SC 2

2.9K 93 5
                                    

"Mummyyy !" Helena menjerit di dalam dukungan Akif dengan wajah yang merah padam. Jangankan Helena, wajah Akif merah padam bonus dengan tercungap-cungap lagi.

"Helen. What happened ?" Adellia melajukkan langkah ke arah Akif dan anak daranya.

"Ayam tu gila..dia kejar Helen" Adu Helena sambil menunjuk ke arah ayam. Akif menurunkan Helena dari dukungan. Tercungap-cungap Akif. Mana tidaknya berlari sambil mengendong Helena.

"Pandai kan Helen fitnah ayam tu" Akif menjeling anak saudaranya. Bagai mahu luruh kakinya berlari daripada dikerjar oleh ibu ayam.

"Kau nak tahu tak kak? Dia pergi bawa lari anak ayam tu memang lah mak ayam tu kejar dia" Adellia mengelengkan kepalanya. Pening melihat perilaku anak gadisnya.

"I just want to touch the chick" Adellia melepaskan keluhan mendengar alasan Helena.

"Mummy!" Adellia mengerling ke arah Hayyan pula.

"Ya Allah..Hayyan Alaric..Hayden Alaric" Terbeliak mata Adellia melihat kedua anak lelakinya. Mana tidaknya Hayyan sedang duduk di atas kucing, Hayden sedang bersorak untuk Hayyan. Dibuatnya kucing itu seperti kuda.

"Turun Ayyan" Adellia cekak pinggang. Beginilah anaknya kalau bawa balik kampung. Terlampau seronok.

"Kalau mummy yang pergi sana memang dua-dua mummy cubit" Ugut Adellia. Hayden terlebih dahulu berlari ke arah Adellia.

Kedebuk

Hayyan yang turut ingin berlari ke arah Adellia tersungkur ke tanah. Awalnya Hayyan masih tidak menangis tetapi apabila melihat luka pada lutunya terus meleleh air mata.

"Haa kan dah jatuh. Tak nak dengar cakap mummy kan" Adellia mengorak langkah ke arah Hayyan yang sudah menangis.

"Ayyan its okay..dont cryHayden memeluk tubuh abangnya.

"Dah jangan nangis..bangun..nanti mummy sapu ubat..Ayyan kan strong boy mana boleh menangis" Hayyan mengusap air matanya. Adellia membantu Hayyan untuk bangun dan tangan Hayyan dan Hayden dipimpin masuk ke rumah.

"Ucu Helen nak juga" Helena menangis. Helena mengejar langkah Akif yang berlari dengan sebatang ice cream.

"Ni ucu punya lah..pergi suruh mummy Helen belikan" Akif terus menjilat aiskrim. Helena berlari ke arah dapur mencari neneknya. Senjata untuk mengenakan Akif kembali.

"Nenek..Helen want aiscream too..Ucu tak nak share" Seronok Helena mengadu.

"Akif Darwish! Share lah dengan Helen..lain kali kalau tak nak share jangan tunjuk depan dia" Terhenti jilatan Akif pada ice cream. Helena disebelah ibunya dijeling.

Helena menutup mulutnya yang sedang tersenyum apabila mata Akif menatapnya.

"Daddy" Helena melangkah ke arah Hadif yang baru pulang dari kedai.

"Daddy, Helen nak ice cream. Please" Helena mengedipkan matanya berkali-kali.

Hadif bertinggung di depan anak daranya. Wajah anaknya dicium sekilas .

"Nanti daddy belikan okay?" Helena angguk kepala.

Hadif terus mendukung tubuh Helena dan melangkah masuk ke dalam bilik. Sempat Helena bertatapan dengan Akif dan memberikan Akif senyuman kemenangan.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now