuruh-suruh.
Adellia memang tidak suka vanilla. Tapi hari ini dia teringin makan aiscream itu. Sangat-sangat teringin.
"Kita beli baru ye sayang" Hadif masih memujuk. Tangannya mengenggam tangan Adellia.
"Tak nak..Lia nak balik. Abang memang tak sayang Lia" Adellia membiarkan air matanya mengalir tanpa ada rasa mahu lap sedikit pun.
Hadif memulakan perjalanan menuju ke mansion Dato Hakim. Dia bingung dengan isterinya. Dah kenapa tiba-tiba nak habiskan aiscream tu selalunya apabila Adellia sudah makan topping coklat pada ais crem itu , Adellia akan suruh dia habiskan. Jadi tanpa bertanya Hadif habiskan lah aiscream itu. Selalunya isterinya itu elok sahaja tetapi hari ini lain jadinya.
Adellia keluar dari kereta BMW suaminya. Kaki nya terus melangkah masuk ke dalam mansion tanpa menunggu Hadif. Hadif masih bingung. Dia turut melangkah mengikuti langkah Adellia.
Buka sahaja pintu, wajah Zarina memenuhi ruang. Zarina melangkah ke arah Adellia apabila melihat wajah menantunya basah dengan air mata
"Liaa..kenapa nangis ni ? Siapa buat ?" Puan Zarina memeluk batang tubuh menantunya
"Abangg" Adu Adellia. Semahu-mahunya Adellia menangis di dalam dakapan ibu mertuanya.
Hadif melangkah ke arah isterinya. Tanggannya ingin menarik isterinya yang sedang memeluk Puan Zarina. Baru sahaja Hadif memegang bahu Adellia, Adellia menepis tangan Hadif.
"Adif apa masalah kamu ni ! Kamu buat apa dengan menantu mama ?" Puan Zarina sudah mengeluarkan bunga-bunga kemarahan.
"Adif tak buat apa pun. Adif cuma habiskan aiscream Lia je" Hadif berkata dengan wajah tidak bersalah. Tangan Puan Zarina mencubit lengan anaknya.
"Kamu tak boleh nak beli sendiri ke ?" Puan Zarina membela menantunya.
"Adif tak sengaja ma. Selalunya memang Adif yang akan abiskan tapi hari ni lain pula jadinya" Hadif membela dirinya.
"Jom sayang..Kita naik dulu ye" Lengan Adellia ditarik. Kali ini Adellia hanya mengikut langkah suaminya.
"Kamu jangan nak buat menantu mama menangis lagi ya. Sekali lagi mama tahu memang siap kamu mama kerjakan!" Suara Puan Zarina bergetar amaran. Laju kepala Hadif angguk. Takut!
Semasa melangkah menuju bilik, tiada satu patah perkataan pun keluar daripada mulut Adellia. Hadif melepaskan keluhan. Pintu bilik ditutup. Hadif menarik Adellia ke atas katil dan Adellia ditarik untuk duduk di atas ribanya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...