ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B11

4.4K 150 3
                                    

Sebulan telah berlalu semenjak kejadian hitam itu. Adellia perlu memulakan kehidupannya dengan semangat yang baru.

Adellia menggosok matanya. Tangannya mengambil handphone untuk melihat waktu sekarang. 9.00 pagi. Terbeliak matanya melihat waktu sekarang. Berkali-kali dia menggosok mata untuk melihat betulkah waktu yang tertera pada layar handphonenya.

"Ya Allah..aku dah lambat" Sepantas kilat Adellia membersihkan diri. Adellia memakai perfume sebanyak yang boleh. Baju berwarna hitam dipandankan dengan shawl hitam dan seluar cream. Sudah puas hati dengan penampilannya, dia terus ke garaj kereta.

"Kenapa tak hidup pula ni" Adellia sudah ingin menangis. Dia sudah lambat datang kerja. Berkali-kali kereta myvi miliknya cuba dihidupkan namun tidak berjaya.

"Vivy! Kau memang nak kena kan dengan mummy! Time-time macam ni lah nak meragam. Esok lusa tak boleh ke ?" Bebel Adellia. Stereng keretanya ditampar sekali.

Adellia meletakkan kepala di stereng kereta.

"Vivy sampai hati you kan" Kali ini Adellia mengusap stereng keretanya pula.

"Think Adellia think"  Adellia cuba memerah otaknya untuk mencari jalan supaya dia boleh pergi kerja dengan selamat.

Laju tangan Adellia membuka contact. Satu-satu nama diperhatikkannya. Sampai sahaja di nama Hadif, Adellia terus menekan butang panggil. Tidak menunggu lama panggilan mereka tersambung.

"Adif..Awak dekat mana?" Adellia terus bertanya.

Lantaklah. Malu letak tepi. Kalau Hadif tidak mahu membantunya terpaksa lah dia berjalan sehingga ke perhentian bas dan memesan grab. Tidak tahulah mengapa grab tidak masuk di kawasan sini.

"Aku baru on the way office. Why?"Kening Hadif sudah berkerut. Ada apa perempuan gila ni call pagi-pagi.

"emmmmm" Adellia masih rasa segan mahu meminta tolong tapi dengan siapa lagi dia boleh meminta tolong ?

"Apa yang emmm..ada apa kau call aku ni ?" Hadif menyoal lagi. Adellia tersentak dari lamunanya apabila mendengar suara Hadif.

"Boleh tak saya nak tumpang awak pergi kerja? Kereta saya tak boleh hidup" Adellia  berdoa supaya Hadif membantunya.

"Kau ni kan..Tunggu sekejap" Hadif menamatkan panggilan.

10 minit selepas itu kereta Hadif tiba di hadapan rumahnya. Kalang kabut Adellia masuk ke dalam kereta Hadif. Awal-awal lagi Adellia sudah mengunci pintu pagar.

"Kau mandi perfume ke ?" Semerbak bau perfume Adellia. Adellia hanya diam. Kalau dia cakap tak sempat nak mandi kang terkejut pula Hadif. Mau dia turunkan aku dekat sini.

"Ala jangan banyak tanya. Cepat jalan saya dah lambat" Gesa Adellia. Hadif hanya menurut sahaja tanpa membantah.

Tidak senang duduk Adellia sepanjang perjalanan. Mata memandang jam di tangan dan jalan raya silih berganti. Kalaulah dia ada kuasa lari laju memang dia gunakan sekarang ini.

"Terima kasih Adif" Tidak sempat Hadif membalas, Adellia sudah berlari ke kedai bunga D'Florist. Hadif meneruskan perjalanan ke office. Nasib baik lah dia CEO. Tiada siapa boleh marah kalau dia datang lambat.

Adif singa
-kau balik naik apa?

                                                           Adellia
                                                  - Grab.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now