ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B4

4.3K 149 0
                                    

Sedar tak sedar hari ini merupakan hari dia pulang ke kampung. Bagasi diangkat dan dicampak ke dalam boot kereta. Lemah longlai sahaja pergerakkan Adellia. Sedang dia sibuk dengan kerjanya, kereta Mercedez amg a45 berwarna dark grey berhenti didepan rumah sewanya.

"Amik barang kau letak dalam boot kereta aku" Selamba Hadif berkata. Dengan cermin matanya ingat handsome ke ?. Adellia terpinga-pinga.

"Dah kenapa pula ? Saya nak balik kampung bukannya pergi bercuti" Adellia yang masih tidak faham situasi sekarang.

"Naik je lah cepat. Banyak tanya lah kau ni".. Hadif terus turun dari kereta dan mengambil bagasi di dalam boot Myvi Adellia. Adellia yang masih berdiri tegak itu dibiarkan sahaja.

"Aku bagi kau dua pilihan nak naik secara paksa atau dengan rela hati" Hadif mencerlung ke arah Adellia. Terus sahaja kaki Adellia melangkah ke keretanya itu. Hadif yang melihat itu tersenyum. Harus diugut dulu baru bergerak. Hadif masuk ke dalam kereta dan keretanya terus meluncur membelahi jalan.

"Encik cuba bagitahu saya apa yang cuba encik buat ni?. Saya nak balik kampung nak jumpa ibu dengan ayah saya. Kenapa Encik tiba-tiba suruh saya naik kereta encik ni?" Dia bingung dengan sifat Hadif sekarang ini.

"Panggil aku Adif.. Jangan nak berencik-encik" Balas Hadif tanpa memandang Adellia.

"Okay Adif, kenapa awak suruh saya ikut awak sekarang ni?"

"Jumpa bakal mak mertua aku"..Hadif membalas dengan memberikan senyuman sinisnya.

"Dah kenapa pula awak nak jumpa bakal mak mertua awak dengan saya. Nanti cemburu lah bakal bini awak tu" Suara Adellia sudah meninggi sekarang ini. Tidak kisah siapa disebelahnya. Gila agaknya nak jumpa bakal mak mertua bawa perempuan lain. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia terjun dari kereta ini. Tapi bila difikirkan lagi ada dua kemungkinan sahaja. Pertama mati kedua cedera parah. Memikirkan itu sahaja sudah membuat Adellia menggelengkan kepala.

"Kau dah kenapa geleng-geleng kepala? Dah gila ke otak kau tu?" Lancang sungguh mulut Hadif.

"Adif please lah bagitahu sahaja. Jangan buat orang tertanya-tanya. Susah sangat ke soalan saya ?" Adellia menanyakan lagi sekali. Hadif masih diamkan diri.

Laju kereta Mercedez itu membelah jalan.Adellia berang dengan Hadif. Malas mahu menatap wajah Hadif jadi Adellia mengambil keputusan untuk lelapkan mata. Lantaklah kemana pun si Hadif ni bawa. Seat penumpang dipandang sekilas. Terlihat Adellia sedang nyenyak dibuai mimpi.

"Ni kalau kena culik dah kena jual baru sedar yang diri dia kena culik" Gumam Hadif dalam hati. Tapi lagi bagus kalau gadis di sebelahnya tidur. Sunyi sedikit kereta.

Setelah beberapa jam di dalam kereta, Hadif menghentikan kereta di hadapan rumah batu di Segamat. Hadif memandang muka Adellia yang nyenyak tidur itu tanpa ada niat untuk mengejut gadis itu. Merasakan seperti kereta tidak bergerak, Adellia mencelikkan matanya sambil merenggangkan badanya. Terkejut dia apabila melihat rumah di hadapannya ialah rumah ibu bapanya.Mata terus memandang Hadif.

"Kenapa awak tak bagitahu dah sampai? Macam mana awak tahu rumah keluarga saya? Awak tak ada tanya saya pun?"Hadif hanya menaikkan bahunya sebagai jawapan . Tanyalah banyak mana soalan pun si Hadif ini tidak akan menjawab soalannya. Adellia malas nak menghiraukan terus dia keluar dari kereta itu. Salam diberikan tidak lama keluar ibu bapanya.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now