ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B27

3.7K 120 0
                                    

Sebulan berlalu.

Tipulah kalau dalam masa dia berpantang dia sudah melupakan anaknya. Baginya anaknya tidak akan pernah hilang dari ingatan. Dari hari ke hari, Adellia semakin boleh menerima kenyataan dan redha dengan ujian yang menimpanya.

"Abang" Lia berlari anak ke arah suaminya yang bertengek di atas motor BMW 1000rr. Harini mood Hadif ingin menaiki superbike.

"Jangan berlari sayang" Tegas Hadif. Adellia mencebikkan bibirnya apabila mendengar suara tegas suaminya. Itu pun nak marah.

"Abang nanti balik belikan Lia kek coklat tau" Pinta Adellia sambil memaut lengan suaminya. Hadif memandang wajah isterinya.

"Sayang dah habis pantang ke ?" Laju kepala Adellia mengangguk. Melihat anggukkan isterinya, Hadif terus tersenyum gatal. Adellia yang melihat senyuman gatal suaminya terus mencubit lengan suaminya.

"Jangan nak gatal ea abang" Adellia mencerlung tajam.

"Abang tak kata apa-apa pun. Sayang yang fikir bukan-bukan" Hadif menanyangkan senyuman gatalnya lagi.

"Abang ni" Muka Adellia berubah merah.

"Ye sayang boleh..nanti abang kirim dekat Ray..Abang naik superbike susah nak bawa" Adellia angguk kepala. Tangan suaminya di ambil dan dicium. Hadif turut mencium dahi isterinya.

"Sayang nak berapa banyak ?" Adellia berfikir seketika.

"One slice only" Ujar Adellia. Hadif mengerutkan dahi.

"Cukup ke ?" Tanya Hadif. Adellia angguk kepala.

"Cukup" Hadif angguk. Sempat Hadif memberikan Adellia flying kiss sebelum visornya ditutup.

Adellia memerhati suaminya sehingga suaminya hilang dari pandangan barulah dia masuk ke dalam mansion.

Adellia memandang ke arah Talita, Talita turut memandang ke arah Adellia.

"Lia, kau boring tak ?"

"Boleh lah. Kenapa ? Kau ada nak bawa aku pergi mana-mana ke ?" Teruja Adellia. Sudah lama dia tidak keluar berdua dengan Talita.

"Jangan haraplah babe, kau tak ingat ke kita dah kena warning. Kalau nak keluar kena ajak bodyguard or suami kita" Adellia angguk perlahan. Hailah, kalau tak disebabkan kemalangan tu mesti mereka boleh enjoy bersama.

"Apa kata kita tengok movie nak tak ?" Talita memberi candangan. Adellia angguk.  Mereka menuju cinema yang berada di dalam mansion.

"Nak tengok movie apa ni ?" Adellia menyoal. Punggungnya dilabuhkan di atas tempat duduk khas di cinema tersebut.

"Man In Love" Melihat anggukkan Adellia, Talita terus memasang movie tersebut.

Teresak-esak merek berdua menangis apabila movie mahu sampai ke penghujung disebabkan terlalu banyak air mata yang keluar jadi mereka berdua terlena. Siap berpelukkan lagi. Seronok betul dapat tidur berdua.

Bam

Pintu cinema dirempuh oleh Hadif. Bagai mahu tercabut jantungnya apabila balik kerumah tetapi kelibat isterinya tidak kelihatan.

"Sayang" Hadif melepaskan nafas lega apabila melihat isterinya sedang nyenyak di ulit mimpi.

Tidak mahu menggangu, Hadif keluar dari cinema. Pintu ditutup perlahan. Dia pulang mahu lunch bersama isterinya sebenarnya. Memandangkan isterinya terlena, jadi terpaksalah dia lunch sorang-sorang.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now