Pintu bilik kecemasan dibuka. Seorang doktor perempuan keluar dari bilik tersebut. Hadif bangun dari duduknya dan menghampiri doktor tersebut.
"Encik ni suami kepada Puan Adellia ?" Hadif angguk
"Puan Adellia dalam keadaan stabil tapi saya minta maaf saya tak dapat selamatkan anak encik" Terkedu Hadif mendengar perkataan "anak".
"Isteri saya mengandung ?" Hadif menyoal. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya."Ya Puan Adellia mengandung 4 minggu tapi disebabkan hentakan kuat pada perutnya menyebabkan puan Adellia keguguran" Doktor itu menyambung.
Hadif meraup mukanya. Isterinya mengandung. Tangannya digengam sehingga timbul urat-urat di tangannya. Dia tidak tahu bahawa isterinya itu mengandung.
"Saya minta diri dulu" Hadif angguk.
"Adif macam mana keadaan Lia ?" Puan Zarina berlari ke arah anaknya.
"Lia keguguran" Jawab Hadif sambil matanya memandang lantai. Tangannya digengam erat.
"Ya Allah" Serentak mereka berkata. Puan Zarina sudah terduduk. Laju air matanya mengalir. Talita menangis di dalam pelukkan suaminya. Dato Hakim mengusap bahu anaknya.
Doktor dan beberapa orang nurse keluar dari bilik kecemasan sambil menolak katil Adellia. Mereka semua terus berlari anak ke arah doktor dan nurse.
Hadif tiba di mansion Dato Hakim. Butang lift ditekan. Dia sudah menyuruh anak buahnya menghantar Katty ke markas. Tiba sahaja di aras biliknya Hadif keluar dan pintu biliknya dibuka. Tangganya mengambil tuala, baru sahaja ingin masuk ke tandas, dia terlihat kotak kecil di atas katil. Dia berjalan ke arah katil. Kotak tersebut dibuka."Ya Allah" Mengalir air matanya melihat prengnancy test dan ultrasound milik isterinya. Terduduk dia di atas katil. Mukannya diraup. Air matanya mengalir dengan deras.
Dear husband, hari ni Lia ada good news untuk abang. Tanda cinta kita —Adellia Dahlia.
Semakin deras air matanya mengalir apabila membaca nota yang berada di dalam kota itu. Dicuba untuk memupuk kekuatan dalam diri. Kotak itu ditutup kembali dan disimpan di dalam almari.
"Abang" Akif berlari ke arah Hadif
Ibu dan ayahnya menunaikan umrah jadi hanya dia sahaja yang tahu tentang keadaan kakaknya.
"Abang, kakak macam mana ?" Akif bertanya. Wajahnya penuh dengan kegusaran.
"Akak stabil tapi.." Hadif menggantungkan ayatnya.
"Tapi apa bang ?" Akif memegang lengan Hadif.
"Kakak keguguran" Terduduk Akif mendengarkan itu. Rambutnya diraup ke belakang.
"Akif bagitahu ayah ibu ke ?" Akif geleng kepalanya.
"Akif tak nak dorang risau" Hadif angguk kepala.
"Akif tahu abang kuat" Ujar Akif sambil tangannya menepuk bahu abang iparnya. Jelas terpamer pada wajah kesedihan Hadif.
"Tuan" Que Rayden menapak ke arah Hadif.
"Kerja yang tuan suruh saya buat tu saya dah selesaikan" Hadif mengangguk. Akif terpana melihat muka gerangan yang sedang bercakap dengan abang iparnya. Dia macam kenal dengan lelaki itu. Tidak berkelip matanya memandang ke arah Que Rayden.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...