Adellia Dahlia menunggu di depan rumah sewanya kerana hari ini dia akan ke tempat kerja bersama Talita. Jam ditangan asyik dipandang.
"Aduh mana Tal ni" Gumam Adellia di dalam hati. 5 minit kemudian kereta BMW 850i berhenti di depan rumah sewanya.
Hadif Ziqri dipaksa oleh Hanif untuk mengambil rakan kekasih adiknya itu. Ya, Hanif Zaqwan kekasih Talita Insyirah merupakan adik kepada Hadif Ziqri. Sepatutnya kekasih adiknya perlu mengambil rakannya itu tapi disebabkan dia terpaksa pergi outstation jadi terpaksa lah meminta bantuan Hadif. Penat dia menolak. Hasil daripada pujuk rayu seorang adik di sini lah dia, di depan rumah sewa si perempuan gila.
"Kau tercegat apa lagi dekat situ ? Cepatlah naik. Takkan nak kena bentang karpet merah dulu baru nak naik!" Keras nada yang digunakan oleh Hadif. Sudahlah dia terlambat ke pejabat nak kena ambil perempuan gila ini lagi.
"Kenapa encik yang ambil saya ni ? Bukan Talita ke yang patut ambil saya" Adellia bertanya kepada Hadif. Entah angin apa yang datang dia terpaksa menaiki kereta si singa ni. Lagipun dia bukanya mengenali Hadif. Hanya terserempak sahaja itu pun hanya 2 kali dan tanpa sengaja.
"Kau naik je boleh tak? Aku ni dah lambat nak pergi office. Kalau aku turun memang aku seret kau masuk dalam kereta"Hadif sudah hilang sabar. Susah betul si perempuan gila ni nak naik. Disebabkan suara Hadif yang sudah meninggi itu kalang kabut Adellia menaiki kereta si singa tu. Naik sahaja kereta lelaki itu bau maskulin lelaki itu menusuk ke hidung. Versace Eros.
"Maaf encik saya nak tanya kenapa encik yang ambil saya ?" Kali ini suara Adellia lebih sopan. Mestilah sopan santun, sudahlah dia menumpang kereta si singa ni. Kalau dia kasar-kasar memang kena tinggal tepi jalan.
"Kawan kau pergi outstation, dia minta tolong adik aku tapi adik aku ada appoiment dengan client so terpaksa lah aku yang kena ambil kau. Tak sangka pula girlfriend adik aku berkawan dengan perempuan gila" Hadif menjawab tanpa memandang Adellia. Sempat dia mengutuk Adellia.
"Encik kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik diam. Geramlah saya dengan mulut encik" Hadif menyembunyikan senyuman. Memang sengaja dia mengutuk Adellia.
Sepanjang perjalanan ke tempat kerja Adellia, mereka senyap tanpa berbual apa apa topik. Bagaimana Hadif tahu tempat kerja Adellia ? Sudah tentu Hanif sudah memberitahu awal awal lagi.
Setelah 15 minit perjalanan, akhirnya sampai juga tempat kerja Adellia. Adellia terus turun sebelum berjalan Adellia mengetuk cermin kereta Hadif. Hadif menurunkan cermin keretnya.
"Terima kasih encik hantar saya. Drive safe. Ouh by the way nama saya Adellia Dahlia" Selepas mengucapkan itu Adellia terus sahaja berlalu tanpa menunggu apa apa balasan daripada Hadif. Hadif yang melihat Adellia berjalan itu terus menutup cermin keretanya. Tanpa sedar dia tersenyum kecil. Nama Adellia Dahlia berulang kali berulang di kepalanya seperti perekam suara.
Selepas sahaja Adellia membuka pintu kedai dia terus dia menampar mulutnya berkali-kali. "Kau dah kenapa Adellia pergi bagitahu nama kau dekat dia, dia tak tanya pun lah" Gumam Adellia.
Tidak kena segala perbuatannya hari itu. Bau maskulin Hadif bagaikan melekat di hidungnya. Terasa seperti gila bayang pula. Baru beberapa kali jumpa tak kan sudah jatuh cinta pula. Hish tak mungkin.
Hadif Ziqri tiba di bangunan HZ Group. Selepas memarkirkan kereta di tempat khas untuknya dia terus berjalan masuk ke pintu utama pejabat. Kesemua staff tunduk hormat kepada CEO mereka itu. Hadif berjalan tanpa mengendahkan staff nya. Private Lift terus dinaiki dan ditekan tingkat 14. Sampai sahaja kaki panjangnya itu terus melangkah ke arah officenya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...