SC 4

2.4K 77 0
                                    

"Kitaorang nak kahwin" Hanis menundukkan kepala. Takut mahu melihat wajah abang-abangnya.

"Are you sure Anis ?" Hanif bersuara.

"Dengan Zafiq tiga suku ni?" Hadif pula bersuara.

Zafiq mendongak ke arah bakal abang iparnya. Tiga suku dia panggil aku?

"Tak kan lah tak ada orang lain?" Hanis mengangkat wajahnya memandang abang-abangnya satu persatu. Jarinya dimainkan antara satu sama lain.

"A-Anis dah jatuh cinta dengan abang Zafiq" Zafiq sudah tidak senang duduk. Blushing.

"Anif, Adif bagi je lah aku kahwin dengan Anis. 4 tahun tahu tak aku tunggu adik kau ni" Zafiq bersuara.

"Ada ke aku suruh tunggu?" Hanif bersuara.

"Adif, Anif biarlah mereka kahwin. Mama and papa okay je" Puan Zarina bersuara.

"Ma"

"Tak apa. Mama izinkan kau orang kahwin" Hanis sudah tersenyum.

"Papa?" Hanis memandang wajah ayahnya.

"Papa follow mama. Kalau mama kata yes mean yes" Semakin lebar senyuman Hanis apabila kedua ibu bapanya sudah memberi lampu hijau. Tinggal abang-abangnya sahaja.

"Abang, biarlah Anis kahwin dengan Zafiq" Adellia memujuk. Dia tahu suaminya okay sahaja tapi tak sanggup nak lepaskan adiknya kepada Zafiq kerana sikap Zafiq yang kadang-kadang menjengkelkan.

"Abang, Zafiq tu okay lah. Bagi je lah dorang kahwin. Kang kempunan pula Zafiq kalau tak dapat kahwin dengan Anis" Talita memujuk Hanif pula. Lengan suaminya diusap.

Tiba-tiba, kesemua anak-anak mereka menangis.

"Ehhh kenapa menangis pula cucu-cucu Tok ma ni?" Risau juga Zarina. Takut digigit binatang berbisa. Yelah tiba-tiba menangis.

"Mana boleh kahwin dengan mokcu" Ayra bersuara.

"Nanti kitaorang tak ada kawan nak main make up-make up" Helena pula bersuara.

"Uncle Zafiq mana boleh kahwin dengan mokcu! Nanti kesian mokcu kena jaga Uncle Zafiq" Hayyan bersuara.

"Nanti mainan kita dekat rumah ni semua uncle Zafiq main!" Hayden turut bersuara.

"Pastu nanti Uncle Zafiq minta food kitaorang!" Ian pun bersuara.

Tidak berkelip mata Zafiq memandang wajah bakal anak-anak saudaranya. Apabila semua mata sudah memandangnya, cepat-cepat Zafiq tersengih.

"U-uncle janji tak buat lagi" Kesemua bakal anak saudaranya memandang dengan wajah tak percaya.

"N-Nanti uncle belanja ice cream" Zafiq mengumpan lagi. Dia perlu membuat mereka bersetuju. 5 lawan 1 mana nak menangnya.

"No need. Daddy boleh belikan kitaorang ice cream" Helen berkata. Tangganya disilang. Hadif menyembunyikkan senyuman. Anak siapalah tu.

"Haa..Uncle bawa kauorang pergi tempat best" Mereka saling berpandangan sebelum angguk. Tersenyum semuanya.

"Okay!" Serentak mereka bersuara.

Zafiq menjongketkan keningnya berkali-kali ke arah Hadif dan Hanif. Bangga sekejap. Senang sahaja nak pancing bakal anak buahnya yang susah nak pancing bapa diaorang. Seperti mahu memancing jerung susah betul nak naik ke darat.

"Kira jadi lah ea?" Hanis bersuara. Risau dia dengan dua abangnya ini. Wajah abangya dipandang silih berganti.

"Hmm" Hadif dan Hanif bergumam.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now