"Hadif !" Rayden mengetuk tingkap kereta Hadif. Hadif masih mamai. Kepalanya dipegang
Rayden memecahkan tingkap pintu belakang. Tangannya menyeluk kedalam. Kunci pada pintu dibuka. Terbuka sahaja pintu belakang. Rayden masuk dan mendekati Hadif.
"Hadif !" Pipi Hadif ditepuk. Hadif seakan sudah kembali ke dunia nyata. Pintunya ditendang dari dalam. Rayden membantu Hadif keluar apabila pintunya terbuka.
"Mana Lia, Ray ?" Rayden terus berlari mencari adiknya.
"Cari adik aku !" Arah Rayden. Kesemua Orang suruhan Hadif bertempiaran mencari keberadaan puannya.
"Sayang" Hadif bangun dari duduknya. Badannya dipaksa untuk berdiri. Kepalanya yang terasa sakit dipegang.
Rayden berlari semula ke arah Hadif.
"Mana isteri aku ?" Rayden geleng kepala.
Nyawa Hadif seperti melayang apabila mengingati kata-kata isterinya.
"Lia sayang abang, dunia akhirat" Mengalir air matanya. Tubuhnya jatuh terduduk. Wajahnya ditekup dengan tangan. Lemah ? Ya Hadif sangat lemah ketika ini.
"Bini aku mana,Ray ?!" Rayden masih terdiam. Dia juga ralat tidak dapat mencari adiknya.
"No ! Aku tak boleh hilang Dahlia. Dahlia nyawa aku !" Jerit Hadif. Hadif bangun dengan bantuan Rayden.
"Ya Allah. Sayang" Tergamam ksesemua orang bawahan Hadif melihat tuannya menangis. Pertama kali dalam seumur hidup melihat tuannya begitu.
"Abang dah janji nak jaga sayang tapi tengoklah apa yang dah jadi" Semakin menjadi-jadi tangisan Hadif.
Rayden terduduk. Air matanya turut mengalir. Tangganya menekup muka.
"Abang yakin Dee masih hidup" Laju air mata Rayden mengalir.
"Aku tak kira apa pun jadi, cari bini aku sampai jumpa !" Tergopoh-gapah mereka berpecah mencari puan mereka apabila Hadif menjerkah kuat.
"Kau pergi hospital dulu" Hadif mengelengkan kepalanya.
"Aku tak akan tinggalkan isteri aku !" Hadif menjerkah.
"Dif ! Macam mana kau nak cari Dee kalau keadaan kau tak stabil ?!" Rayden menjerkah semula.
"Kau pergi dulu. Aku cari Dee" Rayden menepuk bahu Hadif. Anggukkan diberikan kepada Malik dan Nizam.
"Tolong aku Ray. Tolong aku cari isteri aku" Sempat Hadif pusing ke arah Rayden.
"Aku janji aku cari Dee. Trust me" Ujar Rayden. Hadif angguk.
"Malik! Nizam !Bawa tuan naik" Arah Rayden. Malik dan Nizam menghampiri Hadif . Malik dan Nizam memapah Hadif. Agak sukar untuk mereka naik ke atas disebabkan gaung yang agak tinggi.
"Tuan" Harith masuk ke dalam ward Hadif.
"Rantai ni milik puan ke ?" Harith menunjukkan seutas rantai ke arah Hadif. Laju tangan Hadif merampas rantai tersebut.
"Mana kau jumpa rantai ni ?" Hatinya berdebar-debar. Rantai ini rantai yang diberikan olehnya kepada Adellia semasa honeymoon. Dia memberikan Adellia rantai ini kerana rantai ini ada tracker.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...