ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒- B7

4.6K 156 2
                                    

Hari ini merupakan hari Ahad. Sepatutnya Adellia cuti tetapi Adellia perlu bekerja. Puan Suzana selaku owner D'Florist meminta nya untuk pergi ke kedai. Harini banyak tempahan bunga yang diterima.

Dengan malasnya Adellia melilitkan shawl hitam bersama blouse berwarna babyblue dan Seluar hitam. Sempat disembur minyak wangi kebadan. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Adellia terus bergerak menaiki kereta Myvinya.

"Maaf akak, Lia lambat sikit"

"Tak apa,akak yang patut minta maaf sebab suruh Lia datang padahal hari ni hari cuti Lia"Puan Suzana berasa bersalah.

"Ehhh tak apa kak..Lia okay je" Adellia menjawab dengan tersenyum.

Laju sahaja Adellia membuat tempahan bunga. Disebabkan memang sudah terbiasa jadi lebih mudah untuk dia menyiapkan tempahan bunga tersebut.

Setelah berhempas pulas akhirnya waktu lunch tiba. Adellia merenggangkan badannya. Lenguh badanya kerana terlalu lama bekerja.

"Lia ada lelaki datang, dia kata dia boyfriend Lia..Tak bagitahu pun Lia ada boyfriend segak macam tu" Puan Suzana berseloroh. Adellia terus tersenyum. Kalau boyfriend tu tak lain dan tak bukan Hadif lah. Adellia terus pergi ke hadapan.

"Ada apa awak datang sini ?" Adellia mengerutkan kening melihat Hadif.

"Sajaa..Nak jumpa girlfriend" Hadif tersenyum sinis.

"Adif..Sejak bila kita bercinta ni ? Awak tak habis habis panggil saya girlfriend.. Kalau orang dengar macam mana ?" Adellia berang.

"Tu masalah dorang..Sukahati aku lah nak panggil kau apa" Selamba sahaja jawapan yang meluncur keluar dari mulut Hadif.

"Dah lah..awak nak apa jumpa saya ni" Adellia  malas berbahas. Semakin dia cakap semakin banyak ayat menyakitkan hati keluar dari mulut Hadif.

"Jom teman aku lunch" Sebenarnya Hadif rindu Adellia . Lunch tu hanya alasan je.

"Saya banyak kerja lah Adif..Awak pergilah lunch sorang..Tak pun ajak sepupu awak" Adellia berura-ura ingin meninggalkan Hadif.

"Puan boleh saya bawa Lia lunch" Hadif menyoal Kak Suzana yang kebetulan baru keluar dari belakang.

"Ehhh bolehh..apa salahnya..Sekarang pun memang waktu lunch kan" Mendengar itu Hadif terus menarik lengan baju Adellia.

"Apa ni Adif..Lepas lah..Yee saya ikut awak" Adellia pasrah. Lengan bajunya dilepaskan. Hadif terus memberikan isyarat mata untuk Adellia masuk ke keretanya.

Kereta BMWnya diparking di depan Restaurant mewah. Adellia seperti biasa hanya mengikut langkah Hadif yang telah meninggalkannya. Adellia terus duduk di depan Hadif.

"Orderlah nak makan apa" Hadif berkata

"Awak je lah orderkan untuk saya"Adellia sebenarnya tidak tahu untuk memesan atau lebih tepat tidak biasa memesan makanan di restoran begini.

Tidak lama kemudian makanan yang dipesan telah tiba di meja mereka. Ternganga Adellia melihat makana yang diorder oleh Hadif. Tulah suruh lagi Hadif orderkan, kan dah mendapat.

"Serius lah Hadif awak orderkan saya steak ?" Adellia seperti mahu menangis melihat makanan nya.

"Kenapa? Kau tak makan steak ke ?" Pelik Hadif dengan Adellia

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now