ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B39

2.8K 106 3
                                    

BMW M5 milik Hadif terparking elok di halaman rumah Pak cik Yusof. Adellia terus membuka pintu. Hadif mengeleng kepala melihat karenah isterinya.

"Assalamualikum ibu..ayah" Adellia memeluk tubuh ibunya. Tangan ayahnya disalam. Hadif menyalami ibu dan ayah mertuanya.

"Kenapa ada canopi ni bu?"

"Ibu ada buat tahlil untuk arwah atuk dan nenek dengan kenduri kesyukuran untuk kamu" Puan Nora mengusap perut anaknya.

Adellia menganggukkan kepalanya. Adellia merangkul lengan Hadif dan masuk ke dalam rumah. Baru sahaja selangkah kaki masuk ada mulut mencelah.

"Macam dia sorang je berlaki" Zulaika memandang jijik ke arah Adellia.

"Tak macam kau tak ada laki, sibuk je dengan hal orang" Adellia terus menarik lengan suaminya menuju ke bilik. Hadif tersenyum sinis ke arah Zulaika.

"Abangg" Adellia berjalan ke arah suaminya. Punggungnya didudukkan pada riba Hadif. Hadif memeluk pinggang isterinya.

"Why sayang" Hadif mengusap kepala Adellia yang dibaluti tudung sarung.

"Lia teringin nak makan mangga..Can I?" Adellia mengedipkan matanya.

"Sure sayang.. Sekejap lagi abang beli" Hidung isterinya dicuit.

"Tapi Lia nak ikut tau" Hadif hanya menganggukkan kepala.

Adellia duduk di pangkin. Kakinya disimpul. Tangannya menyumbat mangga ke dalam mulut. Sedap. Masam. Rayden yang melihat adiknya sedang duduk di pangkin datang menghampiri.

"Dee" Adellia mengalih pandangan kepada abangnya.

"Abang..sini lah duduk dengan Dee" Rayden duduk bersebelah dengan Adellia.

"Abang nak?" Rayden menggelengkan kepala. Tak mahu dia makan mangga masam tu.

"Mana Akif?" Rayden mencari kelibat adiknya.

"Keluar..Sekejap lagi dia balik lah tu" Adellia menyambung menyumbat buah mangga ke dalam mulut.

"Laki sibuk tolong bapa mertua..Bini sibuk menggatal dengan jantan lain" Adellia tidak menghiraukan. Lebih baik makan daripada tambah dosa.

"Kau memang tak sedar diri eak perempuan" Zulaika sudah berang kerana Adellia tidak melawan.

"Kau tu yang tak sedar diri..Ikut sedap mulut kau je fitnah orang" Rayden membidas. Sakit hatinya melihat Adellia dikutuk.

"Bila masa Zue fitnah.. Awak ni tak tahu ke yang dia bini orang" Zulaika sudah tidak sabar-sabar mahu mengenakan Adellia.

"Of course tahu..Kalau nak tahu suami dia tu bos aku" Rayden menghadiahkan senyum sinis.

"Dah dapat boss..Assistent bos pun kau nak kan perempuan"

"Haah..kenapa? Cemburu ke ?" Adellia tersenyum. Saja mahu menaikkan amarah Zulaika.

"Kau ni memang perempuan sundal" Rayden bangun dan terus menolak tubuh Zulaika sehingga jatuh terduduk.

"Yang sundal tu kau!" Hadif berlari ke arah Rayden..Tubuh Rayden ditarik. Kang ada kes pembunuhan dekat sini.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now