"Aku terima nikahnya Adellia Dahlia binti Yusof dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai" Dengan sekali lafaz Adellia sudah sah bergelar isteri Hadif Ziqri.
Hadif bangun dan berlalu ke arah Adellia. Air mata Adellia yang mengalir di pipi mulusnya diseka oleh tangan kasar Hadif. Tangan Adellia di ambil dan cincin berlian disarungkan pada jari manisnya. Adellia juga menyarungkan cincin pada jaris manis suaminya. Adellia menyalami tangan suaminya. Hadif merapatkan wajahnya dan dahi mulus Adellia dicium. Tangan di angkat dan diletakkan di atas kepala Adellia yang dibaluti shawl putih.
"Adalah saya Hadif Ziqri bin Hakim bertaliq bahawa jika saya tidak ber'muasyarah yang ma'ruf dengan isteri saya Adellia Dahlia binti Yusof sama ada saya meninggalkannya secara sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan berturut-turut atau lebih. Saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana Mahkahmah syariah atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau darar syarie terhadapnya. Dan apabila dia membuat aduan kepada mahkamah Syariah dan jika sabit aduannya di sisi mahkamah syariah dan dia memberikan kepada Mahkamah syariah yang menerima bagi pihak saya sebanyak RM10 atau senilai dengannya, maka ketika itu tertalaqlah dia Adellia Dahlia binti Yusof dengan talak khul"
Habis sahaja taliq yang dibacakan Hadif sekali lagi mencium dahi mulus Adellia. Cinta dan sayang dia kepada Adellia semakin bertambah dari hari ke hari. Dia berjanji walau apa pun yang jadi dia tidak akan sesekali meninggalkan isterinya.
"Tak sangka aku.. kau dapat kahwin dengan orang kaya" Adellia menoleh ke arah suara tersebut. Zulaika yang sedang memeluk tubuh memandang wajah Adellia dengan senyuman sinis.
"Kau jealous ke ?" Adellia menatap tepat kedalam anak mata Zulaika.
"Aku jealous dengan kau ? Jangan nak perasan lah perempuan" Zulaika menjeling Adellia.
"Kalau tak jealous kenapa nak sibuk hal aku ? Aku tak sibuk hal kau kan. Cuba jaga tepi kain sendiri dulu" Sembur Adellia.
Zulaika memang cemburu dengan Adellia. Dari zaman sekolah dia selalu dibandingkan dengan Adellia. Adellia pandai. Adellia cantik. Adellia rajin. Sakit hatinya bertambah apabila Adellia berkahwin dengan orang kaya!.
"Aku dah lama tahu yang kau memang jealous dengan aku" Bisik Adellia dan terus meninggalkan Zulaika.
"Kau tak akan bahagia Adellia" Gumam Zulaika sambil memandang ke arah tubuh Adellia yang melangkah meninggalkannya.
Adellia mencari kelibat suaminya. Esok merupakan hari mereka bersanding. Majlis diadakan di rumah Puan Nora dan Pakcik Yusof. 7 kanopi terpasang di hadapan rumahnya. Meriah sungguh.
"Abang Adif nak kemana ?" Zulaika melembutkan suaranya. Malam ini dia bermalam di rumah Adellia. Ibunya merupakan kakak kepada ibu Adellia.
"Cari Dahlia" Hadif berkata sambil berjalan meninggalkan Zulaika. Dari tadi sibuk nak berkepit.
"Sayang" Hadif yang melihat kelibat Adellia keluar dari rumah terus menapak ke arah Adellia.
"Sayang cari abang ke ?" Adellia menganggukkan kepala. Apabila melihat kebalakang badan tegap suaminya terlihat Zulaika yang sedang memandangnya dengan tajam.
"Abang dengan Zulaika ke tadi ?" Soal Adellia sambil menatap tepat anak mata Hazel suaminya.
"Tak lah. Abang cari sayang tadi. Perempuan tu yang asyik ikut abang. Rimas abang" Adu Hadif dan memimpin tangan Adellia dan masuk ke rumah.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...