Sebulan berlalu. Perlahan-lahan Adellia membuka kelopak mata apabila terasa tempat tidurnya sudah basah. Diraba-raba tilam tempat dia tidur. Tepat sekali tekaannya, air ketumbannya pecah !
Adellia menoleh ke arah suaminya yang nyenyak dibuai mimpi. Beberapa kali Adellia mengoyangkan tubuh suaminya. Suaranya tidak terkeluar.
"A-abang" lengan suaminya digengam erat. Ini sahaja cara yang tinggal untuk membangunkan suaminya. Sebelah lagi tangannya memegang perutnya.
"Kenapa sayang ?"Kalang kabut Hadif bangun dari baringnya. Dahi isterinya yang basah dengan peluh diusap.
"Sa-sakit" Semakin kalang kabut Hadif dibuatnya.
"Wait" Hadif bangun dari katil. Baju disarung. Tudung sarung isterinya diambil dan dipakaikan. Tubuh isterinya dicempung. Adellia melilitkan tangan ke leher Hadif.
"Kenapa ni Adif ?" Dato Hakim yang baru keluar dari lift terkejut melihat wajah cemas anaknya. Jam ditangan di pandang. 1 pagi.
"Lia nak bersalin"
"Kamu pergi hospital dulu" Arah Dato Hakim. Hadif angguk kepala.
Kaki Hadif laju menuju ke arah kereta. BMW miliknya dipecut menuju ke hospital.
Hadif mencempung isterinya keluar dari kereta. Kalang-kabut nurse berlari ke arah Hadif.
"Isteri encik dah nak bersalin ke ?" Hadif angguk kepala.
Laju kaki Hadif mengikut langkah nurse. Adellia dibaringkan di atas katil.
"Abang" Hadif gengam tangan isterinya erat.
"Ampunkan dosa-dosa Lia. Halalkan makan minum Lia, abang" Mengalir air mata Hadif apabila melihat isterinya kesakitan seperti ini.
"Sayang tak ada dosa dengan abang" Hadif mengusap pipi isterinya. Air mata isterinya diseka.
"Kalau Lia pergi dulu. Janji dengan Lia. Jaga anak kita" Semakin sakit contraction yang Adellia rasakan.
"Jangan cakap macam tu sayang. Kita jaga anak kita sama- sama. Abang tunggu sayang"Adellia angguk. Gengaman tangan mereka dieratkan lagi.
"Maaf encik..Saya nak check bukaan puan Adellia" Hadif memberi lalu kepada doktor serta nurse.
Selepas beberapa minit, doktor tersebut mengarahkan beberapa nurse untuk membantunya menolak katil Adellia ke dalam dewan bersalin.
"Encik nak temankan isteri encik?" Tanya doktor tersebut apabila Adellia sudah selamat masuk ke dalam dewan bersalin. Tanpa ragu-ragu Hadif menganggukkan kepala.
Selesai sahaja memakai baju yang disediakan, Hadif terus masuk ke dalam labour room. Berpeluh-peluh Hadif dibuatnya apabila tangannya seperti mahu patah digengam oleh Adellia.
"Push" Adellia menggengam erat tangan suaminya apabila mendengar arahan doktor. Sekuat yang mungkin Adellia mencuba untuk mengawal diri daripada menjerit terlalu kuat.
"Arhhhhhh" Timbul urat tangan Hadif digengam oleh isterinya. Memang kuat pegangan isterinya.
"Lagi sekali puan. pushhh" Adellia mengambil nafas sebelum meneran semula. Dahinya sudah basah dengan peluh. Sebelah tangan Hadif mengesat peluh isterinya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...